"Za... Zara! Hiks!" Aini menangis terharu lalu memeluk batang tubuh Zara.




    RAQIB!!

Jeritan dari tingkat bawah menyedarkan Raqib dari lena. Beberapa minit kemudian, pintu biliknya ditendang oleh seseorang dari arah luar.

"Ya Allah, abang!" Puan Sri Rashirah menekup mulutnya.

"Hello along, along dekat mana? Balik cepat, along! Rumah ni dah nak kiamat!" Angel bercakap dengan Raikal secara berbisik.

"Apa ayah ni argh!" Belum sempat Raqib ingin bangun dari pembaringan, dia sudah berada di awangan.

"A...aa... yah... ta... tak na...nafas" Tan Sri Rohaizat mencekik leher Raqib sehingga kaki anaknya tidak menjejak tanah.

Puan Sri Rashirah dan Angel melompong. Gila cool!

"Abang! Mati anak kita nanti!"

"Biar mati! Daripada hidup dalam keadaan murtad!" Raqib yang mendengar sudah terkejut.

Confirm video tu dah viral dekat Malaysia. Haduh, bala apa pula ni?

"Aku tak sangka, Raqib yang mulut kau boleh bercakap perkara macam tu! Iman kau mana! Ha?!" Tidak tahan akhirnya Tan Sri Rohaizat melepaskan tubuh anaknya.

Kudrat tuanya tidak mampu menahan kekuatan lagi.

Tan Sri Rohaizat menangis teresak lalu melorot jatuh ke lantai.

"Abang..." Puan Sri Rashirah perlahan mendekati suaminya.

"Kenapa dia anak kita, Shirah? Kenapa awak lahirkan dia? Kalau saya tahu macam ini kejadiannya, dari kecil lagi saya dah bunuh dia."

Raqib menggosok lehernya.

"Kenapa ayah tak bunuh tok ki? Dia dengan Raqib takde beza tapi dia lagi teruk kut sebab sembah syaitan."

"Raqib!" Angel terkejut dengan apa yang terkeluar dari mulut abang kembarnya.

Rohaizat memandang anak keduanya dengan mata yang memerah.

"Ayah! Sabar, ayah." Nasib baik Raikal sempat sampai. Kalau tidak, memang masuk berita keluarga ni nanti.

Kes pembunuhan antara anak dan ayah.

"Kenapa perangai kau tak macam along ha, Raqib?! Daripada kecil, apa yang kau tahu hanyalah menyusahkan aku!"

"Ya! Memang dari dulu anak ibu dan ayah hanyalah along dan Angie sahaja! Raqib ni anak pungut kan?! Diorang pun pernah buat salah tapi tak pernah sekali pun kena halau tapi kalau Raqib?!"

"Ayah dengan ibu never loved me. Raqib tak pernah rasa kasih sayang korang, daripada sekolah rendah korang hantar Raqib dekat sekolah kebangsaan biasa."

"Sekolah menengah pula ayah campak Raqib dekat kampung tok ki, then kolej! Ayah campak dekat Scotland hanya sebab Raqib nak jadi pemain bola sepak! Padahal dekat Malaysia ni ada je kolej sukan."

"Ayah pernah ambil tahu tak macam mana kehidupan aku dekat sana?! Pernah ambik tahu tak yang aku ni hampir jadi gelandangan dekat sana?! Ayah campak Raqib macam kucing kurap!"

"Penatlah Raqib fikir kesalahan apa yang Raqib dah buat sampai ayah benci sangat dekat Raqib. Ayah persoalkan kenapa aqidah Raqib terpesong macam ni tapi pernah ke ayah tanya diri ayah? Pernah ke ayah ajar kami solat? Ajar ibu dan Angie pakai tudung?"

"Along waktu berkahwin dengan kak Aisya baru dia pandai solat dengan sempurna. Sebab apa? Sebab sekolah international yang ayah hantar kedua anak ayah ni mana ada ajar agama!"

"Lagi satu, pelik ke untuk akidah Raqib terpesong kalau ayah sendiri yang hantar Raqib dekat rumah orang yang sembah syaitan? Jawablah! Asal semua orang senyap?!"

Tan Sri Rohaizat menumbuk muka Raqib berkali-kali, matanya tiba-tiba merah menyala. Tak ubah seperti orang yang kerasukan.

"Aku buat semua tu demi kepentingan kau! Kau tahu ke tak!" Baru sahaja ingin melayangkan tumbukan yang entah ke berapa kali, ada sosok yang cuba menghalangnya.

"Ayah... Argh!" Raikal menghalang ayahnya dari terus menumbuk Raqib tetapi tubuhnya tiba-tiba melayang apabila tubuh tua itu menepis.

"Along!" Angel menerpa ke arah abang sulungnya.

Badan Angel sudah menggigil tidak keruan kerana dia tiba-tiba berasa panas. Melihatkan tenaga ayahnya, mesti ada sesuatu yang tidak kena.

"Mulai hari ini kau bukan lagi anak aku! Kau keluar dari sini, keluar!" Tan Sri Rohaizat melangkah keluar dari bilik Raqib.

"Raqib, ibu minta maaf, sayang." Puan Sri Rashirah mendekati anaknya.

"Korang bukan keluarga aku lagi, tak dengar apa yang Tan Sri Rohaizat tu cakap? Aku bukan anak dia jadi aku bukan lagi ahli keluarga ni." Tanpa berlengah, Raqib terus mengambil luggage lalu mengemas pakaiannya.

Entah apa yang terjadi pada ketiga beranak itu, mereka seolah-olah tidak dapat menghalang Raqib dari pergi.

Jadinya mereka hanya mampu melihat kelakuan Raqib tanpa boleh membuat apa-apa.

                  

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now