BAB 8

37 2 0
                                    

"Arash Maleeq bin Faisal"sahut papaku.

"Ya,saya"jawab Arash.

"Aku nikah akan dikau dengan anakku,Ayreen Sophia binti Ameer dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai..."

"Aku terima nikah Ayreen Sophia binti Ameer dengan mas kahwinnya satu juta ringgit tunai.."

"Sah?"papaku menyoal sambil kepala ditolehkan ke kiri dan ke kanan.

"Sah!"

"Sah!"

Ramai orang yang menjadi tumpuan.Ramai juga la yang membalas pertanyaan papaku tadi.

Arash datang ke arah aku.Itu pun dah buat jantungku ini berdebar-debar.Bila di selesai menyarungkan cincin untukku.Di menundukkan wajahnya untuk cium dahiku.Huh,badan rasa peluh-peluh dah ni.Bergetar mat.Tangannya berada di kepala ku sambil mengusapnya.

"Jangan happy sangat"tiga patah perkataan itu dibisikkan ke telingaku.Terus hilang senyumanku.

"Alhamdulillah,anak mama dah jadi isteri orang.Rash mama nak pesan,jaga anak mama elok-elok yer,jangan sakitkan dia,layan dia baik-baik eh.Semua tanggungjawab mama kasi awak"

"Insha'Allah ma"

"Ayreen,kalau anak mummy buat Reen,Reen babap dia,ngadu kat mummy eh jangan takut"pesan mummy.

"Okeyy myy"

"Tahniah adik abang,kalau Rash buat kau,report kat aku.Aku buat dia balik"tutur Ayyan.Sweetkan dia.Sapa nak boleh dm.

"Tsk tsk,k-kau j-angan lupa aku t-tau Een,ingat a-aku ni abang k-kau,a-ku sayang kau,walaupun aku ni t-tak pernah s-serious"menangis-nangis Aryan menuturkan kata-kata tu.Aku tertawa melihat gelagat abangku yang sorang ni.Semalam bukan main merajuk.Ni dia yang nangis.

"Ayreen Sophia,kau pun jangan lupa aku,kita pernah susah senang sama-sama,kalau boss pukul kau or buat kau,kau cakap kat aku,aku kasi dia penampar"ujar Hana.

"Aku sayang kau Hana,nanti kau kahwin la jugak.Amik abang aku."

"Alhamdulillah Een dah kahwin juga,Cik Jah nak masak dengan sapa la nantikan?"

"Eh apani Cik Jah,kita still boleh masak sama-sama tau!"balasku.

"Congrats both of you"nampak macam familiar aje perempuan ni.Oh baru aku ingat,dia gf Arash.

"Aulia Safiyyah"dia kenalkan namanya,bila nampak aku macam tertanya-tanya.

"Congrats bro,she's my target now"perkataan last sekali dibisikkan ke arah telinga Arash.

Arash hanya menayangkan riak selamba.Dia pun turut mengahalakan telinganya ke mamat tu.Muka mamat tu macam bukan orang sini.Macam orang Italy!

"If you wan't her,take it.I don't even care of her!"bisiknya.Lelaki itu senyum sinis.

●●

Jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang.Ramai jemputan telah beransur pulang.Majlis pun dah nak tamat.Dari tadi kami berfoto bersama-sama.Lepas majlis ni habis,aku dan Arash tak balik rumah lagi.Kami terus pergi ke tempat yang cantik untuk bergambar.

"Okey sekarang ni,Ayreen letak dua-dua tangan atas dada Arash.Lepastu senyum sambil pandang Arash eh"pelik-pelik jelah photographer ni.Mana mamaku ambil ni hah?

"Okey,Arash pulak peluk pinggang Ayreen sambil pandang Ayreen"Arash tundukkan pandangannya,aku lagi pendek daripadanya,kepalaku tepat pada dadanya.

"Senyumm,1..2..3.."

Kecekak!

"Okey good"puji cameraman terhadap pasangan baru itu.Cita-cita aku dulu nak jadi model tau.

"Baiklah,selesai sesi foto kita hari ni.Nanti saya akan update perkembangan gambar ni ya!Selamat Pengantin Baruu"ujar cameraman itu ceria.Sangat sporting cameraman ni.

"Thank you"kami berdua ucap terima kasih kepadanya.Dan tersenyum manis.Bila susuk tubuh cameraman itu menghilang,terus hilang senyuman manis di bibir Arash.

"Jom balik,aku nak cepat!"ajaknya.Kalut-kalut nak pi mana mamat ni.

"Kita balik rumah mama dulu kan?"soalku.

"Hmm"itu sahaja yang keluar dari mulutnya.

"Siapa lelaki yang cakap dengan awak tadi?"aku maksudkan lelaki yang mukanya seperti orang Italy tadi.Panggilan boss bertukar jadi AWAK.Dah kahwin kan.Hehe.

"None of your business"balasnya.

"Tadi saya jumpa Aulia,cantik eh dia.Patutlah awak sukakan dia"

"Haah dia memang cantik pun,tak macam kau!Buruk!Kenapalah aku boleh kahwin dengan kau eh?"soalnya.Aku dah biasa kena caci maki dengan dia.Tapi kadang-kadang terasa la juga.

"And for your information,she's still mine and i'm not yours"katanya.

"Eh tapi mummy cakap awak dah break?"

"Mulut kata ya,hati kata tidak.Sapa je nak break dengan bidadari"dia senyum sinis.

"Awak jahat!Saya benci awak"marahku.Hati rasa sedih bila dia berkata begitu.

"Ini baru permulaan Ayreen.Kau jangan nak sedih sangat,kita tak tahu apa yang akan jadi nanti"katanya.Buat aku rasa tidak sedap hati dengan ayat-ayatnya itu.

"Dah la kau senyap,bising je dari tadi.Aku kasi penampar bagi pipi kau bengkak,tak leh bercakap baru tau!"

●●

"Assalamualaikumm"aku memberi salam sambil kaki melangkah masuk ke dalam rumah.Ramai saudara-maraku berkumpul di ruang tamu.Malam ni nak buka hadiah kahwin.

"Ha balik dah pengantin baru!"sahut Aryan.Dia ni tak pernah serious.Nak jerit-jerit pulak.Aku tumbuk satgi.

Bila dengar ada yang cey cey kan kami,terus aku naik bilik.Arash pun turut ikut aku ke bilik.

"Ni bilik saya,maaf kalau tak selesa"kataku.

"Saya nak mandi dulu.Awak buat lah apa-apa yang awak nak,tido ke apa ke"sambungku.Tuala diletakkan di atas bahu kanan dan terus masuk ke tandas.

10 minit berlalu...

Aku keluar dari pintu tandas,kelihatan Arash yang sedang leka main phonenya.

"Awak mandi la dulu,lepastu kita turun makan sama-sama eh,saya tunggu"ajakku.Last makan waktu kenduri tadi aje,lepas tu tak makan dah.

"Hmm"jawab macam tak ikhlas je dia ni.


Love is like the wind, you can't see it but you can feel it

MI QUERIDA | OGHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin