BAB 17

30 2 0
                                    

131123.Tarikh yang tidak boleh dia lupakan.Tarikh perkahwinan mereka.

"Merda!"geram rasanya.Ada orang lain kacau isterinya.Nombor yang tidak dikenali,tapi dia sudah tahu pelakunya.

"Cuba buka gallery dia!Manatahu ada gambar hantu ke dalam tu"mungkin juga.Arash menekan simbol gallery.Skrol ke bawah.Terhenti jarinya akibat satu gambar yang sangat menyakitkan.Gambar Aulia bersama lelaki.Setiap lelaki itu berbeza-beza.

"Eh jap,itu bukan Aulia kau ke Rash?Astaghfirullah,kau tak caya aku lagi.Ha tengok bukti ni"mengucap Mika dibuatnya.Perempuan murahan betullah si Aulia tu.Tukar-tukar lelaki setiap hari.Kuat betul dia!

"A-aku tak sangka dia buat macam ni.K-kenapa Ayreen tak bagitahu aku awal-awal?"kalau tidak mesti dia sudah putuskan perempuan murahan tu dan hidup bahagia dengan Ayreen Sophia.

"Kalau dia bagitahu pun,kau nak caya dia ke Rash?Haha.In your dream"betul juga apa yang Mika cakap.Aku terlalu ikutkan ego.Sampaikan ada yang halal,aku still nak yang haram.

"Apa kata kau ikut aje permainan si Aulia tu.Kita tengok sejauh mana dia nak tipu kau"Mika beri cadangan.Emm,menarik.

"Boleh juga!"Arash setuju dengan cadangan yang diberi oleh Mika sebentar tadi.Kadang-kadang function juga Mika ni.Puji kejap.Bukan selalu.

"Dah la aku caw lu,pape roger.Kau masuk office tak esok?"

"Tak aku amik cuti.Ayreen masih tak sihat tu"balas Arash.Hatinya sudah lembut begitu sahaja.

"Good to hear that.Aku harap hubungan kau dengan Ayreen till Jannah.Insha'Allah"kawannya sudah berubah dua kali ganda dengan sekelip mata sahaja.Mika berharap yang Arash tidak akan dan sudah bertaubat untuk mengulang perbuatan kejinya.Aamin kan ramai-ramai.

"Thank you Mika"ucap Arash.Mika sudah banyak menolongnya hari ini.

●●

"Ayreen...bangun solat maghrib"Arash mengejutkan Ayreen yang dari tadi tidur.Dia baru sahaja habis menunaikan perkara wajib sebagai umat Islam.

"Ehm,awak ni selalu kacau saya tidur!"marahnya.

"Tak baik tidur maghrib-maghrib ni Ayreen"nasihat Arash.

"Ish!Sejak bila rajin bagi nasihat tak tahu!?"dia terus bangun dari katil milik Arash itu.Baru sahaja ingin berdiri menuju ke pintu.Pinggangnya dirangkul dari belakang.

"Kau nak pergi mana hm?Ni bilik kita sekarang"kata Arash lembut.

"Ish!Lepaslah.Saya ni tak layak nak bahagia dengan awak"ha sudah.Diungkitnya benda tu.

"I'm sorry cariño.I'm really sorry.Please forgive me cariño"rayunya.Dia berharap isterinya memaafkan perbuatannya.

"Kalau saya rajin!Hmph"tanpa menghiraukan Arash dia terus melangkah ke tingkat bawah.Bilik asalnya.

"Cariño...Jangan macam tu pleasee.I'm sorry sayang"dia mengejar Ayreen dari belakang.

'S-sayang?First time dia panggil aku dengan nickname tu!Dia mimpi je kot.Aku mana layak'bisik hati Ayreen.

Tidak sempat Ayreen masuk ke biliknya.Arash sempat menangkap tangannya.

"Nak pergi mana sayang?Bilik kita dekat sini"jelasnya sambil tersenyum manis.

"Tak!Saya tak layak tidur dengan awak!Saya ni pengotor.Saya ni jijik.Tak macam Aulia awak!"setepek mat kena.Mesti Ayreen marahkan aku kan?

