"Biasa-biasa je lah mummy." Balas Aira malu-malu kucing. Tampar karang.

"Apanya biasa-biasa? Sedap lah, kan Ariff?" Soal puan Zulaikha sengaja memetik nama si jejaka.

Macam kusyuk semacam aje pun rasa air tangan bakal isteri.

"Boleh lah." Balas Ariff tanpa mengalihkan pandangan walau sesaat. Puan Zulaikha menjelingnya.

Jual mahal engkau ye budak.

"Mummy nak keluar dulu, nak tengokkan budak-budak tu pasang pelamin. Tak keluar nanti tahu-tahu roboh dah." Puan Zulaikha mula mengatur langkah menuju luar rumah.

Maklumlah, anak sulung nak kahwin lagi berapa hari aje, mestilah bersemangat.

Puan Zulaikha keluar dari rumah itu, hilang terus figura ibunya dari pandangan mereka.

Aira memandang Ariff yang masih fokus dengan makanannya.

"Sedap tak?" Soal Aira pula. Soalan sama, cuma orang je berbeza.

Ariff terus mengangkat kepalanya memandang Aira.

"Sedap... Aku rasakan, nanti mesti hilang roti dekat perut aku ni.." Kata Ariff perlahan sambil memegang perutnya.

"Ada ke?" Soal Aira pula.

"Ada lah. Nak tengok? Tak payahlah, nanti lepas kahwin aku tunjuk." Balas Ariff sambil ketawa perlahan.

"Ckk." Aira menjelingnya. Kepalanya dipusing dari terus menatap Ariff.

Bagi fakehope lah dia ni.

Aira berjalan pergi ke dapur untuk membuat apa yang patut.

Aira ke dapur dan berjalan kearah sinki. Beberapa biji pinggan didalam sinki diperhati.

Tangannya dengan lincah mula menyentuh pinggan itu untuk dicuci. Lama selepas ia mendiam, dia mula berdehem untuk test suara.

"Bayangkan bila harimu penuh warna..." Aira bernyanyi perlahan dengan tangan masih setia mencuci pinggan.

"Tak payah nak menyanyi sangat lah." Sapa seseorang dari belakang. Aira yang terkejut dengan suara itu langsung terhinjut bahunya.

Aira memandang gerangan yang menyapanya.

"Ish..." Aira menjelingnya. Sibuk je. Heh.

"Kau ni apa hal? Nak gaduh ke?" Soal Ariff. Satu jelingan sempat dihadiahkan kembali kepada Aira.

"Meh, meh." Aira menyambut tawaran pergaduhan Ariff. Aira mengangkat tangannya yang sudah membentuk buku lima dan mengacah- acah ingin menumbuk Ariff.

"Besar ayam jer ada hati nak tumbuk aku." Rungut Ariff perlahan.

"Apa awak cakap? Awak ingat saya ni pekak sangat ke? Huh?" Soalan bertubi-tubi dilontarkan kepada Ariff.

"Aku tak kata pun kau pekak. Saja nak bagi kau dengar." Ariff membalasnya kembali dengan selamba.

"Eiii. Cekik karang." Aira mengangkat tangannya ingin mencekik leher Ariff.

"Cekik karang." Ariff mengejek Aira kembali dengan suara yang sengaja dikecilkan.

"Oih. Sedap dating. Jom, mummy panggil." Sampuk Afnan. Menyampah dia asyik-asyik nampak adegan tak berbayar aje. Tahu lah dia single pun. Tapi kena ke ber sweet-sweet dekat sini?

"Hm.." Ariff mencuci pinggannya, hm sahaja menjadi balasan dari Ariff.

Aira berjalan keluar dari dapur dan mengikuti langkah Afnan untuk ke luar rumah.

Setibanya Aira ditempat yang dituju, Aira membeku.

"Cantik kan?" Soal puan Zulaikha apabila ternampak figura bakal menantunya.

"Mu-mummy, bukan dah bincang ke? Kata nak buat kecil-kecil je?" Soal Aira kembali. Terkejut monyet dia tengok pelamin meriah bukan main.

"Apa salahnya.." Puan Zulaikha menggenggam erat tangan kecil Aira. Matanya kini bertentangan dengan mata Aira.

"Aira ni menantu pertama mummy, tak ada salahnya kalau mummy nak buat besar-besaran kan?" Soal puan Zulaikha tersenyum manis.

"Ta-tapi..." Aira memandang bawah. Malu dia ingin menatap mata milik si bakal mertua.

"Takde tapi-tapi." Sampuk puan Zulaikha, tidak sempat Aira nak habiskan kata-katanya.

Lambat-lambat Aira mengangkat kepala, puan Zulaikha sempat menghadiahkan ciuman sekilas di dahi mulus Aira.

Aira hanya mendiam. Semakin malu dia dengan layanan puan Zulaikha yang sangat baik dengannya.

Teringin pula nak jadi menantu puan Zulaikha...

{Dipersilakan untuk vote
kawan-kawan 🙈}

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now