"This is leyered crystal - embellished grain de poudre gown. Amerald green colour."

"Takda warna black ke?"

"Sorry sir kami takda, this the only one dress that we have. Yang lain semua dress yang agak terdedah." Wanita itu tersenyum seraya menunduk sedikit badannya, tanda permohonan maaf.

"Nah it's okey, do you like it sayang?" Raqib memandang Zara yang berada di tepinya. Orang kampung biasalah, jakun nampak benda mahal macam ni.

"Tapi harga dia mesti mahal kan?"

"Ouh kalau harga dia jangan risau, saya rasa murah je ni." Zara memandang wajah pekerja itu.

"Berapa?" Tanya Zara polos.

"Lapan ribu sahaja." Wanita itu tersenyum.

"Astaghfirullah mahalnya! Daripada saya beli baju ni lebih baik saya beli emas tak pun pergi Umrah." Wajah Zara terkerut-kerut.

"It's okey, I buy this. By card."

Wanita itu mengangguk

"Tapi Raqib sa.."

"Just close your mouth sweetie, before I bite it." Wajah Raqib bertukar menjadi dingin. Dia berlalu ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Zara hanya terpacak di tempat dia berdiri tadi. Gerun mendengarkan ugutan Raqib tadi.

"Bite it? Dia nak gigit apa?" Zara menyentuh bibirnya sebelum kepalanya tergeleng-geleng.

Sesudah membeli pakaian, Raqib terus menghantar Zara balik kerana Ikram telah pun berjaya bertukar menjadi raksasa. Malas mendengar bebelan dari Ikram. Raqib pun beralah.

   Zara menggantungkan baju yang diberi oleh Raqib tadi di hadapan cermin. Air matanya mula bertakung.

Sampai hati.

"Zara, can you please stop embarrassing me?" Setelah Lama menyepi, tiba-tiba Raqib membuka mulut. Namun menyakitkan sekeping tangkai hati.

"Apa maksud awak? Memalukan?" Zara kerut kening, sungguh dia tak dapat tangkap apa yang Raqib maksudkan.

"Why you need to act like that. Hmm? Perlu ke you kata baju tu mahal and bandingkan dengan emas or what ever? If you think i can't afford it. Then why do I have to pull you enter the store?"

"Saya cuma terkejut."

"I know you daripada kampung, tapi tak perlulah tunjuk sangat perangai kampung tu. Kita masuk kedai baju dekat mall, pavilion pulak tu. What do you expect? Kalau nak murah baik pergi beli dekat pasar malam."

"Kalau saya ni memalukan awak. You don't need to take me as your girlfriend then." Zara pusingkan badannya ke arah tingkap.

Masing-masing diam, tiada kata.

Zara terjaga dari lamunan apabila mendengar jeritan Aini dari bawah.

"Zara! Makanan dah siap. Turun makan!"
Zara tak masak ke? Masak, cumanya  Aini yang selalu volunteer nak masak kerana itu adalah hobi dia.

   Malam itu Zara tidak senang duduk. Sama ada nak pergi atau tidak? Dah pukul 9 malam. Raqib masih belum menghubunginya lagi.

Raqib masih marahkan dia lagi ke?

Entah kenapa, timbul rasa bersalah di dalam hati. Apa dia nak buat?

Tanpa berlengah Zara mendail nombor Raqib. Baru ingin menekan butang memanggil. Nombor Raqib tiba-tiba muncul, menandakan Raqib sedang menelefonnya.

 Berhenti MencintaiOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz