Kami telah memperbarui Pedoman Konten kami.
Tinjau pedoman terbaru untuk terus berbagi cerita dengan aman.

Hidup Yang Baru

18 3 2
                                        

Ini adalah hari dan tahun pertama Tori, Trisyia, Lily dan Liya berada di college. Suasana yang baru bagi mereka berempat. "New day, new life" perempuan bertudung shawl hitam itu berkata sambil tersenyum. Lily sangat semangat untuk memulakan hidup barunya jauh daripada masa silamnya. Perempuan bertudung bawal putih iaitu Trisyia pun berkata "Betul tu Lily, akhirnya kita jauh dari ibu bapa kita". sambil tersenyum lalu melihat seseorang sedang menuju ke arah mereka.

"Korang tak rindu aku ke?" Luna bertanya sambil menuju ke arah 4 orang perempuan tersebut. Luna tua setahun dari mereka , jadi ini tahun kedua Luna berada di college itu. "Eh rindu, rindu sangat" Liya, perempuan bertudung shawl putih itu berkata kepada Luna sambil senyum tidak ikhlas. Luna hanya tengok Liya lalu mengatakan "Sekali aku gigit baru tahu". Liya dengan cepat lari ke belakang Lily "Aik, no gigit-gigit ok" dengan gediknya Liya membalas kepada Luna. "Ada-ada jelah korang ni" Tori perempuan bertudung shawl pink itu berkata sambil tertawa.

Luna melihat ke arah mereka semua lalu bertanya "Korang dah dapat bilik ke belum?". 4 orang perempuan tu tengok satu sama lain dan Lily menjawab "Dah dapat dah nombor bilik, aku dengan Tori dekat bilik nombor 1505 lepastu Liya dengan Trisyia bilik 1503. Dekat je kan bilik kitorang? Kau punya?" Luna menjawab "Bestlah korang, aku jauh. anyways, bilik korang dekat tingkat 15 tau. Hati-hati, tingkat 15 tu berhantu tau" usik Luna kepada 4 orang perempuan itu. Empat orang perempuan itu menelan air liur mereka sambil tengok satu sama lain. "Habistu bilik kau dekat mana?" Tori tanya kepada Luna.

"Oh aku kat tingkat 12 bilik nombor 1204. Lagi satu, hati-hati dengan bilik nombor 1504 sebab dulu ade psiko yang tinggal kat bilik tu dah bunuh roommate dia kat bilik tu juga". Luna berkata kepada mereka. Empat orang perempuan itu menelan air liur lagi dan memberanikan diri "Kalau macam tu kitorang gerak dululah. Bye Luna" Trisyia berkata. Empat orang perempuan itu pun menaiki lif dan menekan butang tingkat 15.

Lif bergerak dan Liya bersuara "Korang rasa apa yang Luna cakap tu betul ke? ataupun dia saja je nak menakut-nakutkan kita?" sambil menunggu mereka sampai ke tingkat 15. "Entahlah weh, aku takut ni" Tori kata sambil memeluk tangan Lily. Lily tengok Tori yang sedang bergantung di tangannya dan berkata "Kau ni dah kenapa?". Tori hanya tertawa kecil sambil berkata "sorry-sorry" lalu melepaskan tangan Lily.

Lif sampai di tingkat 15 dan pintu pun terbuka luas. "Eee tacott ( takut )" Liya kata dengan nada mengada-ngada sambil melihat ke arah hall tingkat 15 itu."Ish takde apa-apalah" Trisyia berkata lalu keluar daripada lif sambil menarik tangan Tori dan Liya manakala Lily hanya berjalan dengan tenang di belakang mereka sambil melihat ke kiri dan ke kanan. Apabila sampai ke bilik 1503 , Trisyia dan Liya membuka pintu bilik mereka dan memerhatikan Lily dan Tori untuk sampai ke bilik mereka melalui depan bilik 1504. Lily dan Tori melalui depan bilik 1504 tanpa membuat sebarang bunyi dan membuka pintu bilik mereka 1505. Apabila pintu sudah terbuka , Lily dan Trisyia melihat satu sama lain dan menganggukkan kepala masing-masing lalu masuk bilik mereka dengan aman.

