BAB 2

56 2 0
                                    

Hari ini menunjukkan hari sabtu,hari yang aku sukaa.Hari ni aku decide untuk berjalan-jalan mengambil angin dengan familyku.Ya la,busy sangat dengan kerja,nak la juga spend time dengan family.Aku balik ke Negeri Sembilan iaitu tempat lahirku,tempat asalku dan tempat kegemaranku.Aku ambil cuti untuk tidak bekerja selama seminggu.

Aku sebenarnya bekerja di Negeri Selangor.Negeri yang sangatt sesak dan penuh kenderaan.Setiap pagi pergi kerja mesti akan ditimpa jammed.

Sambil aku memandu kereta Mercedes AMG A45 kepunyaanku ini.Aku mendapat satu panggilan dari abangku,Fawwaz Aryan.

"Assala-"tak sempat aku menghabiskan salam aku.Ada satu suara yang agak teruja menyahut.

"Woi,kau kat mana dah ha?Mama ni excited sangat,Asyik tanya kau dah sampai mana?Penat aku nak menjawab tau"sahut Aryan.

"Eish kau ni,bagi la salam dulu,ni tak,main terjah aje,adab mana adab?"soalku.HAHA.Kau jangan sampai aku buka dakwah aku.Kang insaf satu saat je.Fuh hebat.

"Hehe,yela ASSALAMUALAIKUM MINAH!APA KHABAR DISANA?SIHAT?ANA DI SINI SIHAT WALA'FIAT."jerit Aryan.Haish abang aku yang sorang ni,tak reti nak serious tau.Sikit-sikit dah la.Lebih-lebih sapa nak layan.

"Waalaikummussalam,eish kau ni leklek dah la,serious sikit.Sedar diri,umur tu dah semakin tua."yela aku 23,dia 27 dah sekarang.Dasar lelaki tak sedar diri.

"Aku nak sampai dah ni ha,baru dekat port dickson,30 minit lagi sampai.Pape roger.Gerak luu"sambungku.Tup,terus aku mematikan panggilan itu.Sebelum mamat ni jadi gila.

Berbeza sungguh dia dengan Ayyan.Ayyan dan Aryan adalah kembar seiras.Mereka lahir pada hari yang sama,tarikh yang sama.Tapi perangai lain bebenoo.

Ayyan perangainya macam bapak singa kalau di luar atau dengan unknown.Berbeza pula dengan Aryan,Aryan jenis yang happy go lucky aje.Jenis mudah terhibur.Dan aku,anak bongsu.Jadi memang dimanjakan oleh familyku lah.

Alhamdulillah,aku lahir daripada keluarga yang senang dan berkemampuan.Setiap adik-beradikku mempunyai syarikat sendiri.Tetapi aku tidak,sebab papaku tidak mengizinkan ku untuk mempunyai syarikat sendiri juga.Papaku,Dato Ameer,juga turut ada syarikat sendiri dulu,tapi disebabkan umur yang semakin meningkat.Syarikat itu berada di bawah tanggungjawab Fawwaz Ayyan,abang sulungku.

Mamaku hanya seorang suri rumah.Katanya,waktu zaman sebelum diaorang kahwin dulu mamaku bekerja sebagai seorang baker.Tapi papaku menyuruh mamaku untuk berhenti kerja dan duduk di rumah sahaja.

●●

"Assalamualaikum anak mama!"sahut mama ku sambil berlari menuju ke arah aku.Mamaku ini tua-tua pun still nampak muda dan kuat tau!

"Waalaikummussalam mamaa!!"jawabku ceria.Seraya itu aku bersalaman dan memeluk dengan orang yang menyambutku di depan pintu ini.

"Mama Een nak masuk dulu,nak jumpa Cik Jah"kaki ku berjalan menuju ke dapur dimana terletaknya bilik Cik Jah.Cik Jah adalah pembantu rumahku yang bekerja di rumah ku ini.Dari aku baby sampai sekarang.Dia masih bekerja di sini.Jadi aku anggap dia seperti ahli keluargaku.