"Ayreen..."sambil menggenggam tangan Ayreen erat supaya tidak terlepas.Arash sangat berterima kasih kepada Mika.Mika lah yang memberi banyak nasihat kepadanya sehingga dapat buat dia tergerak hati.

"Lepaslah!"Ayreen meronta untuk dilepaskan.Arash ni dah kenapa nak pegang-pegang?Haritu kata aku tak layak la,jijik la,busuk la macan-macam dia hina aku.

"Ish.Saya ni pengotor,busuk,jijik Arash!Saya ni tak layak nak bahagia dengan awak!Yang layak cuma Aulia!?Saya ni selalu menyusahkan awak!Awak suruh saya mati kan?!Ni kenapa tiba-tiba je?Buang tabiat ke apa?!"segala isi hatinya diluahkan.Sungguh dia geram dengan Arash.

"Cariño...Jangan naikkan suara dekat suami sayang..Aku minta maaf.Banyak salah aku terhadap kau.Aku harap hati kau akan lembut"tangan Ayreen dilepaskan.Pantas Ayreen masuk biliknya untuk solat maghrib.

●●

Tok..tok

"Cariño..jom makan"ajaknya.Ayreen hanya setuju.Dia pun turut lapar.Dari petang tadi dia tak makan.

"Siapa yang masak ni?"soal Ayreen.Banyak sangat ni.

"Aku lah.Dah duduk cepat.Kita makan sama-sama"ajak Arash.Arash pun sebenarnya pakar dalam memasak ni.Cuma dia tak tunjuk aje bakatnya.

"Errm,saya nak makan dekat depan.Saya ni pembantu rumah awak.Tak bagus duduk semeja dengan tuan rumah"pehh diungkitnya lagi.Tabah la Arash!Siapa suruh kau buat dia?!

"Eh no!Sit here,beside me"kerusi disebelahnya ditolak dan ditepuk-tepuk.Ayreen pandangnya pelik.

"Kenapa awak berubah?"soal Ayreen.

"Dah la..kita makan aje ye sayangg.Jangan banyak tanya!"balasnya.

Usai makan.Arash yang membasuhkan pinggan dan mangkuk semua.Bila aku pelawa diri untuk basuh dia tidak bagi.

Aku nak masuk ke bilikku untuk tidur.Tetapi,pantas Arash mencempung badanku naik ke atas.Belakangnya aku babap.

"Ish!Apa awak ni?!Lepaslah"rontaku.Orang tak nak tidur dengan dia la!

"Jangan lawan sayang.Bilik kita kat atas sekarang ni"katanya selamba.Selepas itu perlahan-lahan menurunkan tubuh badan aku.

"Kita solat isha' sama-sama ya.Aku imamkan kau"ajaknya.Bab-bab ni aku tak boleh lawan.Ada 27 kenapa nak 1 aje kan.Mari kita kumpul sama-sama.Arash masuk ke toilet untuk mengambil wuduk.Seterus itu giliran aku pula.

"Assalamualaikumwarrahmatullah"salam pertama diberikan.

"Assalamualikumwarrahmatullah"salam kedua diberikan.Arash terus beristighfar dan berselawat dahulu.Aku hanya follow.

"Bissmillahhirrahmanirrahim.Ya Allah kau ampuni lah dosa kami.Dosa kedua ibu bapa kami.Dosa isteriku Ya Allah.Kau lembutkanlah hati isteriku untuk memaafkan aku.Permudahkanlah urusan kami Ya Allah.Lindungilah kami dari sebarang malapetaka.Kukuhkanlah hubungan rumah tangga kami Ya Allah"seterus itu kami mengaminkan bacaan doa sebentar tadi.

Arash menyua tangannya untuk salam.Astaghfirullah,sepatutnya aku yang sua tangan dulu.Ni dia!Teragak-agak aku nak menyambut salamnya itu.

Selepas solat isha' kami terus ingin tidur.Aku pun sama.Bantai pi lah tidur sebelah dia pun.TERPAKSA!Sebelum tidur aku membuka dahulu phone aku.Sudah lama tidak on.Banyak juga mesej.Paling banyak daripada nombor yang tidak dikenali tu.









Love is like the wind, you can't see it but you can feel it

MI QUERIDA | OGजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें