"Comel lah kau ni. Cium sikit dah jadi tomato." Usik Ariff dengan senyuman nakalnya.

"Ish! Lepas, nak turun!" Marah Aira sambil meronta-ronta.

"Satu syarat." Balas Ariff. Aira mula membuat muka. Main syarat lak mamat ni.

"Apa?"

"Kiss aku dulu." Arah Ariff. Satu arahan jer tapi mampu membuat para readers yang single ingin memijaknya.

"Apa ni? Tak nak lah." Balas Aira. Memang tak lah dia nak kiss kau. Kau gila ke? Kalau aku boleh lah.

Hehe.. bercanda, kak.

"Kalau tak nak tak boleh lah." Ariff masih bersikeras dengan arahannya. Aira menjelingnya.

"Awak cepat lah. Orang lapar ni.." Rayu Aira lagi dengan muka sehabis comel.

"Kiss lah dulu." Ujar Ariff pula dengan senyumannya.

"Saya lapar lah. Nanti kalau saya gastrik macam mana?" Soal Aira dengan mulut memuncung macam itik.

"Kalau kau sakit aku ubatkan lah." Balas Ariff selamba. Ariff memandang wajah cemberut Aira. Ariff langsung tergelak melihat wajah itu.

"Kau lapar sangat ke?" Soal Ariff lagi.

"Sangat-sangat lapar."

"Em... Diet je lah malam ni, ehh? Nanti kalau kau gemuk, susah lah aku nak dukung." Kata Ariff dengan senyuman bahagianya.

"Tak payah lah dukung, tak suruh pun." Aira mula menjawab.

"Tapi aku nak." Jawap Ariff pula dan berdiri. Ariff mula mengatur langkah menuju anak tangga.

"Nak pergi mana ni?" Soal Aira, tangan mula melingkar kembali dileher Ariff.

"Naik bilik lah. Aku mengantuk." Balas Ariff dengan langkah besarnya.

Aira mendiam. Dia melihat sahaja wajah Ariff.

"Syukur Alhamdulillah dapat suami hensem. Tiap-tiap hari boleh cuci mata."

Ujar Aira didalam hati dengan senyuman manis terukir dibibir.
.
.
.

"Em.. Kau tunggu sini kejap tau, aku nak jumpa Raykal." Ujar Arif usai sahaja meletakkan tubuh kecil Aira diatas katilnya.

"Jangan lah tinggal saya sorang-sorang dekat sini." Aira menarik kembali tangan Ariff yang sudah melangkah beberapa tapak ingin meninggalkannya.

"Aku nak jumpa pengawal aku kejap. Kejap je, tak lama pun." Ujar Ariff lagi.

"Tak nak.. Bilik ni seram lah." Kata Aira pula. Dia menarik tubuh Ariff dan memeluk erat pinggang Ariff.

Ariff mengeluh dan mengusap lembut kepalanya. Tudung yang dikenakan isterinya dibuka.

Dia melutut sedikit kerana ingin melihat wajah Aira.

"Kejap je aku pergi. Promise." Ujar Ariff sambil menggenggam tangan Aira.

"Nak jumpa dia buat apa? Tak boleh ke jumpa esok-esok aje?" Soalan bertubi-tubi dilontarkan kepada Ariff.

"Haih. Ye lah. Jumpa esok." Ariff mengalah dan bangun berdiri.

"Awak marah ke?" Soal Aira dengan mulut memuncung.

"Tak lah." Balas Ariff dan berjalan pergi ke tempat tidurnya disebelah kiri.

Ariff membaringkan tubuhnya diatas katil dan menepuk-nepuk lengannya untuk Aira tidur. Aira membeku.

"Tidur dengan awak?" Soal Aira. Tak sihat ke suaminya ni?

"Habis? Kau nak suruh aku tidur bawah ke?" Soal Ariff pula. Aira menggeleng.

"Dah tu? Sini." Ariff menepuk lagi tempat itu untuk Aira tidur. Aira mendiam tanpa sebarang respon.

"Come, sayang.." Ariff menarik lembut tangan Aira. Aira menuruti sahaja.

Kepalanya diletakkan diatas lengan Ariff. Tangan Ariff mula melingkar dipinggangnya.

Cup.

Satu ciuman dihadiahkan di dahi mulus Aira. Aira yang jantungnya sudah laju kerana pelukan itu, semakin laju apabila Ariff bertindak menciumnya.

"Good night, sweetheart..."

Ariff mula berselawat ditelinga Aira, lambat-lambat Aira terlelap jua dengan selawat yang dinyanyikan Ariff...

Information!!

Guys, minggu depan... Rasanya saya tak up kut? Sebab saya ada exam, so nak focus dulu, nanti insyaallah saya up lain. Sorry sangat-sangat 🙏🏻

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now