"Bawa saya pergi Scotland."

"Kau ni gila ke apa?" Punggung Ikram terduduk kembali.

"Saya tak kisah awak nak panggil saya apa sekalipun, yang saya tahu saya kena jumpa Raqib. Sebab dia suami saya."

"Untuk apa? Untuk dia ceraikan kau, itu yang kau nak?" Ikram memprovok.

Zara terkedu. "Saya nak hidup dengan suami saya, kenapa dia perlu ceraikan saya pula?'

"Aku tak tahulah kau ni bengap atau apa. Takkan kau tak nampak yang Raqib tu tak cintakan kau Zara? Kalau kau pergi sana pun, kerja kau macam mana?" Hampir terlupa pula Ikram pada pekerjaan gadis di hadapannya ini, senang-senang je dia menghalau Zara dari kuala lumpur tadi.

"Saya yakin yang Raqib cintakan saya, kalau tak dia takkan kahwini saya. Suami saya lagi penting dari pekerjaan saya, saya nak jadi isteri yang taat, saya mesti berada disisi dia. Berdosa besar bagi seorang isteri jika dia tidak memberikan haknya pada suami."

"Dosa pada Tuhan tak kisah pulak." Ikram bergumam kecil.

"Ha yelah, nanti aku suruh anak buah aku book kan ticket flight untuk kau, kau pernah naik flight tak?" Zara hanya menggeleng sebagai jawapan dari soalan Ikram.

"Sekarang ni baru pukul 4 pagi, kau makan bubur tu dulu. Penat aku masak, dah nak sejuk dah ni. Nanti dah sudah makan kau masuklah dalam bilik mana-mana pun, rehatkan diri dulu. selepas aku selesaikan kerja aku baru aku akan hantar kau pergi KLIA nanti." Bicara Ikram sebelum bangun melangkah ke dalam bilik tidurnya, ingin beradu untuk seketika.

Dahlah semalaman dia cuba untuk menjejaki lokasi kekasih hatinya, datang pula si Zara mengacau lenanya. Memang barai habis diri Ikram pada ketika ini. Sekejap lagi, dia perlu menemani Zara ke Scotland pula.

Takkan nak biarkan Zara pergi cari Raqib seorang diri kan. Alang-alang dia memang dah tahu alamat Raqib, jadi biarlah dia sahaja yang teman.

"Dah dapat jejak Aini?" Ikram melabuhkan punggungnya pada birai katil.

Sekarang, inilah yang menjadi rutin hariannya pada tiap pagi petang dan malam. Mencari Aini, hampir gila dibuatnya.

"Maaf boss, kami masih sedang berusaha."

"Hmm, Aku nak kau book flaight ticket ke Scotland pada tengah hari nanti, untuk dua orang."

"Boss nak cari Cik Aini dekat Scotland pulak ke? Lepastu saya kena teman boss jugak ke? Alaa boss, esok makcik saya ada buat majlis happy birthday anak dia, saya wajib pergi boss, sebab makcik saya dia nak masak ayam masak merah. Boss tak pernah rasa kan? Kalau sekali boss rasa mesti boss ketagih tau, sumpah tak tipu."

"Apa kau mengarut ni setan, aku suruh book, kau book ajelah, tak payah nak merapu macam orang gila, gila! tut!" Ikram terus menamatkan panggilan.

Manalah aku kutip jembalang ni.

"Lah emo pulak si boss ni, period ke? Nasib baik aku sayang kau boss, kalau tidak dah lama aku pecahkan muka kau." Kata anak buah Ikram di hadapan telefon yang sudah gelap screen.

"Belakang boss besar bolehlah boss memaki, Cuba saya record apa yang boss cakap tadi kemudian saya hantar pada boss besar, mesti boss dah tercirit-cirit kan." Akibat bicara seorang lelaki yang tiada rambut di atas kepala membuatkan tawa rakannya yang lain bergema di dalam sebuah gudang yang berada di tengah-tengah hutan.

"Sebelum aku pancung kepala korang, baik korang senyap. Buat kerja, cari Cik Aini betul-betul, jangan tahu makan gaji buta aje!" Lelaki yang bertubuh sasa itu memandang tajam lelaki botak yang berdiri tidak jauh darinya.

 Berhenti MencintaiМесто, где живут истории. Откройте их для себя