"Cepat lah." Kata Ariff. Aira tersenyum dan kembali mengikuti langkah Ariff.

Puan Zulaikha tersenyum melihat dua figura itu.

"Ni bilik kau." Kata Ariff setiba sahaja di bilik yang bersebelahan dengan biliknya ditingkat dua.

"Okey, terima kasih." Ujar Aira tersenyum.

"Hm.." Balas Ariff sepatah dah berjalan masuk ke biliknya.

Hilang sahaja figura Ariff dari pandangannya, Aira menutup perlahan pintu bilik. Lampu bilik dibuka. Alangkah terkejutnya Aira melihat keluasan dan kecantikan bilik itu.

"Ini bilik ke istana?" Soal Aira seorang diri dan berjalan menuju katil. Perlahan sahaja Aira melabuh punggung diatas birai katil yang empuk itu.

"Selesanya.. berapa lama agaknya aku nak duduk sini?.." Soal Aira perlahan. Segan pula dia apabila menumpang di rumah orang.

Aira mula buntu akal. Macam mana dia boleh angguk macam tu aje ikut Ariff balik rumah mak dia?

"Haih..." Aira mengeluh perlahan. Tangannya mula membuka tudung sarung yang dipakai.

"Now.. nak buat apa? Solat, tak boleh. Kalau mandi... Nak rembat baju siapa?" Soal Aira seorang diri. Aira mula baring diatas katil itu, matanya memandang siling.

Ikatan rambutnya dibuka. Lama selepas ia tenung siling, tanpa ia sedar ia sudah tidur dibuai mimpi.

☜⁠ ☞

Pagi yang indah, pintu pun diketuk.

Tok! Tok!

"Allahuakbar... Ehem, ehem.. kejap." Kata Aira sambil tangan mengambil tudung untuk dipakai.

Tudung disarungkan dikepala dan laju Aira berlari membuka pintu. Makhluk pertama yang muncul dikornea matanya ialah, puan Zulaikha.

"Lama dah ke bangun?" Soal puan Zulaikha.

"Da-dah, makcik. Ehh.. mummy.." Balas Aira tergagap-gagap. Puan Zulaikha hanya tersenyum.

"Nah, pakai dulu baju ni. Nanti ikut Ariff pergi beli baju." Ujar puan Zulaikha sambil tangan menghulurkan sepasang baju.

Aira pula apa lagi? Dengan pantas Aira menggeleng.

"Kenapa?" Soal puan Zulaikha apabila Aira menolak pemberiannya.

"Tak pelah, mummy. Susah-susah aje.. " Kata Aira perlahan, segan dengan layanan baik puan Zulaikha itu.

"Tak pelah, tak susah pun. Mummy okay aje kalau Aira nak duduk sini." Kata puan Zulaikha sambil menghulur kembali baju itu. Aira membalasnya dengan gelengan.

"Aira dah berbesar hati dah mummy bagi Aira tumpang dekat sini. Lagi pun.. Aira ingat nanti petang nak balik dah." Kata Aira menafikannya. Padahal fikir masa depan pun tak lagi.

"Awalnya. Rumah ni sentiasa terbuka. Aira jangan segan nak cerita apa-apa masalah Aira dekat mummy, mummy okay je. Okay?"  Kata puan Zulaikha. Air mata Aira mula bertakung di kelopak matanya.

Puan Zulaikha sedar akan keperitan yang dialami Aira. Yelah sebab Afaf cerita. Puan Zulaikha menarik lembut tubuh kecil Aira masuk kedalam pelukannya. Aira mula melepaskan tangisannya dibahu puan Zulaikha.

☜⁠ ☞

"Macam mana?" Soal Ariff yang berada diruang tamu apabila melihat figura ibunya mula turun dari anak tangga.

"Dia tengah siap. Afaf pergi dah ke?" Soal puan Zulaikha. Angguk sahaja jawapan daripada Ariff sambil tangan mencelup bekas cookies buatan mummynya.

Ralit Ariff melihat televisyen, seseorang mula menyapa ditelinganya.

"Pst.. awak.." Panggil Aira perlahan. Terhinjut bahu Ariff dibuatnya, nasib tak terbang je bekas cookies tu.

"Apa?" Soal Ariff sambil memalingkan mukanya mengarah kearah Aira.

"Saya nak-"

"Dah turun pun awek muda ni." Sakat puan Zulaikha. Kali ni Aira pula yang terhinjut bahu, nasib tak melatah.

"Mum-mum.. mummy... Hehehe.." Aira ketawa kecil sambil memandang wajah puan Zulaikha. Puan Zulaikha tersenyum.

"Masyaallah, cantiknya.." Kata puan Zulaikha lagi sambil memegang rapi bahu Afaf. Afaf hanya tersenyum malu.

"Dah, dah.. pergi cepat." Arah puan Zulaikha sambil menolak lembut tubuh kecil Aira. Tubuh Aira hanya mengikuti tolakan puan Zulaikha itu.

Ariff bangun berjalan mengambil kunci keretanya dan berjalan keluar. Tidak lupa juga dengan tangan ibunya dikucup, begitu juga dengan Aira yang turut menyalami tangan puan Zulaikha.

"Bye.." puan Zulaikha melambai-lambai tangan, Aira turut membalas lambaian itu. Puan Zulaikha hanya melihat sambil tersenyum kereta Honda itu sehinggalah hilang dari pandangannya.

"Haih.. bila nak set tarikh ehh?" Soal puan Zulaikha seorang diri. Wajahnya tidak berhenti senyum bahagia sambil berjalan masuk kedalam rumah...

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now