Ariff memandang baju itu dan Aira silih berganti. Ariff tersenyum sambil kepala digeleng perlahan.

"Kak, ambil baju ni." Arah Ariff. Perempuan itu mengangguk dan berjalan mengambil baju tersebut.

☜⁠ ☞

"Nak beli apa-apa lagi tak?" Soal Ariff keluar sahaja dari butik tersebut.

Aira hanya menggeleng. Satu senyuman dilontarkan kepada Ariff.

"Jom." Ajak Ariff dan membuka langkah besar menuju lift.

"Ish. Laju-laju nak pergi mana entah." Rungut Aira seorang diri sambil mengikuti jejak Ariff yang sudah jauh dihadapan. Aira berlari anak dan berjalan rapat dibelakang Ariff, Ariff pula hanya membiarkannya.

Sebelum tiba di lift, Ariff sudah berhenti berjalan dan memalingkan badannya kebelakang. Setapak lagi je Aira jalan, dah boleh berlaga dengan dada Ariff dah.

"Apa berhenti tiba-tiba ni?" Soal Aira. Ariff sedikit menunduk melihat Aira dibawahnya. Pendek sangat.

"Tak boleh naik lift." Balas Ariff dan berjalan menuju tangga.

Ariff berjalan meninggal Aira dibelakang. Aira memerhati kawasan lift itu sejenak. Aira mula mengukir senyuman bahagia.

"Patutlah. Ramai lelaki."

Bisik Aira didalam hati sambil tersenyum bahagia. Aira cepat-cepat berlari mengejar langkah besar Ariff yang sedang berjalan turun tangga.

Sampai sahaja ditingkat satu, Ariff berjalan kearah kedai makan.

Aira yang turut mengikuti Ariff tiba-tiba berhenti.

"Time-time ni lah perut nak sakit pun... Ish, nak berak ke senggugut ni?"

Soal Aira didalam hati sambil tangan mengelus lembut perut kempisnya.

"Kau okay tak?" Soal Ariff apabila melihat Aira dalam keadaan tertunduk sambil tangan memegang perut.

"Say-saya nak pergi tandas kejap lah. Awak tunggu ehh?" Kata Aira sambil badan membongkok.

"Macam-macam lah kau ni, pergi cepat." Ujar Ariff. Aira tersenyum menayangkan gigi putihnya. Baru sahaja Aira ingin berlari pergi, Ariff memanggilnya.

"Miesyaira, barang kau tu kasi sini lah." Kata Ariff sambil tangan dihulurkan kepada Aira. Aira memberi barangnya dan terus berlari anak menuju ketandas.

Ariff mengeluh dan duduk di kerusi terdekat. Lama Ariff membelek telefon, satu suara menyapanya.

"Tuan Ariff?" Sapa Icha, antara salah satu bawahan Ariff yang freehair ditempat kerjanya.

Ariff memandang sedikit ke atas untuk melihat wajah orang yang menyapanya. Rambut perang Icha ditarik kebelakang telinga. Acah terpaling cantik gitu.

"Seorang ke?" Soal Icha.

"Tak." Balas Ariff sepatah tanpa memandang wajahnya. Maklum lah, jaga mata.. Malas nak melayan pickme tu.

"Ouh. Datang dengan siapa?" Soal Icha dan mula melabuh punggung disebelah Ariff.

"Tak payah sibuk." Balas Ariff pula sambil kepala menunduk melihat telefonnya. Menyampah.

Icha dari dulu lagi masih mencuba sedaya upaya mencari perhatian Ariff, tapi tidak dapat.

"Tuan tak masuk kerja ke harini?" Soal Icha, makin lama makin mendekat dengannya. Ariff bangun berdiri dengan dada turun naik menahan marah.

"Kau boleh tak jangan rapat-rapat dengan aku? Aku rimas tau tak rimas? Ke kau tak faham bahasa melayu? Kena cakap bahasa Korea dengan kau baru faham?" Soal Ariff dengan nada yang sedikit tinggi.

"Maaf, saya tak bermaksud nak-" kata-kata Icha laju dicantas seseorang.

"Awak? Kenapa ni?" Soal Aira. Baru jer lepas keluar tandas tiba-tiba nampak Ariff tengah marah orang.

Ariff menjeling Icha dan melihat Aira disebelahnya.

"Awak siapa?" Soal Aira apabila melihat wajah Ariff yang cemberut seperti menahan berak.

"You siapa? Tiba-tiba datang nak awak-awak bagai." Sindir Icha sambil tangan memeluk tubuh.

"Saya? Hm.. awak bagitau lah awak." Balas Aira dengan tangan turut naik memeluk tubuh. Ariff tersenyum sinis. Sangkaan Aira cuma kawan dan sebagainya, sekali ha...

"My future wife. She's my happiness.." Ujar Ariff selamba. Terbeliak biji mata Aira dibuatnya.

"Lebih-lebih lak mamat ni nak happiness bagai."

Kata Aira didalam hati sambil memandang Ariff atas bawah.

"Right, baby?" Soal Ariff tersenyum memandang wajah Aira. Nak terberak Aira dibuatnya.

"Yup!" Aira hanya mengiyakan sahaja. Merah pendam wajah Icha menahan api amarahnya. Icha terus cabut pergi dari situ tanpa bercakap panjang.

Ariff tergelak.

"Woi. Happiness-happiness ehh." Kata Aira sedikit menyindir Ariff.

"Apa salahnya? Bukan selalu.." Balas Ariff selamba...

"Dia tak tau ni rasanya kata-kata tu satu doa.. ishh. Astaghfirullah. Aku fikir apa ni?"

Soal Aira seorang diri sambil tangan menepuk pipi...

{Sorry kalau chapter ni lagi panjang dari chapter biasa.
Vote lah ye kalau sudi. Terima kasih 🙆}

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now