"Pelik kau ni. Aku tak kira, masa rehat nanti kena bagitahu aku apa yang buat kau sakit. Mana pulak BTS ni.. lembab kalah siput." Jungkook mengeluh.

"Bagitahu Jungkook. Yang aku ada." Taehyung mencuit Hyerin.

"Kau gila?" Tanya Hyerin.

"Ah? Aku tak cakap sorang-sorang. Aku cakap dengan kau." Balas Jungkook.

"Aku tak cakap dengan kau." Ya, Jungkook dan yang lain tidak tahu Hyerin ada sixth sense. Dan Hyerin sendiri pun tidak sangka. Dia bukan dapat melihat semua. Hanya yang tertentu. Yang betul-betul perlukan bantuan..

"Ma-maks-maksud kau?" Jungkook terkejut.

"Aku ada deria keenam. Aku boleh nampak." Selamba Hyerin berkata.

"Kau tak takut?" Tanya Jungkook.

"Semua yang aku jumpa nak minta tolong je. Comel, handsome." Hyerin tersengih.

"Eleh, aku rasa dorang lambat ni. Jom." Jungkook memeluk bahu Hyerin. Mereka berjalan ke kelas.

8:20 AM

"Okay letak kerja rumah yang saya bagi semalam kat depan." Arah Cikgu Haedeum. Guru perempuan yang paling annoying dan garang.

"Wehhhh..." Hyerin memandang Jungkook.

"Kenapa?" Tanya Jungkook.

"Aku tak siap..." Mata Jungkook membulat.

"Eo? Bukan kau selalu siap ke?" Hyerin menggeleng.

"Aku tak sempat semalam. Camne ni, aku taknak ponteng kelas Math. Markah Math aku cukup cukup je ni.. haduh" Hyerin mengeluh.

"Siapa tak hantar?!!" Jungkook dengan segera mengangkat tangannya dan Hyerin.

"Wey, bukan kau siap?" Hyerin berbisik.

"Mana ada."

"Jeon Jungkook, Park Hyerin. Saya tegaskan... JANGAN MASUK KELAS MATH SAYA SEMINGGU NI!!" Cikgu Haedeum berkata dengan muka merah menahan marah.

"Araso." Jungkook memimpin tangan Hyerin keluar dari kelas.

Mereka menuju ke perpustakaan tingkat bawah. Selepas itu, mereka duduk di sebuah meja.

"Tengok... takleh masuk kelas Math. Aku takpe, result yang lain boleh tahan, cuma kau tu." Hyerin menjuihkan bibirnya kearah Jungkook.

"Kan... tapi takpelah. Taehyung selalu dapat A Math. Kalau dia ada kan bagus.." Jungkook mengeluh.

"Kita tak boleh masuk kelas Math, jadi kita study Math jom?" Cadang Hyerin. Jungkook mengangguk.

Mereka mula membuat latihan. Hyerin kadang kala mendapat tunjuk ajar Taehyung.

"Weh kau buat macam mana soalan 7?" Tanya Jungkook.

"Oh.. ni kau ambik tolak dengan ni pastu darab then kurungan ni kau..."

"ADUHHH!!!"

"Kenapa kau suka tampar bahu aku hah?!" Jungkook hanya tidak berkedip memandang Hyerin.

"Salah lah tu! Nak ajar orang, otak sendiri tak betul. Ish kau ni ikut siapa? Aku ada kat sini kau buat aku macam hantu pulak. Ni, jangan tolak. Tambah pastu yang dalam kurungan tu kau ambik dengan tolak situ. Balablablabla" Taehyung menerangkan cara-cara menjawab soalan itu.

"Kau memang hantu." Jawab Hyerin.

"AKU BUKAN HANTU!" Taehyung memandang kearah lain. Hyerin hanya membuat tidak endah.

"Hah cemni la Kookie.." Hyerin mengajar Jungkook mengikut ajaran Taehyung.

"Hantu tu... pandai Math?" Jungkook memandang pelik.

"Ha'ah. Aku dah siap semua. Aku cari buku kat tingkat atas eh?" Jungkook mengangguk.

"Sunbae, pengawas mana kat atas?" Tanya Hyerin kepada Minho, pengawas perpustakaan yang sedang menyusun buku baru.

"Hyolyn dan Junhyung." Jawab Minho tanpa senyuman. Dia memang dingin.

"Nae.." Hyerin mendaki tangga ke tingkat atas.

"Taehyung, aku cakap sekarang ya kat dia?" Hyerin berpaling kearah Taehyung.

"Naeeee." Balas Taehyung.

Hyerin mencari buku dan selepas itu dia mencari bayangan Hyolyn. Namun tidak dijumpai walaupun dia telah mencari di setiap ceruk.

"Dia lari sebab taknak bertugas ke?" Tanya Hyerin kepada Taehyung. Sekali lagi, bahunya menjadi mangsa.

ADUHH!

"Woi pabo apa yang kau berkenan sangat kat bahu aku ni? Aku lempang kang!" Bebel Hyerin.

"Kau tu tanya soalan bodoh! Kau rasa aku tahu?" Hyerin tersengih malu.

"Dahla, dia takde." Taehyung mengeluh.

"Ani, kita tetap kena cari. Hah! Bilik rekod buku!" Hyerin melangkah ke bilik itu.

Hyerin terkejut melihat Hyolyn yang sedang bercumbuan dengan ghairah bersama Junhyung. Hyerin terus menarik Taehyung supaya Taehyung tidak perasan akan itu.

"Aku dah nampak." Taehyung tunduk memandang lantai.

"Mian.. sebab kau terpaksa tengok benda tu." Hyerin memandang mata sayu Taehyung.

"Bukan salah kau. Takpe, kau nak Jungkook kan? Aku tetap akan tunaikan janji aku. Kau dah nak bagitahu, cuma dia dah ada orang punya. Tak apalah." Kata Taehyung.

"Em k.."

"Hyerin-ah, aku cakap esok ya kat Jungkook? Aku ada tempat nak pergi. Kejap lagi aku muncul balik." Taehyung terus menghilang sekelip mata. Hyerin terus pergi kearah Jungkook yang sedang khusyuk belajar.

© true love ➽ kth [short ff]Where stories live. Discover now