12| LEANNA NOA

5.2K 327 36
                                    

Kaki tidak henti mundar mandir di ruangan menunggu bersama keluh resah di bibir. Sesekali kedua belah tangannya diramas sambil mata memerhati pintu yang masih tertutup rapat.

"Lea, duduk lah dulu. Tak penat ke berjalan dari tadi?" tegur Dave. Kepalanya hampir tertanggal kerana asyik mengekori pergerakan Leanna.

Leanna hanya melemparkan senyuman hambar. Rasa serba salah membuatkan Leanna tidak tenang.

Azrael sedang bertarung di dalam unit kecemasan disebabkan dia. Bagaimana jika keadaan Azrael memburuk sehingga alergik kopi lelaki itu mengundang maut?

Leanna hampir pitam memikirkan telahan sendiri. Benar dia bencikan Azrael dan pernah juga terlintas dalam fikiran Leanna agar Azrael lenyap dalam muka bumi ini. Tapi itu hanyalah angan-angan Leanna. Dia tidak sekejam itu.

"Jangan risau, Lea. Azrael tak apa-apa tu. Kita doa saja." beritahu Dave seolah dapat membaca keresahan yang melanda Leanna.

Dia senyum lagi. Namun, hambar.

"Awak berdua kenalan Encik Azrael?" tanya seorang doktor ebaik saja dia melangkah keluar dari bilik kecemasan.

Anggukan diberikan sebagai jawapan kepada soalan doktor tadi.

"Keadaan Azrael baik. Dia sudah melepasi tahap kritikal. Tindakan awak berdua bawa Encik Azrael ke hospital lebih cepat adalah sangat tepat. Jika tidak, mungkin hari ini adalah hari terakhir awak berdua melihat Encik Azrael." doktor itu tertawa kecil.

Leanna dan Dave mengembus nafas penuh lega mendengar berita yang disampaikan.

"Boleh kami masuk jumpa Azrael?" soal Dave.

"Masuk saja. Encik Azrael dah sedar." doktor memberikan kebenaran lantas meminta diri.

Sempat Leanna tunduk kecil tanda mengucapkan terima kasih kepada doktor muda tadi lalu mengorak langkah membuntuti Dave masuk ke dalam bilik wad Azrael.

"Hey, man! Sedap tak coffee tadi?" usik Dave sebaik saja melangkah masuk. Rambut hitam Azrael diusap kasar.

Dave memang tidak pernah serius.

Azrael yang menyandar pada kepala katil cuma senyum nipis sambil menggeleng kepala.

"Thanks to her." Azrael mengerling Leanna.

Kepala Leanna menekur di lantai dan cuba bersembunyi di belakang Dave. Dia tiba-tiba takut.

"Jangan lah marah Cik Leanna kita ni. Kau tak tengok dia punya risau dengan kau dekat luar tadi. Tiba-tiba aku rasa sendu pula tak ada girlfriend. Tak ada orang nak risau pasal aku." tutur Dave melalut.

Leanna sempat menjeling Dave. Dia risau bukan kerana apa. Mana lah tahu kalau jadi apa-apa pada Azrael, tak fasal-fasal dia kena saman dengan keluarga bangsawan Giovanni.

Mati lah dia dengan Davinna nak cari duit nanti.

Azrael senyum sinis. Wajah Leanna yang tunduk itu dipandang.

"Lea, takde nak cakap apa-apa dekat sayang you tu? Tak payah lah nak malu dengan I. You nak peluk Az atau nak kiss dia? It's fine. I sporting je." Dave kenyit mata memandang Leanna dan Azrael.

'Eh, melampau!' Leanna cuba menahan mulutnya dari menyumpah sahabat Azrael ini.

"Okay, okay. Kalau you malu, I bagi peluang untuk you dan Azrael berdua-duaan di sini. I nak pergi tandas kejap." kaki segera dibawa ke dalam tandas meninggalkan Leanna dan Azrael di situ.

Masing-masing diam. Sumpah Leanna rasa kekok sekarang. Dia berdiri kaku di situ sambil mata mencuri pandang Azrael yang ralit memandang skrin iphone.

Terdapat beberapa tompokan merah pada kulit putih Azrael. Mungkin disebabkan oleh kopi tadi juga.

LEANNA NOAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant