HS | 08

82 9 0
                                    

𓍢ִ໋🌷͙֒

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𓍢ִ໋🌷͙֒

SETELAH selesai makan tengah hari, Naura memberitahu Puan Sri Mariam untuk keluar seketika.

Selepas menunaikan solat asar, Naura segera turun namun Puan Sri Mariam bersuara.

"Pergi kat garaj, ada sesuatu kat situ,"

Naura angguk dengan kata-kata Puan Sri Mariam. Dia terus menuju ke garaj rumah agam itu dan makin lembar senyuman Naura.

"Sayangku!" Naura memeluk skuter hijaunya erat. Gadis itu segera mengambil topi keledar merah jambunya di dalam kotak motor.

Naura segera menunggang motornya lalu berhenti di permukaan pintu, "Terima kasih nenda! Naura pergi dulu! Assalamualaikum!"

Teriak Naura dengan nada teruja, Puan Sri Mariam keluar melihat betapa teruja dan gembiranya gadis itu.

"Waalaikumussalam, hati-hati tau. Apa-apa telefon nenda, tok ayah atau Umar terus," Pesan Puan Sri Mariam.

Naura angguk laju sebelum memula pendikit motor lalu keluar dari rumah agam itu.

Naura tiba di sebuah padang luas berhadapan dengan tasik yang agak luas. Gadis itu mengeluarkan kamera yang dia sendiri tidak ingat siapa yang memberinya.

Gadis itu tidak berhenti menangkap pemandangan cantik itu, tanpa dia sendiri perasan ada batu di belakang membuatkan Naura hampir tersadung namun hujung bajunya ditarik seseorang.

"Eh, Umar?"

Terkejut Naura melihat Umar menahannya untuk tidak tersadung kebelakang sebelum jejaka itu menarik hujung baju Naura untuk berdiri.

"Awak okay?" Soal Umar dengan nada risau. Naura teragak-agak untuk mengangguk.

"Awak buat apa kat sini?" Soal Naura, Umar mengangkat bekal kecil di tangan.

Hampir meletus tawa Naura melihat bekal kecil yang dibawa Umar. Ianya berwarna merah jambu! Siap ada kartun beruang lagi.

"Kenapa? Nak gelak lah tu," Sejurus Umar berkata begitu, terus meletus tawa Naura.

"Awak? Bawa bekal pink ni pergi pejabat ke? Umar awak ni memang lah!" Ketawa Naura terbahak-bahak.

Umar memeluk bekal itu sambil mencebik, "Comel apa. Jangan hina bekal comel ni tau,"

Terbatuk-batuk Naura gelak sebelum dia mengangkat tangan tanda mengalah.

"Aduhai, luaran nampak gagah perkasa dalam hati ada bunga ya bang!" Kata Naura sambil menghabiskan sisa tawanya.

Umar memandang Naura melalui hujung matanya.

"Tahu lah awak tak ada bekal ni kan?" Soal Umar. Naura memandang Umar tidak percaya.

H | His SoulmateWhere stories live. Discover now