"Kau tanya aku kenapa, Zara?! Kau main gila dengan aku!" Apabila si anak gadis mendekat, pakcik Mail dengan pantas menangkap tudung anaknya lalu ditarik ke hadapan wajahnya.

"Ab... Abah sakit!" Zara mengaduh kesakitan.

"Ya Allah, abah! Kenapa ni?" Yaya yang melihat tindakan bapanya terus meluru ke arah mereka.

"Kau jangan dekat, Yaya! Jangan dekat dengan perempuan syaitan ni!"

"Abah!" panggil Zara dan Yaya serentak. Terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut sang ayah.

"Apa yang kau dah buat, Zara! Mana maruah kau?! Mana iman kau?!" Pakcik Mail menolak tubuh Zara ke tanah. Dadanya yang berasa sesak dipukul berulang kali untuk melampiaskan rasa.

Zara melihat wajah ayahnya sambil menangis tersedu-sedan.

Kekecohan yang berlaku itu mula menarik perhatian orang kampung ke arah mereka. Imam masjid dan pak Ali yang merupakan penghulu kampung juga tidak terkecuali. Mereka turut berada di situ untuk menyaksikan apa yang sedang berlaku.

"Kau dah melampau, Zara! Kalau aku tahu perangai kau macam ni, daripada kecik aku dah bunuh kau!" Pakcik Mail bingkas bangun. Parang di tangan sudah bersedia untuk dihayun ke kepala anaknya. Sungguh, syaitan telah merasuki pemikiran pakcik Mail.

Orang kampung yang melihat perbuatan pakcik Mail itu segera campur tangan dan menghalangnya daripada membunuh anak sendiri.

"Ya Allah, tok ketua! Kenapa ni? Bawak mengucap. Lailaha illallah." Pak Imam cuba untuk menyejukkan keadaan. Dia mengusap perlahan dada pakcik Mail sambil berkata, "Istighfar banyak-banyak, minta pertolongan dari Allah."

"Allah! Ya Allah! Anak aku." Pakcik Mail jatuh melutut. Air mata jangan milik pakcik Mail jatuh berguguran menyembah bumi.

Tangisannya merupakan tangisan seorang ayah buat sang anak yang telah tersesat dari landasan agama.

Zara menangis dengan lantang. Matanya tiba-tiba menangkap sosok tubuh seorang lelaki yang sudah menjanjikan bulan dan bintang kepadanya. Dengan pantas dia bangun dan berlari ke arah Raqib.

"Bie! Bie dah janji nak kahwin dengan saya, kan?" Zara memaut lengan Raqib.

"Abah! Raqib dah janji dengan adik yang dia akan kahwin dengan adik. Dia janji yang dia akan bertanggungjawab. Kan, bie?" Zara menggoncangkan lengan Raqib, meminta lelaki itu agar segera menjawab soalannya.

Raqib menepis kasar.

"Kau siapa untuk aku kahwini? Kau bukan taste akulah!" Raqib menunjal kasar kepala Zara.

Zara menggeleng tidak percaya.

Yaya merapat lalu menarik adiknya agar menjauh namun Zara mencapai kembali lengan Raqib, tetap utuh bergantung di situ.

"Setan apa dah masuk dalam tubuh kau, Zara?! Setan apa?! Allah!" Pakcik Mail memegang dadanya.

"Apa kau dah buat ni, Zara? Sampai abah jadi macam ni, hah?" Yaya menyoal, masih tidak faham dengan perkara yang sedang berlaku sekarang.

"Adik dah terlanjur, kak Ya. Tapi Raqib nak kahwin dengan adik, nanti dah kahwin kami sama-sama bertaubat." Zara berkata tidak ubah seperti orang gila.

Yaya menekup mulutnya.

"Allah, Zara! Apa kau dah buat ni?!"

"Kenapa dengan semua orang ni?! Dosa yang adik buat sikit aje, bukannya adik membunuh orang pun!" Zara tidak berpuas hati apabila melihat reaksi penduduk kampung yang seolah-olah jijik dengannya.

"Kak Ya, kenapa ni?" Zatie berlari ke arah mereka. Tadi dia tengah uruskan warung keluarganya apabila dia tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada kak Ya yang mengatakan bahawa Zara telah pulang. Terus dia bergegas menyiapkan kerjanya dan datang ke rumah pakcik Mail.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now