BAB 25

23 2 0
                                    

"Ha sampai pun.Kenapa lambat sangat?Suruh ambil barang je pun"kata mummy Arash.Arash dan Aryan saling berpandangan.

"Alah mummy ni,mummy pun tahu sebab apa kan"balas Arash kekok.Malu bila teringatkan tentang tadi.

"Ayreen tak sedar lagi?"soal Arash.Masuk sahaja bilik wad Ayreen,terlihat susuk tubuh yang kelihatan pucat lesu.

Datin Rafidah menggeleng tanda masih belum bangun.Kemudian mencapai bag yang dibawa oleh Arash tadi.

"Mummy dengan mama taknak balik dulu ker?Mesti penat,dari siang tadi"tanya Arash.

"Arash boleh jagakan Ayreen,jangan risau"sambung Arash.

"Ikutkan memang nak stay sini jer.Tapi tak boleh ramai-ramai datang melawat.So,kitaorang kena baliklah juga.Esok kami datang lagi ya.Arash stay sini kan?"

"Ye my"balas Arash.

"Kalau macamtu Aryan dan Ayyan duduk sini.Teman Arash"kata Puan Fatima.Lupa akan kewujudan si Ayyan itu.Dari tadi hanya senyap seribu bahasa.

"Kitaorang balik dulu ya"Arash bertindak untuk menyalam semua.

"Kau cerita dekat aku,siapa yang culik Ayreen?Musuh kau ke?"tanya Ayyan dingin.Setelah kelibat kedua orang mereka mulai hilang dari pandangan.

"Kau kenal Cardo?Dia tu musuh ketat kami.Mungkin kau tak kenal dia"ujar Aryan bagi pihak Arash.

"Tch Cardo budak mentah tu?Dah lama aku cari dia,asyik menyorok aje.Asal korang tak tangkap dia?"soal Ayyan.

"Dia lincah bro.Cekap sangat dia buat kerja.Kau pun,asal tak dapat cari dia?"soal Arash sinis.

"Ye tak ye juga,asal kau tak tangkap dia.Ngata orang aje kerja kau.Sedar diri la,boo"ejek Aryan.Ayyan sudah mengetap rahangnya.

Tak sempat Ayyan nak membalas.Kedengaran suara tangisan menghentikan percakapan mereka.

"K-korang jahat!Ayreen b-benci korang!!"jerit Ayreen dalam esakannya.Arash terus mendapatkan Ayreen.Namun Ayreen menolak tubuh tegap Arash.

"Jangan dekatlah!Keluar!"tengking Ayreen.Arash sudah gelabah.Begitu juga Aryan dan Ayyan.Pertama kali Ayreen berbuat begini.

"Aryan panggil doktor!"suruh Arash.Kini dia cuba untuk menenagkan Ayreen.Dia memeluk Ayreen,biarpun Ayreen memberontak untuk dikepaskan.Namun dia masih mencuba untuk memujuk Ayreen supaya tenang.

"Shh,I'm sorry sayang"bisik Arash.Ayreen masih bertindak untuk menolak Arash.

"Encik..Boleh keluar dulu?Saya nak check Puan Ayreen"lembut Doktor Alya berkata.

Arash dengan terpaksanya keluar dari bilik wad isterinya.Sedih melihat keaadan isterinya yang sekarang.Semua ini salah dia.

10 minit mereka menunggu di luar.Akhirnya Doktor Alya keluar kembali.Arash terus bangkit.

"Macam mana isteri dengan anak saya doktor?"soal Arash cemas.

"Alhamdulillah dua-dua dalam keadaan baik sahaja.Puan Ayreen masih dalam keadaan tertekan,buat masa sekarang bagilah dia rehat dulu"

Arash mengangguk faham.Dia terus duduk di atas kerusi itu semula.Dia sedang menunggu kehadiran ibu mertuanya dan mummynya.Aryan dan Ayyan juga turut duduk di barisan kerusi itu.

"Ha macam mana dengan Ayreen Rash?!"tercungap-cungap nafas Datin Rafidah menuturkan katanya.

