Part 2 [ re edit chapters ]

163 3 0
                                    

Setelah sampai di rumah...

Assalamualaikum,Hana dah balik !
Waalaikumussalam..menyahut ibu nya dari dapur,Hana pergi mandi,solat dulu jap lagi turun makan okay..Baik ibu!Hana naik atas mandi dan solat sekejap lagi Hana turun..

Setelah selesai mandi,solat
wahh banyak nya ibu masak lauk kegemaran Hana pulak tu ! Ada lauk masak lemak pucuk paku,kari ayam,kangkung goreng belacan dan teh o ais laici kegemaran nya.Hana dan ibu nya makan bersama bersama begitulah keadaan mereka apabila hidup berdua tanpa lagi ayah nya.

Lagi pula Hana Zulaikha anak tunggal dalam keluarga itu..
Hana,ibu nak cakap sesuatu dengan Hana..Ibu harap Hana tak marahkan ibu.Lagi pun ibu dah tua,Hana dah besar memang patut Hana tau hal sebenar.Ibu jangan la serius sangat..Hana okay je ibu.

Sebenarnya...
Hana bukan anak kandung ibu dan arwah ayah.Hana tersedak lalu minum air untuk melegakan tekak nya.Hana cuba bertenang setenang mungkin kerana dia terkejut mendengar perkara tersebut.

Setelah selesai makan..
Hana mengajak ibu berbual dengan nya.. Hana marahkan ibu ke? Ibu minta maaf sebab baru sekarang nak bagi tahu perkara sebenar.Ibu harap Hana tak tinggalkan ibu. Kata ibu nya dalam keadaan sebak.

Ya Allah! ibu jangan cakap macam tu Hana sayang kat ibu.Ibu yang jaga Hana dari kecil sampai besar,Hana takkan tinggal kan ibu..Hana tetap anggap ibu sebagai ibu kandung Hana.Apa apa pun yang jadi,Hana tetap sayang ibu.

Ibu terharu dan lega mendengar kata kata Hana.
Ibu..Hana minta maaf tapi Hana nak tanya, ibu dan ayah kandung Hana dah tak ada ? tanya nya dalam keadaan serba salah.

Hana tak perlu minta maaf.Sebenar nya mama dan papa Hana masih ada,mama dan papa Hana kawan arwah ayah.Ibu dengan ayah tak ada anak.Mama dan papa serah kan Hana untuk kami jaga.Hana juga ada seorang abang dan seorang adik..Ibu nya memberi data asli nya dan izinkan Hana mencari keluarga kandung nya.

Hana terkejut apabila nama dia mempunyai gelaran Tengku.Dia membaca data itu Tengku Hana Zulaikha binti Tengku Shahrizal.
Tetapi Hana berusaha bertenang walaupun sebenarnya dia terkejut dan sedih pada masa yang sama dia tak mahu menyakiti perasaan ibu nya yang menjaga dia dari kecil.
Dia berfikir apabila lulus SPM dia akan mencari keluarga kandung nya..

Setelah malam hari..
Hana menyelesaikan homework yang diberi oleh guru.Setelah selesai,dia membaringkan diri nya di atas katil.Dia teringat kejadian tengahari di sekolah tadi.. Handsome juga sebenarnya mamat tadi apa nama nya Yusuf ? sesuai rupa dan nama nya.

Hana teringat kejadian Yusuf memanggil nya Zulaikha dan dia tersedar..aku memanggil nya Yusuf ?
Hana berkata kepada dirinya ' weh apa kau fikir ni Hana Zulaikha sedar sikit tak baik memikirkan ajnabi yang bukan mahram kau '.

Dia matikan suis lampu dan melelapkan matanya kerana esok dia masih bersekolah.
____________

Keesokkannya di sekolah,seperti biasa dia bertugas di pagar.Orang yang sama juga datang lewat..Dia membuka sistem salah laku murid,dia mencari nama Tengku Zaqwan.Dia tergamam melihat nama lelaki itu,Tengku Zaqwan bin Tengku Shahrizal.Dia memandang Tengku Zaqwan dengan lama.

Hai gadis manis,kenapa tengok saya macam tu..saya tahu la saya hansome kata Tengku Zaqwan.

Euww..ada juga erk yang perasan mengaku handsome..cik abang kalau handsome pun hari hari datang lambat buat apa.. - tertawa Hana.

Manis rupanya bila awak ketawa makin cantik..tak macam selalu garang je kalau tengok saya.
Ketika Zaqwan jalan mahu masuk sekolah, dia begitu senang apabila Hana bercakap dengan nya..dia teringat ketawa manis Hana itu kepada nya..dia tersenyum - senyum bila mengingati nya.

Ketika di dalam kelas..Hana belajar dengan begitu fokus apa yang di ajari oleh cikgu Firman mata pelajaran Bahasa Melayu..
Hana,rumusan ada berapa isi ? Tanya cikgu Firman kepada nya.
Rumusan ada lapan isi cikgu,jawab nya.Okay bagus Hana,kamu boleh duduk.Terima kasih cikgu kata nya.

Kringgg..pelajar - pelajar Smk Bougainville berpusu - pusu ke kantin pada waktu rehat..Hana pula hanya duduk di dalam kelas,dia tidak berapa suka ke kantin kerana keramaian di kantin lagi lagi dipenuhi pelajar lelaki..

Semasa Rayyan dan Ahmad berjalan keluar kelas hendak ke kantin,Rayyan melihat kelas 5 Lavender.Zulaikha tidak ke kantin ? - desis hatinya.

Ahmad, kenapa budak perempuan tu duduk dalam kelas tidak ke kantin ? Tanya Rayyan kepada Ahmad.
Ohh Hana ke ? Selalunya waktu rehat dia memang tidak ke kantin..dia tak suka sebab ramai pelajar lelaki..uhh wanita idaman tertawa Ahmad.

Kau tau tak ada lelaki popular kat sekolah ni dia suka kacau Hana sebab dia nak mengorat Hana.Nama dia Tengku Zaqwan, banyak perempuan nak kat dia tapi dia nak kat Hana.

Tengku Zaqwan ni dia playboy,aku pernah lah terserempak dengan dia di luar sekolah dengan girlfriend dia..berapa kali dah terserempak,dengan girlfriend lain pula.

Muka dah handsome kaya pula tu..memang perempuan nak kat dia la..tapi aku terkejut gila dulu Tengku Zaqwan tu pernah melamar Hana depan ramai pelajar perempuan ..tapi Hana reject lamaran dia.

Pelajar perempuan yang lain ada yang  cemburu ada yang kata Hana acah cantik sebab Tengku Zaqwan nak kat Hana tapi Hana tak pernah layan..
Sambung Ahmad.

Aku tanya satu soalan satu buku teks kau jawab kata Rayyan kepada Ahmad..

Hahaha saja cerita kat kau kot la kau suka kat Hana..
Ishh kesitu pula..aku kenal dia pun tak kata Rayyan.
______
Hana yang di dalam kelas sedang mengelamun memikirkan keluarga kandung nya itu lagi lagi dia memikirkan Tengku Zaqwan..dia teringat kejadian pagi tadi semasa catat nama lelaki itu ' Tengku Zaqwan bin Tengku Shahrizal '.
Adakah Tengku Zaqwan itu darah daging aku? mustahil..Hana berkata kepada dirinya dalam dunia ni banyak ja nama yang sama kan..

Tiba tiba
" baaa " opocot mak kau meletup! melatah Hana..Astaghfirullah terkejut aku amanda woi..Hahaha kau mengelamun apa Hana memang kena la jawab nya dengan si Amanda tu kata Syifa.Mereka ketawa melihat Hana terkejut tadi..

terkejut pun comel - desis Rayyan..
di lihat oleh Rayyan daripada jauh.

Hana kau macam ada masalah je..tak nak cerita kat kami ?Aku okay ja. Kata Hana..
Kita kan dah lama kawan..kau ada masalah cerita je la,aku tak suka tengok kawan aku sedih - sedih.. kata mereka kepada Hana.

Alolo sweetnya kata Hana,Hana dipeluk oleh Syifa dan Amanda.
Nanti petang kita pergi taman,aku cerita okay kata Hana.
_____

Assalamualaikum..
Suaranya kedengaran oleh ibu nya..waktu waktu macam ni ibu pun tahu aku dah pulang..
Waalaikumussalam..seperti biasa disuruh mandi,solat turun makan..
Aku pergi mandi dan kemudian solat.

Lama nya Hana ni..Suhaila mengetuk pintu bilik Hana,dia buka pintu yang tidak terkunci rupanya..

Ya Allah..kesiannya anak ibu tertidur ni mesti letih sangat..ibu nya juga tau dia sibuk belajar kerana SPM lagi beberapa bulan.
Ibu nya menutup pintu dengan perlahan..ibu nya membiarkan dia tidur
_____

Setelah petang..
Assalamualaikum..Hana oh Hana
Waalaikumussalam..Puan Suhaila menyahut..oh Syifa dan Amanda rupanya..ha ah Hana ada tak Makcik Suhaila ? Tanya mereka
Puan Suhaila menjemput mereka masuk rumah..dekat luar panas masuk la dulu..
Mereka menunggu di ruang tamu rumah Hana

Hana bangun Hana..Syifa dengan Amanda datang ibu nya gerak dengan lembut..
Hana mengeliat dan bangun..
Astaghfirullah Hana tertidur..Hana minta maaf ya ibu,Hana tak sengaja tertidur pula.

Tak apa ibu faham anak ibu ni penat..ibu mengelus rambut Hana..
Setelah Hana selesai solat asar..
Hana bersiap hanya sekadar memakai baju tangan panjang dan menyarung tudung sarung..handsock dan stokin juga tak lupa dikenakan

Sorry korang..aku tak sengaja tertidur tadi hehe
Tak pa..bukan selalu pun kau macam ni daripada si Amanda ni kata Syifa..diam la kau kata Amanda kepada Syifa..

Ibu..Hana pergi dulu ! Assalamualaikum ucap mereka bertiga..
Waalaikumussalam..Hana,Syifa dan Amanda hati - hati ya.
Baik ibu ! Baik makcik !

Silent Love ♡Where stories live. Discover now