"Takpe. Aira yang makan, Aira lah yang basuh." Ujar Aira masih berdegil.

Puan Zulaikha tersenyum dan berjalan menuju meja makan.

Tiba-tiba muncul satu figura menyapa kornea mata puan Zulaikha.

"Ehh Ariff. Sini lah." Panggil puan Zulaikha apabila Ariff yang baru sahaja tiba tapi sudah berpaling ingin pergi.

"Tak pelah. Ariff naik tidur dulu."  Ujar Ariff tanpa melihat wajah mereka dan terus bergerak pergi. Niat asalnya adalah untuk minum air, tapi tak jadi sebab ada Aira.

Ariff bukan malu, tapi dia patah balik naik bilik sebab Aira tak pakai stoking. Comel kan? Korang ada lelaki macam tu? Korang takde. Pergi lah menangis dekat bucu katil sana. Shuh, shuh. Okey tak payah lebih-lebih. NEXT!

Puan Zulaikha memandang Aira sambil tersenyum. Aira menggaru kepala yang tidak gatal.

"Haish!" Keluh puan Zulaikha. Comel sangat tengok dua orang ni. Terkejut Aira melihat Puan Zulaikha tiba-tiba aje menjerit. Histeria erk?

"Aira, kalau mengantuk pergi lah naik tidur dulu." Ujar puan Zulaikha apabila Aira berjalan mendekatinya.

"Aira tak mengantuk. Lagipun awal lagi." Kata Aira pula.

"Okay, kamu nak tak kalau mummy jodohkan kamu dengan-" kata-kata puan Zulaikha tergantung kerana suara sumbang seseorang.

"Bangun pagi gosok gigi, cuci mulut tak mandi.." Nyanyi Aufar setiba sahaja didalam rumah.

"Cuci muka, cuci muka." Afnan mula bersuara apabila mendengar adiknya salah menyanyi.

"Sama jer.." Balas Aufar pula tidak mahu mengalah.

Aufar berjalan dan berhenti apabila melihat kelibat ibunya didapur. Dia tidak perasan pula kalau Aira ada disitu.

"Mummy. Kasut siapa dekat lu..." Kata-kata Aufar terhenti apabila melihat figura seorang perempuan sedang ketawa mendengar nyanyiannya.

"What the f**k? Perempuan mana ni siot?" Soal Aufar. Mulut celupar bukan main, sumbat stoking kang.

"Ish engkau, mulut! Bukan adik aku ni- what the fu**!?" Ujar Afnan yang juga turut terkejut dengan seorang perempuan yang cantik berdiri disebelah mummy nya.

"Cili mulut sorang-sorang nanti baru tau!" Marah puan Zulaikha. Ingatkan abang nak tolong nasihatkan adik, rupanya sama aje. Dasar kembar.

"Mum-mum.. ehem.. mummy, bidadari mana yang singgah rumah kita ni, mummy?" Soal Aufar. Afnan mengangguk setuju. Dua kembar itu berjalan menuju kearah Aira. Aira memandang mereka atas bawah.

"Ish! Jangan kacau dia lah!" Marah puan Zulaikha sambil tangan menarik telinga dua figura itu.

"Ouch, ouch. Okay, okay.. tak kacau dah." Kata mereka serentak.

Puan Zulaikha melepas telinga mereka.

"Ehem.. hai, nama saya Aufar Zaquan." Aufar mula perkenalkan diri, saja nak mengorat Aira.

"Tepi, tepi. Aku pulak. Assalamualaikum, habibie.. Nama saya pulak Afnan. Afnan Zaquan." Giliran Afnan pula try Aira. Tapi apakah nasib mereka? Hanya jelingan yang mereka dapat.

Puan Zulaikha mengecilkan matanya memandang dua orang itu.

"Gurau je, mummy. Jangan lah garang sangat." Kata Afnan sambil menolak tubuh adiknya.

"Duduk elok-elok boleh tak? Tendang karang." Marah Aufar.

"Kau ni pun. Harini memang hari marah sedunia ke?" Soal Afnan. Lepas satu-satu dia kena marah. Syian dia. Siapa yang nak Afnan ni? Ada dalam beg kuning.

"Dia siapa, mummy?" Soal Aufar dan Afnan serentak. Mereka saling menatap mata apabila mereka berkata serentak.

"Sibuk lah kau ni." Ujar Afnan.

"Aku yang cakap dulu. Kau lah yang sibuk, asal perempuan jer laju." Sindir Aufar. Eleh, dua-dua orang sama.

"Dah, dah. Asyik gaduh je, humban dalam bilik air karang, apa tak dapat." Marah puan Zulaikha. Penat melayan kerenah anak-anak terpilih ni.

Aira hanya membisu dari tadi sehinggalah puan Zulaikha memanggilnya.

"Aira. Kamu naik lah pergi tidur dulu." Kata puan Zulaikha. Laju Aira mengangguk sambil berjalan menuju anak tangga.

Aira perhatikan tangan Aufar yang sedang menunjuk isyarat untuk menelefonnya. Macam tu lah buaya. Gatal!

"Hei, tangan." Tegur Afnan.

"Ckk, kau ni syebuk lah." Marah Aufar. Afnan pula hanya ketawa kecil.

Aira hanya membiarkan mereka dan terus berlari naik kebiliknya ditingkat dua...

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now