Tangan Zara yang tadinya menekup mulut, kini beralih menutup telinganya bagi mengurangkan suara bisikan itu. Kaki Zara yang sedang berlunjur di hujung katil mula merasakan nyeri, seperti ada kuku tajam yang sedang menggores-gores kaki dan juga betisnya.

Kepala Zara perlahan-lahan menoleh ke arah hujung kakinya, matanya membulat apabila ada satu sosok yang dilihatnya tadi sedang mencakung sambil memegang kedua belah kakinya.

Wajah sosok itu mencair, seperti ais kream yang cair, mata, hidung dan mulutnya turun jatuh dengan perlahan. Wajah sosok itu penuh dengan noda dan lumpur.

Zara meronta-ronta ingin dilepaskan, dengan sekali rentapan dia berjaya melepaskan pegangan sosok itu pada kakinya, tanpa berlengah dia keluar dari bawah katil lalu menuju ke arah pintu biliknya, dia berjaya meloloskan diri.

Zara berlari dengan sepenuh hati menuju ke ruang dapur, niat ingin mencari sang ayah. Tanpa sempat menahan, dirinya sudah selamat berada didalam pelukan lelaki yang amat dicintai.

"Raqib! tolong saya Raqib ada.. ada makhluk buruk kacau saya, saya takut." Zara menangis didalam pelukan sang suami, tangannya memeluk erat lengan sasa itu.

"shuhh abang ada, sayang jangan takut okey." Lembut sahaja suara Raqib pada halwa telinga Zara, kepalanya juga di usap dengan lembut.

"Jauhkan diri kau dari iblis tu!" sosok tadi kembali muncul di belakang mereka.

Zara menoleh kebelakang, sosok itu kelihatan semakin mencair, kepalanya sudah tiada bentuk rupa, sosok yang tinggi lampai tadi sudah menjadi pendek seperti orang kerdil.

"Kau siapa!" Suara Zara naik meninggi, kehadiran Raqib di sisinya sedikit sebanyak menyumbangkan keberanian pada Zara untuk menghadapi sosok yang sangat mengerikan itu.

"Jauhkan diri kau dari iblis itu Zara!" Selesai berkata-kata, tubuh sosok itu mula mengeluarkan cecair darah yang pekat dan likat.

Zara hampir hendak termuntah apabila terhidukan bau yang cukup menyengat.

"Zara, sayang sayangkan abang kan?" Raqib memandang Zara dengan pandangan yang sayu.

"Mestilah, Zara sayang sangat dengan ab,,abang" Zara memandang Raqib, mengabaikan kata-kata dari sosok tersebut.

"Kalau diberi pilihan untuk sayang pilih abang dengan agama, sayang pilihan yang mana satu?'"

"ab..abang kenapa bagi pilihan macam tu?" Wajah Zara berkerut seribu. Pelukan pada Raqib mula dirungkaikan.

"Sayang percayakan abang kan? Agama yang sedang sayang anuti sekarang ni adalah agama yang salah. Mari ikut abang, sayang." Raqib menggamit Zara supaya masuk kedalam pelukannya semula.

Zara menggeleng.. Islam? Islam agama yang salah? tidak... selama ni aku hidup didalam agama yang salah ke?

Zara menunduk memandang ke bawah apabila dia tarasa ada cecair menyentuh kakinya. Darah! Ianya datang dari sosok tadi, sosok tu sudah benar-benar mencair.

"Sayang, abang nak kita sama-sama masuk syurga, Islam bukan agama yang betul. Allah bukan tuhan yang sebenarnya, Azazil.. dia yang patut kita sembah." Mata Raqib yang memandang ke arah anak matanya sungguh menyentuh hati.

Tidak mungkin Zara akan percaya apa yang sedang Raqib bicarakan sebentar tadi. Namun mata Zara terus membulat apabila Raqib mula menjauhkan diri darinya. Dia taknak hilang Raqib, tak mungkin untuk dia biarkan Raqib pergi.

Setitis mutiara jatuh di pipi Raqib membuatkan Zara menerpa ke arahnya. Saat itu jugalah sosok Raqib hilang, badan Zara Terasa dihumban ke dalam lubang yang sangat dalam dan gelap.

Terasa kulitnya panas terbakar, seiring dengan dalamnya dia jatuh sebegitu banyak jugalah kulitnya berpisah dari tubuh. tiada lagi secarit pakaian yang berada pada tubuhnya.

Zara menjerit terlolong, bibirnya memanggil sang suami supaya dapat menyelamatkan dirinya, Zara terasa matanya terkeluar dari kelopaknya, tubuhnya terasa mencair saat ini.

Pak!

Tubuhnya terhempas diatas lantai yang berbatu.

"Arghh" perit yang dirasa saat ini tidak tertanggung.

Zara angkat wajahnya, dirasakan kulit yang tertanggal tadi kembali bercantum perlahan.

Dia bangkit, tubuhnya kembali dibaluti dengan kain putih, rambutnya teruarai kerana kain itu hanya menutupi badannya sahaja.

Zara seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tika ini, sebuah pintu gerbang yang sudah hangus terbakar sedang terbentang di hadapan matanya sekarang.

Sedang ralit dia menatap pintu yang sungguh mengerikan itu, rambutnya tiba-tiba di tarik dengan kuat tanpa belas kasihan, badannya jatuh terduduk. Namun tidak menghentikan perbuatan satu sosok untuk terus mengheret tubuhnya.

"Sakit! Lepaskan aku" Zara menjerit, punggungnya terasa terbakar akibat seretan yang amat laju itu.

Makhluk itu membawanya masuk ke dalam pintu yang mengerikan tadi, masuk sahaja ke dalam, tubuh Zara dirasakan bagai dipanggang. Panas!

"Ya Allah! Panas" Zara menjerit sambil menyebut nama yang Esa.

"Jangan kau menyebut nama Tuhanku dengan menggunakan mulut mu yang keji itu!" Suara sosok yang sedang menariknya memetir kuat.

"Kau siapa!"

"Aku pemberi peringatan terakhir buat kau." Serta merta pegangan tangan itu pada rambut Zara terlerai.

Zara bangkit sambil menahan pedihnya punggung dan ubun-ubun rambutnya.

Seorang lelaki, ya seorang lelaki dengan wajah yang begitu bengis memandang kearahnya.

"Marilah dekat aku." Lelaki itu menggamit Zara supaya mendekat.

Zara menggeleng, dia tidak mahu mendekat, namun tubuhnya seakan-akan ditolak supaya terus mendekat. Dengan tidak semena, selembar kain di lemparkan ke arahnya.

Badan Zara menggelupur, bahang api yang begitu dahsyat dirasakan membuatkan kulit muka terpisah dari tulang muka.

"Arghhhhhhhh sakit!!" Zara meronta-ronta di dalam kesakitan, dia berlari tidak tentu arah.

Setiap kali dia berlari setiap kali itulah tubuhnya bagaikan terhiris, sehinggalah kakinya berlari mendekati satu curam yang gelap.

Zara dengan matanya yang separa celik, menghentikan langkahnya supaya tidak terjatuh kedalam curam itu. Usahanya tinggal sia-sia apabila tubuhnya sekali lagi ditolak oleh makhluk yang tidak terlihat untuk terus terjunam jatuh.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now