Aku berjalan perlahan ke arah Cik Jah yang sedang leka membasuh buah anggur itu.Hehe.Ada niat jahat yang terbit di fikiranku.1,2,3.Aku menepuk belakang Cik Jah sambil mulut berkata "BAA".

Aku ketawa terbahak-bahak apabila melihat Cik Jah melatah seperti rap.

"Oi mak kau hijau,makan anggur masin"telatah Cik Jah.Amboi kemain melatahnya ya.

"Astaghfirullahhalazim Een,Nasib baik Cik Jah ni tak ada masalah sakit jantung tau!"marah Cik Jah sambil menepuk bahu kiriku.

"Aduh,sakit la Cik Jah,Een ni tak kahwin lagi tau"balasku.Nak jadi geng Hana ke Cik Jah ni?Harap tak lah yee.

"Een tu,cuba bagi salam.Ni main terjah aje,kang tak pasal-pasal mati sebab serangan jantung"eish Cik Jah main mati-mati pulakk.

"Alaa,sorryy laa,Cik Jah nii Een rinduu la"kataku dengan mulut dimuncungkan sedikit.

"Cik Jah pun rinduu kamu,ni cuti berapa hari ni?"Cik Jah menyoal.

"Seminggu aje Cik Jah,lama-lama nanti gaji kena potong"jelasku dengan yakin.Ye la nanti gajiku kena potong pulak kang.

"Oh sekejap aje,Cik Jah ingat sebulan"

"Ok lah Cik Jah Een nak naik atas dulu"aku senyum tipis,kemudian kaki melangkah ke bilik di atas.

●●

"Eenn,meh turun makan!Jangan nak terperap aje dalam bilik tu"jerit Mamaku.Aku baru habis mandi ni ha.

Aku turun ke dapur.Kelihatan keluargaku sudah berkumpul untuk makan malam.Ooh,baru aku sedar,Ayyan takde,mana dia pegi?

"Ayyan mana ma?Tak balik ke?"soalku.Takkan la Ayyan tak balik,tak rindu ke adik dia yang sorang nii.

"Pukul 9.00 ni dia balik lah,banyak kerja yang nak disiapkan tu"aku angguk menandakan yang aku faham.

"Dah-dah jom makan!Baca doa Aryan"Dato Ameer bersuara.Aryan memulakan bacaan doa dengan bismillah.

●●

Usai makan malam,kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu untuk sesi membawang dan meluah.Nak buka cerita masing-masing.

"Een macam mana kerja di sana?Okay?"tanya Papaku.

"Okay aje pa,cumanya boss tu garang sikit,hari-hari nak marah Een."muka dimasamkan.Nak ngadu kat bapak kita,habis la bapak singa.

"Biasalah tuu,Een ada buat salah ke?"amboi dia lagi backupnye si boss aku tu.

"Ade la haritu,Een bangun lambat,sampai pun mesti la lambat,tapi sekali jee paa"ujarku dengan penuh emosi.

"Lepastu kan paa,dia tengking-tengking Een lagi"sambungku.

"Tulah lain kali jangan nak bangun lewat,lepas subuh jangan tidur"sambung mamaku pula.

"Kenapa papa tak bagi Een ada syarikat sendiri ek?Tak la stress,nak datang lambat pun boleh"soalku dengan nada tertanya-tanya.Dari dulu aku tertanya-tanya,kenapa?

"Een...papa tak bagi kamu kerja sebab taknak kamu stress,boss ni lagi banyak kerja tau!"balas papaku.Ohh,faham.

"Eh esok Een nak ikut mama pegi shopping tak?"mamaku tanya topik lain,topik yang digemari wanita.

"Ofc la nak!!Lama dah Een tak shopping"balasku dengan teruja.Duduk Selangor terlalu sibuk,sampaikan aku yang rajin keluar ni,jadi malas nak keluar.






Love is like the wind, you can't see it but you can feel it

MI QUERIDA | OGUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum