Melopong mulutnya melihat apa yang berada di depan mata.

What the...

"Ha jemputlah makan. Kesian kena kerja sampai tak sempat nak makan." Zara menghulurkan nasi yang baru sahaja dia letak ke arah seorang lelaki bertubuh sasa.

"Terima kasih. Hiks... Macam mana cik adik tahu kami lapar?" kata lelaki itu sambil menyeka air mata.

"Sebab saya dengar perut awak yang berbunyi kuat macam tom dram itulah."

"Entah. Boss, bunyi tu tak boleh nak cover-cover sikit ke? Bukan pukul 10 tadi boss dah melantak nasi ayam ke?"

"Kau diamlah, Borhan! Kau nak makan tak tu? Kalau tak nak, bak sini nasi kau." Dia berura-ura ingin merampas pinggan nasi Borhan.

Borhan cepat-cepat menghalang.

"Saya pun lapar, boss. Ingat boss sorang aje ke yang lapar?"

"Tahu pun lapar, jadi jangan banyak bunyi! Cik adik tak nak makan sekali?"

"Takpelah, saya tak lapar." Zara tersenyum manis. Haih lah... Kalau tidak difikirkan nyawa, mana mahunya Zara membenarkan lelaki mahram baginya untuk masuk ke dalam rumah.

Zara yang baru sahaja mengangkat wajahnya terkejut apabila melihat ada tiga orang makhluk sedang memerhati gelagat mereka.

"Can you explain?" Suara Raqib menghentikan suapan mereka berdua.

Mereka menoleh ke belakang. Nampak sahaja wajah Aini, segera mereka bangun dan membuka langkah ke arah wanita itu.

Aini terus bersembunyi di belakang Ikram.

"Hey, perempuan! Amboi, ada hati kau nak bersembunyi ya. Kau keluar sini, tengok kitaorang.."

"Kami kelaparan tau disebabkan nak mengutip duit hutang kau sahaja, tapi nasiblah ada cik adik manis ni yang sanggup masakkan untuk kitorang kan bos kan?" Boss Borhan mengetuk kepalanya.

"Boleh tak kalau aku tengah bercakap kau jangan nak menyampuk?"

"Bo... boleh boss."

"Siapa diorang ni, sayang? Hutang apa? Kenapa I tak tahu pun?" Ikram menangkap lengan Aini supaya keluar dari terus bersembunyi di belakangnya.

Zara yang melihat perkara itu tidak semena-mena menerpa ke arah mereka.

"Hey, jangan sentuh boleh tak! Haram tau!" Ikram melihat wanita yang menarik lengan Aini.

"Kau siapa pula?" Tanya ikram.

"Eh korang ingat ni program jejak kasih ke apa nak bersoal jawab tentang identiti ni?" Sampuk lelaki bertubuh sasa itu.

"Berapa hutang perempuan ni?" tanya Raqib setelah lama berdiam diri.

"Heh RM50,000 dan aku nak perempuan ni bayar hari ini, malam ini, saat ini dan detik ini juga."

"Dah boss sikit-sikit je, lebih-lebih siapa nak layan?"

"Bak sini nombor account."




   Ikram memandang tajam wajah Aini.

"Kenapa tak mintak duit dengan I? Kenapa perlu pinjam ahlong?" Pandangan Ikram menikam tajam ke wajah Aini yang berada di hadapannya.

Mereka berempat berada di ruang tamu. Zara yang berada di sebelah Aini memeluk bahu dan mengusap lembut belakang Aini, memujuk wanita itu daripada terus menangis.

Manakala Raqib duduk di sebelah Ikram berhadapan dengan Zara. Sedari tadi, pandangannya tidak teralih dari wajah wanita cantik itu.

Wajahnya nampak begitu polos tanpa sebarang make up.

"Aku tanya jawablah, Aini!" Ikram menepuk kuat meja di hadapannya mengakibatkan semua yang berada di situ terkejut.

"I betul-betul perlukan duit tu untuk pembedahan mak I! Hiks waktu I nak minta tolong you, you takda, Ikram! You takda hiks, I call you beribu kali. I call your assistant tapi apa yang I dapat? Dia cakap you tengah holiday dengan perempuan lain."

Semua yang berada di situ terkedu dan memandang Ikram. Ikram kelihatan mengemamkan bibirnya.

"I penat Ikram hiks I penat. I rasa dah cukup sampai sini aje hubungan kita. I tak mampu nak teruskan lagi." Aini bingkas bangun dan berlari menaiki tangga tanpa membuang masa.

"Aini! I can explain lah!" Zara melihat Ikram yang ingin memanjat tangga segera menghalang.

"Eh encik! Mana boleh naik! Amboi! Dah, dah keluar kalau nak adakan sesi memujuk esok pagi aje." Zara menghalau kedua lelaki itu untuk keluar dari rumahnya.

"Zara, I don't think you can stay here with Aini." Raqib tiba-tiba bersuara.

"Apa yang awak maksudkan?" Zara pelik. Apa yang salahnya untuk tinggal dengan Aini? Aini tu lelaki ke?

"She's not good for you. Dia boleh bagi you pengaruh yang buruk. Aini tu bukan perempuan baik-baik."

"Watch your mouth, bro." Ikram memberi amaran.

"Apa-apa ajelah! Dah, sekarang keluar!" Untuk kesekian kalinya Zara menjerit, biarlah jiran nak dengar ke apa.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now