Zara yang berada di belakang Qaisarah menjadi tatapan utama mata Raqib. Zara hanya menudukkan pandangannya.

Raqib melihat tubuhnya lalu tersenyum sinis. Tubuhnya tidak berbaju menampakkan ketulan-ketulan roti yang menjadi pujaan hati wanita.

Kebiasaan baginya untuk tidur dengan hanya memakai seluar pendek ataupun jogger pants. Nasib Zara baik hari ini kerana dia mengenakan jogger pants, kalau dia pakai seluar pendek. Rasa-rasa kepala Zara mungkin akan tertunduk sehingga mencecah lantai.

"Engkau nak turun tak!?"

"Ish yelah aku turun. Tak payah menjerit, Korang pergi turun dulu." Raqib menunjal sedikit kepala Qaisarah.

Selesai bersarapan, mereka bercadang untuk pergi ke yellow bridge nusa lembongan atau lebih dikenali sebagai jambatan cinta.

Mereka berjalan sepanjang jambatan yang berukuran 140 meter. Mulut Qaisarah tidak berhenti mengeluarkan perkataan 'ambik gambar aku.' 'Ikram ambik gambar aku!' 'Ikram sini lawa, ambik gambar aku.'

Dan Ikram hanya menurut tanpa bantahan. Persahabatan antara mereka bertiga sudah terjalin dari kecil. Ibu Qaisarah dan Ikram sudah berkawan sejak bangku sekolah lagi. Mereka memang berketurunan bangsawan. Atau lebih tempatnya lagi, berketurunan diraja.

Tengku Iskandar Khairul Amsyar dan Tengku Qaisarah Qailula Greesa.

Sehinggalah usia mereka berganjak ke enam tahun, keluarga Raqib berpindah ke kawasan perumahan yang sama dengan mereka. Lalu mereka menjadi rapat.

"Sayang are you okey?" Raqib perasan dengan perubahan sikap Zara sejak dari mula mereka sampai di sini. Wajah itu kelihatan sedikit pucat. Tidak sihatkah dia?

"Saya okey," senyuman palsu di ukir.

Sungguh, dia masih trauma dengan laut, sejak kejadian semalam. Matanya dari tadi cuba untuk tidak memandang ke arah laut. Dia juga sedaya upaya untuk mengelak dari berada dekat dengan Raqib.

Raqib menyentuh dahi Zara untuk memasrikan bahawa wanita itu tidak mengalami sebarang tanda-tanda sakit.

Zara menepis tangan Raqib dengan agak kasar. Wajahnya berkerut menahan rasa. Dia Cuba mengalihkan pandangannya dari wajah Raqib. Matanya melihat ke arah laut. Dia nampak, laut seakan-akan cuba untuk berdiri dan memakannya.

Mata Zara terbelalak. Dia cuba untuk  pejamkan mata.

"Hey sayang, are okey." Raqib memegang ke dua bahu Zara. Semakin lama pegangan itu semakin naik ke atas lalu berhenti di kedua belah pipi Zara.

Raqib mendongakkan kepala Zara dari terus menunduk untuk memandangnya.

"Sa..saya takut. Saya nak balik." Zara menggenggam erat tepi baju Raqib.

"Korang, aku dengan Zara balik hotel dulu. Zara tak sihat." Qaisarah membuat tanda okey manakala Ikram mengabaikannya.

Kan best kalau dapat bercuti dengan Aini, haih.

Qaisarah yang perasan akan perilaku Ikram yang tiba-tiba termenung, menepuk kuat belakang lehernya.

"Sakitlah bangang! Sini kau." Melihat Ikram yang berura-ura untuk mencekiknya. Qaisarah dengan pantas membuka langkah seribu. Untuk melindungi dirinya.

Sesampai sahaja mereka di hotel Zara membuka pintu biliknya perlahan lalu masuk ke dalam. Belum sempat ingin menutup pintu ada satu tangan yang menghalang.

"Raqib, ada apa?" Jantung Zara berdegup kencang melihat senyuman Raqib.

"Sayangkan sakit, jadi bie ingat nak teman sayang dalam bilik ni. Boleh?" Kata Raqib sambil perlahan-lahan kakinya melangkah masuk.

"T..tak perlu kut, saya cuma nak berehat je. Baiklah ni nanti." Zara mengundurkan tapak kakinya kebelakang mengikut rentak kaki Raqib.

"It's okey sayang. I teman you." Raqib menghentikan langkahnya apabila berjaya masuk ke dalam bilik itu sepenuhnya, tangan kanannya menutup pintu hotel itu manakala tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar slack nya yang bewarna khaki.

Raqib menatap tubuh Zara. Hari ini Zara memakai gaun bewarna senada dengan seluarnya, tudung Zara pula bewarna hitam sama dengan baju t-shirt polonya. Aww sweet couple.

"Sayang, you takut dengan bie ke?" Raqib menyoal sambil meletakkan tangan kanannya ke dada.

Zara menggeleng.

"Then kenapa jauhkan diri sayang? I sayang you, I takkan buat perkara yang buruk pada you." Raqib mendekat. Kali ini, senyuman Raqib mekar apabila tiada lagi pergerakan dari Zara.

"You sayang I tak, sayang? Hem?" Raqib menolak dagu Zara menggunakan satu jari untuk memandangnya.

Mata Zara terkebil-kebil, tapi dalam masa yang sama dia mengangguk.

"Apa bukti yang sayang, cintakan bie?" Raqib mendekatkan wajah mereka. Nafas Zara yang tidak menentu, menyentuh lembut wajahnya.

"Herm?" Raqib menyoal lagi, apabila tiada balasan.

"S..saya tak tahu m..macam mana nak buktikan." Zara ingin menundukkan wajahnya tetapi di halang oleh Raqib.

"Bie tahu macam mana sayang nak buktikan." Raqib tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

Zara menyoal menggunakan ekspresi muka.

"Serahkan diri sayang pada bie." Tanpa menunggu lama. Raqib satukan nafas mereka untuk seketika.

Zara terkaku.

"Do you like it sweetie?" Zara menelan air liurnya berkali-kali. Tangannya meramas sisi bajunya dengan kemas.

"Dengan cara ini. Bie akan percaya yang sayang cintakan bie, barulah bie akan berkahwin dengan sayang. Sayang sudi tak, nak kahwin dengan bie?" Raqib cuba untuk memancing.

Zara mengangguk perlahan.

"Then prove it sweetie. Prove your love."

Bertempatkan hotel yang mewah, Zara menyerahkan segala-galanya kepada Raqib. Termasuklah mahkota dan kesucian yang di jaga rapi selama ini.

To be continued
                                 .
                                 .
                                 .

Pls give me feedback that's all I need. Whatever you think about my writing, just write on the comment section..




 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now