Darah ke?

Raqib menghampiri tubuh Ikram. Tangan di angkat lalu dia melempang muka Ikram sepantas kilat tanpa sempat dihalang oleh sesiapa.

Raqib memandang dua orang wanita yang sedang berdiri di belakangnya.

"We need to go to the hospital. Now." Raqib bangun lalu memapah Ikram.

"Tapi korang berdua bawak motor kan? Macam mana nak bawak?" Tanya Zara apabila melihat motor Raqib juga terparkir di sebelah motor Ikram.

"Eh takpe, kitaorang boleh terbang." Raqib tersenyum pahit.

"Ha?" Zara masih lagi blur.

"Haih Zara. Antara kami berempat, awak seorang je yang ada kereta. Jadi, kita kena bawak Ikram ni ke hospital naik kereta awaklah." Aini menepuk dahinya.

"Ouh ha baik, kejap saya ambil kunci."

Raqib sudah mengeluh perlahan, menahan beban yang ditanggungnya.

Ikram.

Raqib menawarkan dirinya untuk memandu, manakala Aini memangku kepala Ikram di tempat duduk belakang.

Zara dipaksa oleh mereka untuk ikut sekali.

Padahal mereka boleh sahaja pergi bertiga, tetapi bila difikirkan semula, dia yang menjadi punca utama Ikram jadi seperti itu. Maka dengan rasa tanggungjawab, terpaksalah juga dia ikut sekali.

Zara mengerling sekilas Raqib yang sedang memandu.

Raqib mengenakan baju hoodie hitam, kedua lengan bajunya disisingkan sedikit ke atas, menampakkan lengannya yang berurat.

Tangan kanan Raqib memegang stereng kereta, manakala tangan kirinya diletakkan pada gear.

Merasa seperti diperhatikan, Raqib menoleh sekilas lalu bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Dari dulu sampai sekarang, you memang suka tenung muka I lama-lama eh?" Raqib bersuara memecahkan kesunyian.

"Dulu?" Zara bertanya.

"Waktu tingkatan satu dulu."

"Encik ingat?!"

"Kalau I tak ingat, takdanya I nak ingat yang you tu bekas student SMK Felda Jengka."

"By the way, kenapa you halang laluan I dulu?"

"Kenapa sibuk nak tahu pulak? Dulu bukan main kerek."

Raqib melepaskan tawanya.

"Bukan kereklah, cumanya I blushing sebab kena renung dengan budak cantik. So, untuk menutup rasa malu tu, I blah lah cepat-cepat."

"Yelah tu." Zara menjeling lalu melekatkan pandangan ke luar tingkap.




   Sewaktu mereka sampai hospital tadi, Ikram sudah pun tersedar.
  
"Aku kat mana ni?!" Buka sahaja mata, Ikram melihat ramai orang mengerumuninya. Termasuklah, Raqib, Aini dan kawan Aini.

Mahunya tak gelabah. Terjaga sahaja dari lena, terus dirinya diletakkan ke atas stretcher.

"Eh korang nak tarik aku pergi mana ni?" Semakin laju stretcher itu bergerak.

"Huwaaaa aku tak mati lagi! Aku tak nak mati lagi! Korang janganlah buat aku macam ni!" Ikram meronta-ronta.

Raqib menepuk kepala Ikram.

"Kau dekat hospital lah, bodoh. Nurse tolak kau untuk masuk bilik kecemasan. Perangai tu jangan bangang sangat."

Sesampai di pintu kecemasan, mereka tidak dibenarkan masuk sama sekali.

"Awak ada nak beli apa-apa tak?" tanya Aini kepada Zara.

"Awak nak pergi beli ke? Saya nak ikut!"

"Aini, biar aku jelah yang teman Zara. Kau tunggu sini."

Tanpa sempat membalas apa-apa, lengan Zara sudah ditarik oleh Raqib.

"Ish apa encik ni! Jangan pegang-pegang boleh tak?"

Sungguh Raqib terlupa kerana sebelum ni, dia sudah terbiasa memegang wanita yang bukan mahram baginya.

"Sorry, jom I hantar you balik."

"Eh tapi Aini?"

"Pandai-pandailah dia balik dengan boyfriend dia nanti."




   Katanya nak hantar balik, tapi ini dah satu jam. Masih lagi berada di dalam kereta.

Zara dari tadi menahan dirinya daripada menghamburkan kemarahan.

"Encik, setahu saya perjalanan dari rumah Aini nak ke hospital mengambil masa 15 minit je. Tapi sekrang ni, dah dekat satu jam kita tak sampai-sampai lagi." Suara Zara tertahan-tahan, akibat menahan marah.

"Eh ha'ah lah. I rasa kita dah sesat ni." Saja Raqib ingin menyakat.

"Ish, apa pulak sesat? Kejaplah, saya call Aini."

"Zara! Tengok tu, ada restaurant best lah dekat situ. Jom kita pergi?" Raqib menunjuk ke arah kedai makan yang terlihat agak mewah di pinggir jalan.

"Encik, saya nak baliklah. Bukannya nak makan."

"Ala you temanlah I. Dari pagi tadi I tak makan." Raqib membulatkan matanya sambil memuncungkan bibirnya.

                   

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now