Part 12

34 2 0
                                    

Kenapa saya ada di hospital ?
Hana melihat keadaan sekeliling nya dengan janggal kerana melihat beberapa sosok orang yang tidak dikenalinya.

Maaf, saya hendak memeriksa keadaan cik. Cik ingat nama ?
Hana menggeleng kepala nya itu menunjukkan dia juga tidak mengingati diri nya.

Setelah diperiksa , Doktor Ikmal menjelaskan segalanya. Selain kehilangan darah yang banyak , pesakit juga mengalami amnesia atas faktor kecederaan di kepala nya kerana hantuk yang kuat tetapi darahnya sudah normal kembali kerana ada seseorang hamba Allah yang menderma darahnya.

Alhamdulillah , syukur mereka tetapi masih dalam keadaan sedih kerana Hana tidak mengingati diri mereka termasuk dirinya sendiri. Berapa lama akan sembuh doktor ? Siapa yang menderma darah kepada anak saya ?

Bertalu - talu soalan yang diberi oleh Tengku Della Elena. Tidak ada seorang ibu yang tidak mengkhawatirkan anak nya. Untuk kesembuhan pesakit , keluarga dan orang terdekat nya digalakkan untuk membantu pesakit mengingat kembali.

Sayang.. Ini mama dan papa nanti di rumah mama cerita semua nya kepada Hana ya. Ini kawan mama Aunty Shafira dan di sebelahnya Rayyan. Hana hanya tersenyum.

Nama saya ? - tanya Hana.
Tengku Hana Zulaikha binti Tengku Shahrizal dan dipanggil Hana jawab mama nya.
Mama dan papa keluar kejap ya nak urus keluar hospital.
Baik ma.

♡o。.(✿ฺ。✿ฺ)

Shafira serba salah dengan ujian yang dihidapi oleh Hana hanya kerana dirinya.
Umi tak tahu macam mana nak selesaikan semua ini hatinya tidak tenang.

Biar Rayyan yang tanggungjawab. Rayyan nak minta izin umi dan abi untuk kahwin dengan Hana.
Umi dan abi nya terkejut bukan kepalang mendengar nya. Rayyan perkahwinan ini bukan perkara main - main tegur abi nya.

Rayyan memang sayang dan cintakan Hana. Rayyan tak main - main jawab nya dengan serius. Rayyan kenal Hana , dia satu sekolah dengan Rayyan masa Rayyan pindah di SMK Bougainvillea
itu.

Kalau Rayyan benar - benar sayang dan cintakan Hana. Umi dan abi setuju tetapi umi akan berbincang dengan keluarga Hana dulu tentang perkahwinan ini.

♡o。.(✿ฺ。✿ฺ)

Hana cuba mengenali kembali keluarga nya. Mama , papa , abang nya dan adik nya termasuklah dua kawan nya itu Amanda dan Syifa.
Dengan situasi ini , dia perlu mengambil masa yang lama untuk mengingati segalanya.

Dia tidak mengerti kenapa dia boleh mendengar suara hati semua orang menjadikan nya tidak selesa.

Dia juga bermimpi ada seorang lelaki berjubah putih yang hadir dalam mimpi nya itu mengatakan bahawa dia perlu menyimpan rahsia kelebihan yang dimiliki nya itu dan dia perlu menyembuhkan diri nya segera untuk kembali kepada diri nya dahulu.

Terlalu banyak hal yang berlaku dalam dirinya bagaikan deja vu.
Dia hanya mampu berdoa kepada Allah SWT untuk memberi jalan yang terbaik dan kesembuhan kepada diri nya.

Hana teringat akan kata ibu nya bahawa dia akan berkahwin dengan lelaki bernama Rayyan Mateen Yusuf anak kepada aunty Shafira sahabat mama nya itu. Dia hanya mentaati mama dan papa nya walaupun tidak dipaksa.

Sepanjang di dalam bilik , dia melihat semua barang milik nya sebagai ikhtiar mengingati kembali. Dia terjumpa buku diary nya ketika dia masih 17 tahun. Dia membaca segala isi yang pernah di tulis nya dahulu.

Rayyan memang merupakan cinta pertama nya. Seseorang yang pernah berjaya mencuri hati nya namun ditahan hanya kerana menjaga ikhtilat dan belum masa yang sesuai.

Sesuatu yang tidak disangka kan dipertemukan kembali atas izin Nya.

Silent Love ♡Where stories live. Discover now