PROLOGE

92 12 9
                                    

    DENGAN langkah yang angkuh dan belagak, dia menyusuri lorong dikawasan locker sekolah Etra Mas. Bersama gaya rambut diikat poni dan berkaca mata bulat. Terlihat polos dan anggun walau sebenarnya dia merupakan setan yang berselindung dengan sosok manusia.

    BAM!

    Seorang gadis yang sedang mengambil buku di dalam locker miliknya tersentak apabila bunyi dentuman kuat itu betul-betul terdengar disebelahnya. Bersama wajah yang gugup, dia memandang kearah wajah si gadis berkaca mata itu.

    "F...Farah.." tersekat-sekat dia mengungkap sebaris nama itu. Jantungnya berdetak laju dari biasa. Liang bulu roma disetiap penjuru mula mengeluarkan cecair toxic.

     "Kau tahu tak apa salah kau?" Soal Farah, sinis. Dengan penuh ketakutan, si gadis berambut potongan bob itu menggeleng.

      Tanpa aba-aba, lantas sang gadis pembuli itu menarik rambut mangsanya kuat sehingga membuatkan dia terdongak. Berkerut wajahnya menahan kesakitan.

      Bibir dirapatkan ke telinga, belum sempat dia membisikkan sesuatu, bunyi deringan panjang mematikan niatnya. Bel sudah berdeting menandakan mereka harus masuk ke kelas sekarang. Farah berdecit kesal.

      "Jumpa aku kat rooftop balik nanti. Kalau kau tak datang.. tahulah nasib kau esok!" Selesai kata begitu, Farah terus saja melangkah pergi meninggalkan mangsanya.

Terbuka saja pintu kelas, hampir ke semua mata yang berada di dalam kelas itu menoleh. Tiga orang gadis terkenal itu melangkah masuk ke dalam kelas. Melihat kedatangan mereka, sesetengah dari mereka yang tadinya berkumpul mula bersurai. Mungkin muak melihat wajah ketiga orang gadis yang angkuh itu.

       "F-farah.. aku.. aku tak sempat siapkan kerja yang kau bagi tu.." Farah yang tadinya sedang berbual bersama dua orang rakannya menoleh kearah si gadis yang sedang menunduk ketakutan dihadapannya. Lantas dia bangun dari duduknya dan..

       Pang!

      Satu tamparan kuat dilepaskan di pipi mulus gadis bernama Putri itu. Putri terteleng. Mereka yang menyaksikan perbuatan Farah itu hanya mampu mendiamkan diri. Tidak berani mahu masuk campur.

      Rambut Putri ditarik merapati dirinya. "Kau.. memang anak si*l.. pembawa malang. Sebab tu keluarga kau, bercerai-berai. Sebab dia orang ada anak pembawa si*l macam kau!"

       Putri tersentak. Tangan Farah yang mencengkam rambutnya dipegang sebelum ditarik kasar sehingga terlepas.

       "Kau jangan kurang ajar, Farah!" Tengking Putri. Tidak terima diherdik begitu.

       Farah senyum sinis sebelum dia menolak kuat tubuh Putri sehingga tersentak dibucu meja dan terduduk diatas lantai. Putri mengeluh sakit. Baru saja dia mahu bangkit kembali, Farah terlebih dahulu menendang kepala Putri sehingga terbaring. Dan tanpa aba-aba, kakinya memijuk kepala Putri yang sedang terbaik.

      "Kau jangan belagak macam kau tu.. bagus. Kau.. layak duduk bawah kaki aku je!" Perlahan-lahan air mata Putri jatuh. Sakit yang dirasakan tidak sesakit hatinya.

       "Cikgu datang." Mendengarkan itu, Farah terus saja melepaskan Putri dan kembali ke tempat duduknya. Cepat-cepat Putri bangun dan berlari ke tandas.

Seperti yang dijanjikan pagi tadi, Farah dan dua orang rakannya menunggu ketibaan sang gadis berambut bob itu di rooftop. Tin kosong ditendang Dara. Dia hampir mati kebosanan sekarang dek kerana menunggu ketibaan yang berbahagia Permaisuri Maisarah. Pergh ayat.

Beberapa minit kemudian, Maisarah tiba di tempat yang dijanjikan dengan tergesa-gesa.

"Maaf lambat.. tadi—"

Pang!

Maisarah terteleng. Bibir diketap menahan perit dipipi. Tangan dikempal marah. Farah sudah melampau!

"Apa yang kau nak sebenarnya?" Soal Maisarah, geram. Perasaan takut dilawan. Dia sudah tidak mahu dipijak-pijak oleh pembuli tak berguna seperti mereka ini.

"Apa aku nak? Aku nak kau berambus dari sini!" Maisarah ditolak kasar.

"Kau siapa nak suruh aku berambus?" Soal Maisarah, berani. Dia menolak Farah kembali sebelum menarik rambut panjang gadis itu.

Farah merengus geram sebelum dia menumbuk sisi perut Maisarah sehingga gadis itu melepaskan cengkaman dan jatuh terduduk.

Akibat rasa marah yang meluap-luap, rambut pendek gadis itu dicengkam sebelum dia mengheret Maisarah ke hujung bangunan dan ditolak ke dinding.

"Kau memang tak guna!" Ditampar beberapa kali wajah Maisarah.

"Arkh!" Teriak Maisarah sebelum dia menolak Farah dengan kuat. Farah juga turut menolak Maisarah sehingga gadis itu tergelincir. Dan..

"Farah!"

Mata sang gadis berkaca mata itu membesar tatkala tubuh mangsanya tergelincir sebelum jatuh dari rooftop itu. Farah menekup mulutnya sendiri tidak percaya. Suara jeritan dari orang bawah sana kedengaran riuh tatkala melihat sekujur tubuh Maisarah sudah berada diatas tanah dengan berlumuran darah.

Tbc
[679 words]
[26012024 & 6:34PM]

05 | Dia si gadis Redflag (sedang ditulis)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