Apabila sudah pun membersihkan badan mereka pun solat isyak. Trisyia dan Liya solat bersama di bilik mereka manakala di bilik Lily dan Tori hanya Lily sorang yang solat kerana Tori ABC ( Allah Bagi Cuti ). Handphone Lily berbunyi dan Tori mengangkatnya "Hello Luna, ini Tori. Kenapa kau call?". Tori tanya kepada Luna. "Aku call Lily, kenapa kau yang angkat? Mana Lily?" Luna bertanya kepada Tori. Tori pun menjawab kepada Luna "Lily solat lah , kau ni tak reti solat ke?" Luna pun membalas kepada Tori "Hek eleh cakap orang, kau tu? apahal tak solat?" Luna menanyakan kepada Tori. "Aku cuti , period" Tori berkata. "Ha oklah, bye. aku call nak check korang hidup lagi ke tak, tu je" Luna berkata lalu mematikan call. Tori hanya menggelengkan kepalanya sambil berkata "Ada-ada jelah si Luna ni".

*Keesokan harinya*

Luna call Lily pada pukul 8:40. Lily mengangkat call itu sambil melakukan skincarenya bersama Tori dan meletakkan Luna di speaker. "Ha, kenapa?" Lily tanya kepada Luna. "Oh, dah bangun eh? ingatkan tido lagi" Luna berkata kepada Lily. "Lama dah kitorang bangun" Tori berkata. Luna pun bertanya kepada mereka "Pukul berapa korang bangun?". Lily pun menjawab "Pukul 5 pagi tadi lah, kan subuh, kau ni kenapa?" Luna pun berkata "Oh sorry-sorry aku lupa"

Selepas beberapa minit Luna pun mematikan call. Mereka berlima memulakan hari mereka dan masuk ke kelas masing-masing.

Hari mereka berlangsung seperti biasa dalam masa seminggu hingga suatu hari ni, Liya naik ke bilik seorangan kerana yang lain masih belum selesai dengan kelas masing-masing. Aliran berbeza dan kelas Liya pada hari itu dibenarkan balik awal. Meyakinkan diri sendiri, Liya pun naik ke bilik untuk mengambil bukunya lalu ingin menunggu yang lain di kafe.

Saat tiba di tingkat 15, Liya dengan tenangnya keluar dari lif untuk pergi ke biliknya tetapi apabila ingin membuka pintu biliknya , Dia baru perasan bahawa kuncinya tiada padanya. Liya terfikir mungkin dia tertinggal kuncinya di dalam bilik pagi tadi ketika ingin pergi ke kelas. Dan satu lagi kunci ada pada Trisyia. Saat gelabah mencari kunci , tiba-tiba pintu bilik sebelahnya terbuka. Sebelah kanan, iaitu bilik 1504. Liya pun cuak dan menggigil kerana ketakutan. Saat sedang menahan tangisannya tiba-tiba.......

"You okay?" saat mendengar itu Liya pun menoleh ke arah suara itu dan terlihat jejaka Mat salleh yang tampan sedang melihatnya dengan risau.

"Miss?" jejaka itu bertanya kepadanya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Miss?" jejaka itu bertanya kepadanya. "I..I'm fine.." Liya berkata sambil mengusap air matanya yang mengalir kerana ketakutan."Don't cry" jejaka itu berkata sambil mengusapkan air mata Liya. "Why are you crying?" jejaka itu tersenyum sedikit sambil melihat wajah Liya yang sedang menenangkan dirinya itu. Jejaka itu hanya menatapnya dan bertanya "What's your name? Don't be scare, I'm not gonna hurt you" sambil tersenyum kepadanya. Liya pun menjawab "I'm.....Liya..". "Well Liya, I've never seen you before or someone like you. You new here?" jejaka itu bertanya kepada Liya. "Yes, it's my first years, i just got here last week" Liya berkata. "Oh really? I'm Zack by the way" jejaka itu berkata sambil hulurkan tangannya. Liya pun menyambut tangan Zack dengan berhati-hati dan senyum sedikit. "I should go now. My friends are waiting for me at the cafe , bye" Liya berkata lalu pergi meninggalkan Zack. Zack hanya memerhatikan Liya hingga dia sudah hilang dari pandangannya dan berbisik "Bye" sambil tersenyum sendiri.

My Barista Girl Cerita yang bikin terobses. Temukan sekarang