09

35 8 1
                                    

"Dah kenyang?"

Hyebin laju mengangguk menjawab pertanyaan Hanbin. Mereka kemudian keluar dari restoran tempat di mana mereka menikmati makan sebentar tadi.

"Hanbin, nak ais krim!"

Hyebin berhenti melangkah bila melihat kedai serbaneka yang terletak bersebelahan dengan restoran tadi.

"Tadi kata dah kenyang,"

Hyebin mencebikkan bibir.

"Memang lah, tapi ais krim kan pencuci mulut," ujar Hyebin.

"Ya lah, ya lah. Jom,"

Hyebin memaut mesra lengan kembarnya lalu mereka masuk ke dalam kedai itu. Jeonghyeon mengikut langkah dua beradik itu dari belakang.

Melihat Hanbin melayan permintaan Hyebin, membuatkan dia sedikit cemburu. Kalau lah dia ada kembar juga, mesti seronok.

"Leejeong, kau nak aiskrim apa?" soal Hanbin.

Jeonghyeon kemudian menghampiri mereka di peti ais krim. Dia melihat Hyebin yang masih memilih ais krim. Dengan selamba, ais krim di tangan kanan gadis itu dirampas.

"Yaa, apa masalah kau?" Hyebin menjelingnya tajam.

"Kau lambat sangat pilih," ujarnya lalu berjalan melepasi gadis itu.

"Tch, boyfriend kau tu annoying betul," kutuk Hyebin geram.

Haritu curi susu pisang dia. Harini, rampas ais krim dia pula, memang menjengkelkan. Setelah selesai memilih, mereka ke kaunter untuk membuat bayaran.

Setelah itu, baru lah mereka kembali ke kereta yang sudah lama menunggu. Cuma kali ini, Jeonghyeon terlebih dahulu duduk di kerusi hadapan.

Sampai sahaja di rumah, Hyebin terus berlari keluar. Tidak sabar mahu masuk ke bilik dan berehat. Perut dah kenyang, kena lah berehat.

Dia melihat Hanbin yang terlebih dahulu masuk ke bilik. Kembarnya itu dari tadi lagi ingin ke tandas. Matanya sempat memandang Jeonghyeon yang sedang mendaki tangga itu.

"Dia ni tak nak balik rumah sendiri ke?" soalnya jengkel.

Rasanya sepanjang hampir sebulan dia di situ, hampir setiap hari Jeonghyeon ke rumah mereka. Pelik, orang tua dia tak risau ke?

"Kau pandang apa?"

Hyebin tersentak bila Jeonghyeon kini berada di hadapannya.

"Pandang apa? Perasan!"

Hyebin cepat-cepat masuk ke dalam bilik.

HimOnde histórias criam vida. Descubra agora