"Doktor cakap bagi dia rehat dulu"

"Korang taknak makan ke?Dari siang tadi tak makan?"soal Puan Fatima.

"Lapar tu memang lapar ma.Tapii,kedai mana ada buka time ni"sekarang kan sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi.Mana nak buka.

"Mamak 24 jam kan.Makan dulu.Biar mama jaga Ayreen dekat dalam"kata Puan Fatima.

Seterus itu mereka bertiga bangkit menuju ke parking kereta.

Dalam masa 30 minit untuk sampai ke destinasi mereka.Eloklah,mamak pun tak ramai time ni.

"Ha nak order apa?Cepat order"ujar Arash setelah duduk.

"Nasi goreng mamak satu,mi goreng mamak satu,maggi goreng mamak satu,teh tarik satu,teh o ais satu,roti canai tiga"Arash dan Ayyan memandang tajam si Aryan.Order untuk dia sorang je tu.Asal tamak sangat ni?

"Kalau kau nak banyak tu,bayar sendiri"ujar Arash.

"Cancel semua tu anney,bagi air kosong je untuk dia eh"pesan Arash.Aryan sudah buat raut rajah tidak puas hati.

"Anney!Jangan dengar cakap dia"ha sudah!Anney tu pun pening sekarang.Nak ikut mana satu ni?

"Anney trust me anney,bagi dia air kosong je"Arash tetap tidak mahu kalah.

"Daddy!Jangan percaya dia"bentak Aryan.Trauma seumur hidup dibuatnya Anney tu kena panggil 'daddy'.

"Enough!Dah besar gedabak pun nak gaduh korang ni.Hormat sikit,public kot"akhirnya.Bapak singa 2.0 kini beraksi.Lebih garang daripada bapak singa 1.0.

"Anney!Mi goreng mamak satu,teh tarik satu"pesan Ayyan.

"Ha orderlah!"sambungnya lagi apabila melihat Arash dan Aryan yang masih menatap dia.

"A-anney bagi saya air kosong jelah.Tiba-tiba takde selera"kata Aryan gagap.Sah takut.

"S-saya pun,tapi saya tak nak air kosong,saya nak teh ais satu"pesan Arash.Ayyan memandang mereka pelik.Tadi nak banyak-banyak,sekarang?

"Wokey!"kata Anney itu dan berlanjut pergi daripada menghadap dua budak gila kecuali Ayyan.

"Ergh,alhamdulillah kenyang.Ayyan kau bayarkan kan?"soal Arash.

"Nasib baik kau tak order banyak.Kalau tak,takdenya aku nak belanja kau"balas Ayyan menyampah dengan perangai dua orang ni.Ayyan langsung bangun untuk bayar.

"Tengok aku,air kosong free jer"katanya kepada Arash sehingga menampakkan barisan gigi putihnya.

"Free otak kau,air kosong 50 sen"suara Ayyan datang menerpa pendengarannya setelah selesai membuat pembayaran.

"Bapak ah,air kosong pun kedekut anney ni.Lepas ni jangan datang sini dah!"kata Aryan gedik.

"Dah la cepat,aku nak tengok Ayreen"marah Arash.

"Mentang-mentang dah ada isteri,kau lupakan kawan kau"adu Aryan gedik.

"Lah,isteri aku bukan adik kau juga ke?"soal Arash pelik.Tak sayang adik nampaknya ni.Abang yang jahat!Dah la gila.

"Tah dia tu memang jenis tak sayangkan orang"sengaja Ayyan memerli Aryan.

"Eh kau apa tahu?!Aku pernah setia kat orang tu selama 6 tahun tau!6 TAHUN!!Tapi dipermaikan"bentak Aryan.

"Astaghfirullah,kau bangga asal?Dosa tu.Wala taqrabu zina,dan janganlah engkau mendekati zina"sengaja dia menambah perlian kepada Aryan.

"Eleh kau,acah je lebih"ujar Aryan menyampah.Matanya dijulingkan ke atas.

✩ Love is like the wind, you can't see it but you can feel it ✩

MI QUERIDA | OGМесто, где живут истории. Откройте их для себя