19

41 8 7
                                    

Seperti biasa, Hyebin meluangkan masa rehatnya dengan Hyojeong. Cuma hari itu, mereka memilih untuk membeli roti serta air kotak dan makan di tepi padang sekolah sahaja.

"Hyebin ah, kau ada boyfriend?" soal Hyojeong tiba-tiba.

Laju Hyebin menggelengkan kepalanya.

"Takde. Aku takde masa lah nak bercinta. Dulu, balik sekolah je aku teman Halmeoni dekat kedai runcit dia. Jadi, masa aku banyak habis kat situ. Lagipun, aku tak rasa lah nak bercinta sekarang,"

Hyojeong mengangguk mendengar itu.

"Kau pula? Ada boyfriend? Atau kau ada suka sesiapa?" soal Hyebin pula.

"Hmm, dulu pernah lah. Tapi sekarang dah tak suka lagi,"

"Siapa?" Hyebin mula tertarik untuk tahu.

"Park Hanbin,"

Hampir tersembur air yang diminum Hyebin saat itu. Hanbin? Hyojeong sukakan kembar dia tu?

"Habis tu, kenapa dah tak suka sekarang?" soal Hyebin.

"Sebab Hanbin suka lelaki,"

Sekali lagi Hyebin terdiam. Jadi, memang betul lah Hanbin dan Jeonghyeon bercinta.

"Maksud kau?"

"Ada orang pernah nampak Hanbin dengan Jeonghyeon berdua kat dalam bilik rawatan. Atas satu katil, tengah berpeluk, mesra gila. Lagi satu, semua orang tahu, Jeonghyeon memang over protective pun dekat Hanbin. Tak macam kawan biasa," cerita Hyojeong lagi.

Hyebin diam sejenak. Jadi, bila Hanbin bersungguh menafikan apa yang dilihatnya dahulu, itu cuma pembohongan Hanbin sahaja?

"Yaa, kau termenung apa?" Hyojeong memetik jari di hadapan Hyebin.

"Ah, takde apa lah," Hyebin tersengih.

"Tapi itu lah, walaupun cerita tu dah tersebar satu sekolah, ramai je yang still tak give up. Contohnya tu,"

Hyojeong menunjuk ke satu arah. Kelihatan seorang pelajar cantik sedang berdiri berhampiran Jeonghyeon dan Hanbin.

"Itu siapa?" soal Hyebin.

"Kim Chaehyun. Dia tu dari dulu kejar Jeonghyeon walaupun semua orang tahu Jeonghyeon tu menyeramkan. Katanya dia kenal Jeonghyeon dari kecil. Tapi itu lah, tengok macam Jeonghyeon tak pernah pedulikan dia pun," ujar Hyojeong.

"Perempuan cantik macam tu pun dia tak minat?"

Hyojeong mengangkat kedua bahunya.

"Itu lah salah satu sebab kenapa diorang percaya yang dia tu tak straight. Ya lah, Chaehyun tu ramai peminat kut, tapi sibuk kejar dia. Dia pula langsung tak berminat,"

HimOnde as histórias ganham vida. Descobre agora