"Jom." Ajak Ariff dan berjalan memasuki kawasan perumahan itu.

Ding Dong!

Ariff menekan loceng rumah itu. Pintu pagar dibuka sedikit.

"Ye, tuan? Ada yang boleh saya bantu?" Soal si penjaga pintu.

Penjaga itu hanya melihat Ariff. Ariff memusingkan sedikit tubuhnya untuk menampakkan Aira yang sedang bersembunyi dibelakangnya.

Aira tersenyum menayangkan gigi putihnya dan melambaikan tangan kepada si penjaga pintu.

"Cik Aira!" Jerit penjaga itu, teruja. Penjaga itu dengan pantas berlari kearah Aira.

"Cik pergi mana? Berbulan tak balik. Tuan Kimie risau tau dekat cik."

"Saya ada problem sikit lah, Bad. Bukan sengaja tak nak balik.." Balas Aira kepada Bad, si penjaga pintu.

"Erm.. Abang Kimie ada?" Soal Aira dengan memanggungkan sedikit kepalanya.

"Cih, abang?"

Soal Ariff didalam hati. Ariff mula memasang riak menyampah.

"Tuan ada dekat dalam. Kejap saya panggilkan." Kata Bad dan berlari anak menuju ke tempat Kimie.

Aira hanya menghantar Bad menggunakan anak matanya. Dia berpaling memandang Ariff.

Aira melihat Ariff atas bawah.

"Tuan kenapa?" Soal Aira. Si suami ni nak terberak ke? Cemberut semacam aje mukanya.

"Nothing." Balas Ariff sepatah.

"Ingat niat asal kita. Kita datang sini nak jemput orang ke majlis kahwin kita, bukan nak jumpa si ABANG kau tu." Kata Ariff lagi dengan perkataan abang sedikit ditekan.

"Ehh? Tuan Jealous ke?" Soal Aira polos. Ariff menjeling.

"Tak ada masa aku nak jealous dengan benda tak berfaedah." Ariff masih lagi menyembunyikan.

Aira tersenyum segaris.

"Jealous cakap jer lah." Tangan naik memeluk tubuh kecilnya.

"Aku cakap tak-"

"Aira!" Tiba-tiba sahaja suara Kimie muncul dari belakang mereka.

Kimie berlari ingin mendapatkan Aira tapi..

Dihentikan seseorang?

"Jangan rapat-rapat dengan wife aku, please. Aku tak suka." Ujar Ariff dengan muka bengisnya. Tangannya naik menghentikan larian Kimie.

Kimie terdiam. Kimie macam, what? Wife? Apah??

"Huh?" Kimie memasang riak tidak faham.

"Ish tuan ni. Tepi." Aira menjeling Ariff dan tersenyum kepada Kimie.

"Hi bang." Sapa Aira. Tangan Ariff naik memeluk tubuh sambil memasang riak yang tidak dapat saya tafsir. Abang?

WHATT!!???

Ariff memerhati tajam sahaja wajah Kimie. Kecil besar kecil besar jer Ariff pandang Kimie ni yer?

"Tu-tuan Ariff." Kimie yang merasa diperhati terus menyapa Ariff sambil menunduk.

Ariff tersenyum sinis.

"Tak payah tunduk pun dekat dia ni. Tuan pergi sana lah. Jangan lah nak bagi orang takut dengan muka bengis tuan tu." Marah Aira. Ariff mula mengejeknya. Besar ayam jer ada hati nak marah aku.

"Cepat lah jumpa ibu kau tu. Lambat-lambat aku tinggal karang." Marah Ariff pula. Satu jelingan sempat dihadiahkan kepada Kimie.

"Tuan ni sabar lah. Bukannya kereta tu nak lari pun." Marah Aira kembali.

"Ish." Ariff mula mencebik. Asyik-asyik dia jer yang kena balik. Ni yang malas ni.

Kimie yang dari tadi hanya memperhatikan adegan tak berbayar itu tiba-tiba bahu ditepuk.

"Kenapa dengan dia orang ni tuan?" Soal Bad yang turut menyaksikan drama tak berbayar itu.

"Entah lah, Bad. Aku pun tak pasti." Balas Kimie.

"Ibu ada?" Soal Aira selesai sahaja bergaduh dengan Ariff.

"Datin Milla ada dekat dalam." Balas Bad.

"Kita orang nak jumpa ibu kejap, bye." Aira berjalan memasuki rumahnya. Langkahnya diikuti Ariff.

Ariff memandang tajam dua penjaga itu.

"Kalau Miesyaira tak ada tadi, siap korang aku kerjakan." Ariff menjeling mereka berdua dan turut memasuki rumah teres itu.

Kimie meneguk air liurnya.

Pahit jugak erk?

{Sorry lama tak up, guys.
Tite sibuk cikit.
Keep vote kalau sudi 👀💐}
(\_/)
(._.)
🌷

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now