Aira bangun berdiri kerana tangan ditarik Ariff. Tangan lincah Aira mula memeluk lengan si jejaka. Ariff hanya membiarkannya.

Kang kalau marah nangis pula.

☜⁠ ☞

Aira berdiri ditengah-tengah majlis itu.

"Dia ni pergi mana lah?... Kalau majlis ni kecil tak apa. Ni majlis kalah CEO.." Rungut Aira seorang diri ditengah-tengah keramaian itu.

"Helo?" Sapa seseorang. Bahu Aira mula terhinjut.

"Yer?" Badan dipusingman menghala ke arah tersebut.

"Anak siapa pula dah ni?.."

Soal Aira didalam hati sambil menayangkan lesung pipitnya.

"Isteri Zaquan kan?" Soal wanita separuh abad itu.

"Ah, yer." Balas Aira. Wanita itu mengangguk berkali-kali.

"Tak ada lah cantik mana pun. Anak aku cantik lagi." Sindir wanita itu. Aira terdiam. Salam tak ada apa tak ada, tiba-tiba mengata orang.

Dah kenapa ni?

"Kalau Zaquan kahwin dengan anak aku, mesti berapa bulan je dah boleh bagi zuriat." Sindirnya lagi. Aira hanya mendiam, hari perkahwinan macam ni pun rupanya masih ada yang iri dengannya.

"Excuse me? Zaquan tak pernah cakap pun kata wife Zaquan mandul?" Ujar Ariff yang baru sahaja tiba entah dari mana.

Tangannya mula merangkul dipinggang Aira, dia menarik isterinya untuk rapat dengannya.

Aira membeku. Terasa awkward pula.

"Ehh, abang Zaquan!" Jerit salah satu wanita disitu.

"Lamanya tak jumpa abang!" Ujar wanita itu lagi. Ariff tersenyum kelat.

"Tak apa lah, mak long, Clara. Zaquan pergi dulu." Pinta Ariff. Dengan pantas dia melepaskan pinggang isterinya dan menggenggam erat tangan Aira kemudian berlalu pergi dari situ.

"Cih!" Cebik Clara.
.
.
.

"Aku dan pesan tadi tunggu sini. Yang kau pergi merayau tu nak cari apa?" Marah Ariff. Aira mula membuat muka sehabis comel untuk meredakan kemarahan Ariff tapi Ariff membalasnya dengan jelingan.

"Ck." Aira menghempas kasar tubuhnya diatas sofa pelamin itu.

"Bosan lah duduk sini. Awak pergi bukannya kejap, lama tau." Marah Aira kembali. Dia memandang wajah Ariff dengan muka yang comel.

Ariff mula meraup wajahnya. Aku lempang karang, dia ingat aku cair ke?

Tapi..

Cair lah juga sikit.

Sikit jer, tak banyak pun.

"Aku pergi jumpa mak dengan pak sedara aku kejap tadi." Ujar Ariff yang juga turut melabuh punggung disitu.

Aira memandang Ariff, Ariff juga turut memandangnya.

Tiba-tiba...

Ckrik!

Bunyi suara kamera mematikan tenungan mereka berdua.

Dengan cepat mereka berpaling melihat kearah gerangan yang dengan sengaja mengambil gambar mereka.

"Mantap. Look so sweet, dho." Ujar Afnan sambil melihat hasil tangkapannya.

"Ye, dho." Kata Aufar pula yang turut melihat hasil tangkapan si abang kembar.

"Ish." Ariff mendesis geram.

"Eh, Riff. Kau tau tak? Kau kahwin sekali jer tau dalam sejarah hidup kau? So kena lah ada gambar. Buat kenangan, brother." Ujar Aufar lagi dengan tangan bermain dengan dagunya sambil tersenyum seperti kerang busuk.

Dagu pun botak, main ape?

"Siapa kata aku nak kahwin sekali jer?" Soal Ariff selamba. Aira terus memandang kearah jejaka itu. Tertypo ke mamat ni?

"Nanti kahwin bini kedua baru ambil gambar, baru mantap." Sambung Ariff lagi tanpa ia peduli dengan gunung berapi yang sudah membara disebelahnya.

Afnan dengan Aufar sedang memberi isyarat kepada Ariff, kembar itu meneguk air liurnya.

Lambat-lambat Ariff ingin memusingkan kepala memandang Aira, tiba-tiba..

"Aduh, aduh, aduhh. Argh, sakit, sakit." Adu Ariff apabila telinganya ditarik kuat oleh Aira.

"Ouh.. Kahwin lagi yer?" Soal Aira dengan senyuman sinis.

"Aduh.. Tak, tak. Main-main jer.." Balas Ariff dengan kepala menyenget akibat tarikan itu.

"Ushh, sakit tu. Ambil gambar, ambil gambar." Ujar Aufar seraya mengarahkan abangnya untuk mengambil gambar.

"Ha, ha." Balas Afnan.

Satu persatu gambar diambil Afnan tanpa disedari mereka.

Mereka tertawa melihat abangnya dimarahi Aira. Takut bini rupanya...

{Sudi tak? Kalau sudi tolong
lah vote yer Cinta. Hehe 😼}

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now