"Cepatlah!"

Arash sedar dari lamunannya terus menuju ke Ayreen dan mereka jalan beriringan ke parking kereta.

"Saya nak duduk rumah mama"kata Ayreen dingin setelah memasuki kereta sebelah penumpang.

"Kenapa tak nak duduk rumah kita?"soal Arash.

"Rumah kita?Tu rumah awak sorang aje.Awak yang cakap kat saya dulu"balas Ayreen sinis.Sengaja dia mengungkit kisah lama.

"Sayang...Abang minta maaf.Jangan macam ni sayang"ujar Arash lembut.Terasa dengan perlian yang dilemparkan oleh Ayreen.

"Ayreen nak duduk rumah mama jugak!No excuse"tengkingnya.Tersentak Arash dibuatnya.Dia memandang Ayreen kecewa.Ayreen yang hanya menumpukan perhatiaannya di hadapan menoleh ke Arash.

"Tunggu apa lagi?!Jalan lah.Membuang masa orang je"

●●

"Eh Arash!Kenapa tak balik rumah korang?"soal Puan Fatima pelik apabila melihat sebuah kereta yang berhenti di hadapan rumahnya.

"Ayreen yang suruh ma,Ayreen nak duduk dengan mama dekat sini"kata Ayreen tanpa menunggu balasan daripada Arash terhadap mamanya.

"Tak masuk kerja ke duduk sini Een?"yelah,tempat kerja dia dekat selangor sana.Rumah mama dia di Negeri Sembilan.

"Ikutkan nak stop kerja situ"

"No!Mana boleh sayang..."bentak Arash.

"Ha dengar arahan suami kamu tu"pesan mamanya.Ayreen terus berjalan menghentak kaki masuk ke dalam rumah.

"Sayang,jangan hentak kaki.Awak tu mengandung,ada anak saya dalam tu ha"Puan Fatima tertawa kecil melihat telatah suami isteri di hadapannya ini.Dah nak ada anak pun,perangai macam budak-budak si Ayreen ni.

"Bagi sihat dulu lepastu balik sana ye Ayreen"ujar Puan Fatima sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Mana papa?"selalunya balik sini dia cari Aryan dan Ayyan sekali,tapi malas nak cari diorang berdua tu sekarang.

"Dia pergi keluar lepak dengan kawan"balas mama.

"Eh Arash,letak beg dekat bilik dulu.Lepastu kamu pergi la mandi.Berapa hari dah kamu tak mandi,busy jaga Ayreen kan"sengaja mamanya menguatkan suara supaya terbit rasa kasihan di dalam diri Ayreen.

Arash akur.Lalu dia membawa beg naik ke atas dan terus mandi.

Bila mama naik ke atas bilik.Ayreen juga mahu ikut naik ke atas bilik mamanya.Entahla apa yang dia mahukan.

Masuk sahaja bilik mamanya,mereka berdua terus mengambil tempat di atas katil.

"Mama,Ayreen nak tanya sikit ni"

"Ha tanya lah"

"Papa tu macam Arash juga ke?"

"Maksud Een papa buat benda macam Arash tu ker?"sambung Ayreen lagi.

Benda yang dimaksudkannya itu ialah buat benda keji,bunuh-bunuh orang,semua tu.

"Papa memang dibesarkan dalam keluarga macam tu Een.Keluarga mafia,dari Italy.Tu muka kamu ada mix Italy sikit"

"Mama suka ke kahwin dengan mafia?"soal Ayreen.

"Dah jodoh mama dengan papa kamu.Mestilah suka"

"Macam mana mama dapat tahu yang papa tu mafia ek?"banyak pula soalan yang ditanya.

"Dulu papa selamatkan mama dari gangster.Lepastu kitaorang kerap jumpa.Last-last papa confess dekat mama"

"Mama macam kamu juga Een,lepas dapat tahu yang papa kamu tu mafia,mama buat perangai.Mama tengking-tengking papa kamu,palau papa kamu"sambung Puan Fatima.Ayreen hanya setia mendengar cerita mamanya.

"Tapi lama-kelamaan mama lembutkan hati mama.Sampai bila nak bermusuh dengan suami sendiri.Kadang-kadang rindu juga nak manja-manja dengan dia time merajuk"

Ayreen yang mendengar terangan yang diterangkan mamanya tadi.Rasa bersalah terhadap Arash.Tetapi sedikiiit sahaja.Dia masih bencikan Arash kerana Arash berahsia dengannya.

"Sudahla,pergi masuk tidur.Teman suami kamu.Kesian dia dapat isteri yang kuat merajuk macam kamu ni Een"

"Ish mama ni.Sempat mengata Een.Dah la goodnight"





✩ Love is like the wind, you can't see it but you can feel it ✩

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MI QUERIDA | OGWhere stories live. Discover now