24

35 8 1
                                    

"Ahjussi, kenapa tak berhenti kat tempat biasa?"

Hyebin menyoal bila pemandu mereka tidak berhenti di simpang masuk ke sekolah seperti selalunya. Kereta itu kini sudah masuk ke dalam kawasan sekolah.

"Kan hujan kat luar tu," Hanbin bersuara memberi jawapan.

"Kan ada payung,"

"Memang lah ada payung. Tapi buat apa nak susahkan diri kau sendiri dalam cuaca macam ni? Kalau Appa dengan Omma tahu, diorang marah aku tahu tak?"

Hyebin menggeleng.

"Nanti orang lain nampak aku naik satu kereta dengan kau," ujar Hyebin.

Hanbin mengeluh.

"Habis tu? Kau nak patah balik dan jalan kaki dari sana semula? Kau tahu kan kalau kau kena hujan sikit, kau boleh demam?"

"Tahu. Tapi nanti-,"

"Dah! Kali ni dengar cakap aku. Kau turun je dengan aku sekarang,"

Hanbin melangkah keluar dengan payung di tangan. Kemudian, dia menghulurkan tangannya pada Hyebin yang masih berada di dalam.

"Park Hyebin, cepat!" tegasnya.

Hyebin akur dan menyambut huluran tangan Hanbin lalu keluar dari kereta. Kemudian, bahunya dipeluk Hanbin lalu kembarnya itu menarik dia berjalan masuk ke bangunan sekolah.

Seperti yang dibayangkan, mereka mula menjadi tumpuan pelajar-pelajar lain. Hyebin mula menunduk kerana dia tidak biasa menjadi pusat perhatian seperti itu.

"Kan aku dah cakap. Diorang mesti fikir bukan-bukan pasal aku," Hyebin bersuara perlahan.

"Abaikan je lah,"

Hanbin menutup payung bila mereka sudah sampai ke lobi sekolah.

"Pergi masuk kelas. Kalau tiba-tiba rasa tak sihat, terus bagitahu aku," pesan Hanbin.

Hyebin hanya mengangguk sebelum dia terus berjalan pergi meninggalkan kembarnya itu. Sama seperti tadi, dirinya masih menjadi tumpuan pelajar-pelajar lain.

"Mati lah aku,"

HimWhere stories live. Discover now