Tengku Seducer: 3

Start from the beginning
                                    

"Bukan hak aku nak halang dengan siapa dia bercinta."

"Kau sekarang bolehlah cakap macam ini. Nanti tertonggeng kau bro bila ada yang kebas."

"Aku? Ian Hayf nak tertonggeng sebab perempuan? Lambat lagi," jawabnya berlagak.

"BOYSSSSS!!" Satu suara nyaring memanggil mereka berdua. Dua jejaka itu berpaling.

Tengku Qasarina. Cantik dengan hijab dan abayanya.

Ian berdehem sebelum dia menyimpan rapi vape miliknya di dalam kocek seluar. Dia tahu sangat Qasarina kurang gemar dengan lelaki yang merokok.

"Hey, Qas. Bila sampai? Siapa ambil?" Bertubi-tubi Dilan menyembur wanita itu dengan soalan.

"Banyak soalanlah Dilan. Hai Ian! Wow, makin tough. Mesti Dilan paksa you untuk practice hari-hari ini kan?"

"Tak adalah." Ian menggaru belakang tengkuknya, malu.

"Kali ini you balik berapa lama Qas? Jangan cakap dua tiga hari je."

"Good news for both of my bestfriends. Qas balik forever this time. Papa decide untuk buat Qas study sini," jawab Qasarina teruja.

Ian tersenyum dalam hati.

"Good for you, Qas. Bolehlah selalu lepak dengan kitorang. Melainkan kitorang pergi akademi. Situ ganas-ganas orangnya, so tak bolehlah you ikut," larang Ian. Dia bukannya apa, dia tidak mahu mata-mata di situ melihat kecantikan Qasarina.

"Kalau you Dilan? You selalu pergi mana?" Soal Qasarina. Langsung tak berminat dengan Ian di sebelah.

"I? I lepak rumah je selalu. Tak rumah, main golf. Ian ini ha yang selalu keluar. Jumpa awek.. Aduh!"

Terasa senak perut Dilan apabila disiku kuat oleh Ian. Dasar jantan.

"Wow! Ian dah ada awek. Bagus, bagus. Lepas ini I nak makan nasi minyak you." Qasarina tersenyum manis.

"Er, you datang dengan siapa ini Qas? Ku Zaf ada ke?" Tanya Ian cuba untuk mengubah topik.

"Oh daddy? Ada. I datang dengan dialah. Katanya nak jumpa Ku."

"Kalau macam itu eloklah kita masuk. Boleh join diorang sekali," ajak Ian.

"You masuklah dulu Ian. I nak borak dengan Dilan kejap."

"Oh. Okay."

"MALAM ini kau jumpa perempuan yang berminat dengan akademi kita itu kan?" Tanya Dilan tatkala dia berdua-duaan dengan Ian menikmati udara malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MALAM ini kau jumpa perempuan yang berminat dengan akademi kita itu kan?" Tanya Dilan tatkala dia berdua-duaan dengan Ian menikmati udara malam.

Tubuh Ian yang elok berendam di dalam kolam hanya diperhatikan sahaja. Biasanya lelaki itu kalau stress, pasti berenang. Tapi sebab apa pula?

"Hm. Kau yang berjanji dengan dia, aku pula yang dipertanggungjawabkan," jawab Ian malas. Dia keluar dari kolam sebelum mencapai tuala kecil di atas kerusi. Mengelap rambut yang basah.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now