"Jiran-jiran kita kan ada? Bagilah dekat diaorang." jawab Leanna pula.

"Shhh. Suara Lea tu kawal sikit. Kakak cili nanti nak? Nah, pergi hidang dekat Azrael sana. Kakak nak tengok kedai sekejap." talam berisi teh panas bersama potongan kek diberikan kepada Leanna.

"Apahal Lea pula? Kakak lah yang hantar."

"Eh, kak. Kakak nak pergi mana tu? Kakak!"

Tak sempat Leanna mahu menghalang, Davinna sudah beredar dari dapur tanpa mengendahkan panggilan Leanna.

Dengan langkah terpaksa, Leanna ambil talam tadi dan terus bergerak ke ruang tamu rumah mereka.

Kelihatan Azrael sedang sibuk membelek-belek album gambar yang di simpan di rak tersebut.

"Minum." nada suara Leanna kasar.

Azrael berpaling ke belakang lalu mengukir senyuman.

"Thanks." kaki bergerak ke sofa dan tanpa segan silu dia duduk di sebelah Leanna.

"Rupanya you pun bekas pelajar E-Royals Highschool. Tapi kenapa I tak pernah nampak you?" soal Azrael masih leka melihat album gambar di tangan.

Leanna diam tidak membalas. Tangannya sibuk menuang air teh ke dalam cawan.

"And this girl. I knew her. Dia classmate I dulu. Tak silap nama dia Armani kan? Yes, Armani. Si musuh ketat Darrell." Azrael tiba-tiba ketawa.

"Gambar Harlem pun ada. Tapi perempuan sebelah Harlem ni I tak kenal. She's kinda cute. I guess ini perempuan yang Harlem selalu cerita pada I dulu."

Laju tangan Leanna merampas album gambar tersebut dari tangan Azrael sehingga membuatkan lelaki itu sedikit tersentak.

"Siapa suruh awak selongkar barang-barang saya sesukahati?" marah Leanna.

Azrael ketawa sinis lalu mencicip sedikit teh panas di dalam cawannya.

"What a small world. Tapi itulah. Sepanjang I bersekolah di sana, kenapa I tak pernah jumpa you?" Azrael masih hairan.

"Saya pindah sekolah." jawab Leanna ringkas.

"Oh, patutlah. But why?" tanya Azrael.

"Entah, mungkin saya dapat rasakan ada raksasa yang nak masuk sekolah tu so saya cepat-cepat pindah dari situ." sindir Leanna.

"Tapi kuat juga jodoh you dengan raksasa tu kan. Tak sangka boleh jumpa di kolej pula." Azrael membalas sindiran Leanna.

Satu jelingan tajam dihadiahkan untuk Azrael.

"Lepas minum, awak boleh balik." Leanna terus bingkas bangun.

"Ada I suruh you pergi?" Azrael sempat menyambar tangan Leanna sehingga gadis itu terduduk semula.

"Ini rumah saya, sukahati saya lah." jawab Leanna.

Lengan Leanna ditarik sehingga membuatkan wajah mereka hampir berlanggar.

"Awak jangan macam-macam, Azrael. Nanti kakak saya nampaklah." Leanna cuba meronta namun gagal.

"Dia dah bagi green light, jadi nak risau apanya?"

"Lepaslah, Azrael. Saya tak suka awak buat saya macam ni. Tolonglah hormat saya sikit." rayu Leanna lagi.

Disebabkan situasi seperti inilah dia mahu berusaha menjauhkan diri dari Azrael. Hidupnya tidak pernah aman jika bertemu lelaki kejam ini.

"I nak you. I kinda miss you. Your smell. Lama kita tak-"

Baru saja Azrael mahu menyentuh bibir mungil Leanna, gadis itu tidak sengaja memuntahkan segala isi perutnya di atas baju Azrael.

Leanna terus berlari ke dapur dan memuntahkan lagi sisa yang masih terasa perit di kerongkong ke dalam sinki.

"Lea, kenapa ni?" Davinna tiba-tiba muncul di dapur dengan riak risau di wajahnya.

"Az?" Davinna memandang Azrael pula. Wajah lelaki itu juga seakan memberikan jawapan 'tidak tahu'.

"Lea okay." beritahu Leanna lemah setelah lega sedikit. Tubuh yang bongkok ditegakkan semula dan berpaling ke belakang.

"Kakak pergilah bawa Azrael naik atas kejap. Bagi baju abang pada dia. Lea tak sengaja muntah di atas baju dia tadi." beritahu Leanna serba salah.

"Tapi Lea okay tak ni? Kalau tak, kita pergi klinik nak?" Davinna bertanya lagi. Wajah Leanna tampak pucat.

"Okay, kak. Lea okay. Salah makan je kut." Leanna cuba meyakinkan Davinna walaupun dia sendiri tidak yakin tentang itu.

"Kakak naik atas dulu dengan Azrael ya? Nanti Lea masuk bilik. Rehat. Jom, Az. Pergi ganti baju Az dulu ya."

Azrael diam dan mengangguk kecil. Matanya lekat memandang Leanna sebelum membuntuti Davinna naik ke tingkat atas.

Leanna membawa diri ke meja makan. Kuku digigit bersama perasaan resah.

Tak mungkin apa yang dia takuti selama ini bakal terjadi?

Tak mungkin.

Berkali-kali Leanna menggeleng kepala dan cuba menepis tanggapan serta perasaan yang kurang enak ini.

"Tak mungkin aku mengandung."

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now