"Salam." Aira menarik tangan Ariff, ingin disalami. Kang kalau tak salam merajuk 5 tahun lak.

Orang nak merajuk dia pun nak merajuk. Aku sorang dah lah merajuk, kau tak payah.

Ariff menghulurkan tangan dan terus disalami Aira.

Sudah disalami, tapi tangan masih belum dilepas. Aira mendongak memandang jejaka tersebut.

Aira mengangkat kening. Kau nak apa?

"Cakap lah, take care ke? I love you ke?" Ariff memutarkan matanya memandang keatas sambil tersenyum.

"Take care." Aira tersenyum mengejek. Ariff langsung menjelingnya.

"Dah, pergi masuk. Aku dah lewat." Usai Ariff berkata begitu, Aira melangkah beberapa tapak menjauhi kereta apabila Ariff memasuki kereta tersebut.

Aira melambaikan tangannya dan dibalas Ariff, kereta Honda itu dipandang sehinggalah hilang dari kornea mata.

Aira berjalan memasuki rumah kembali dan mengeliat seketika.

"Nak masak apa erk hari ni?" Soal Aira seorang diri dengan tangan mengetuk dagu berkali-kali. Kaki berjalan memasuki dapur.

"Saya ada masakkan nasi goreng. Kalau puan nak, saya boleh tolong hidangkan." Ujar Mayah dengan senyumannya. Aira terus berpaling memandang gerangan yang berada dibelakangnya.

Figura Mayah diperhati sejenak. Aira memandang sekeliling, depan belakang semua dipandang. Mayah mengerut kening. Cari apa?

"Siapa puan awak?" Soal Aira. Dia dan Mayah sahaja yang berada didapur ketika ini, puan mana pula?

Dengar sahaja ujaran wanita itu, Mayah terus tertawa kecil.

"Puan Aira lah puan saya." Balas Mayah lembut.

"Bila masa pula saya ada jawatan ni?" Soal Aira lagi, dia menggaru kepala yang tidak gatal.

"Bila puan kahwin dengan tuan Ariff, puan ada jawatan lah." Balas Mayah pula. Sabor jer lah Mayah.

"Tak payah puan lah, Aira je." Aira berjalan memusing sekitar dapur itu, besar ya amat.

"Awak dengan tuan Ariff ada hubungan ke?" Soal Aira sekadar ingin tahu. Terkejut Mayah dengan soalan yang dilontarkan.

"Takde." Balas Mayah pula.

"Habis? Kenapa awak nampak rapat je dengan dia?" Aira memandang Mayah dibelakangnya. Mayah menggigit bibir bawah.

"Erk... Itu masalah peribadi, jadi saya tak boleh bagitahu." Mayah menunduk memandang jubin. Cantik juga eh.

"Ouh, okey." Aira memandang ke arah luar tingkap.

Dia berjalan menghampiri meja makan, langkahnya laju sahaja diikuti Mayah.

"Awak masak?" Soal Aira, senyuman nipis terukir dibibir. Mayah hanya mengangguk sebagai jawapan.

Mendapat anggukan dari Mayah, Aira terus melabuh punggung diatas kerusi dimeja makan itu. Mayah yang sedang berdiri ditarik.

"Erk, ye?" Soal Mayah apabila dia ditarik.

"Teman lah saya makan." Ujar Aira. Mayah mendiam.

"Sini." Aira menarik kerusi untuk Mayah dan menolaknya untuk duduk.

Mayah tanpa basa basi, terus mengikuti sahaja gerakan si Aira. Mayah memandang gerak geri Aira yang sedang mengambil nasi dan diletakkan didalam pinggan.

"Mayah nak?" Soal Aira lembut.

"Eh, takpe. Puan makan dulu." Aira mengangguk dan mengambil sudu untuk mula menjamu selera.

Usai membaca doa, Aira tanpa basa basi terus menjamah makanan tersebut.

"Sedapnya." Ujar Aira dengan mulut dipenuhi nasi. Mayah hanya tersenyum malu.

☜ ⁠☞

"HAHAHAHA!" Suara ketawa mula bergema didalam gudang itu.

"Kau biar betul?" Soal jejaka itu usai ketawa.

"Use your mind before your mouth, shit. Aku yang kawal dia, aku tahu lah." Balas wanita itu pula.

Lelaki itu memandang belati tajamnya bersama senyuman sinis.

"Kau yakin perempuan tu ada dekat dia?" Soalnya lagi inginkan kepastian.

"Aku selalu tengok gerak geri perempuan tu, and aku yakin memang perempuan tu ada dekat tangan dia." Balas wanita itu pula. Tangannya naik menutup hidung. Bau busuk bangkai terus menerus menusuk hidungnya.

"Kau memang tak nak buang ke 'benda' tu?" Soalnya pula. Dia memandang bangkai manusia yang sudah lama dibiarkan.

"Nope. Kalau tengok banyak kali, she's look so cute..." Balas jejaka itu dengan nada yang mendatar. Senyuman sinis terukir.

"Huh... Nevermind."

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now