Tengku Seducer: 2

Start from the beginning
                                    

Ian yang baru selesai membersihkan diri, menyarung t-shirt putih dipadankan dengan jaket kulit hitam mula mengorak langkah ke arah 'Black' kesayangannya.

"Hasta la vista, Black baby." ujar Adrian. Dia bercakap sendirian dengan motosikal Ducati miliknya.

"Ian! Kau nak pergi mana?" tegur satu suara di belakangnya.

Tengku Dilan.

Dia memutarkan bebola mata. Tak kasi chance langsung nak bermesra dengan Black.

"Bila kau sampai?"

"Tadi. Aku ingat nak ajak kau keluar. Jomlah lepak." ajak Tengku Dilan.

Adrian menghampiri rakan karibnya itu dan mengepit kepalanya bawah ketiak. Persis perbuatan 'headlock'.

"Woi! Sakit sakit!" Dilan menepuk tangan Adrian.

"Eh bahalol, disebabkan kau lah aku tak boleh nak lepak cuti-cuti ini. Aku kena keluar sebab awek kau itu tak boleh berenggang dengan kau sikit."

Dilan mendongakkan kepala memandang Adrian memandangkan kedudukannya yang membongkok sekarang ini.

"Handsome juga kau kalau pandang dari bawah ini, Ian," puji Dilan secara tiba-tiba.

Adrian melepaskan cengkamannya dan berundur ke belakang. Dia menayangkan riak jijik.

"Sebelum aku belasah kau, baik kau senyap," amaran diberikan. Sarung tangan hitam dipakai bersedia untuk menunggang Ducati.

"Aku ini majikan kau tau, Ian. Kau kena hormat aku. Apa aku suruh, kau kena buat. Tugas kau untuk lindungi aku. Nanti kalau kau susah, aku pula yang tolong. Kan kan?"

"Banyaklah kau. Setakat ini kerja aku asyik lindungi kau daripada perempuan-perempuan seram dekat luar sana itu. Aku susah mana ada kau tolong. Aku buat sepah, aku kemas sendiri. Kau buat sepah, aku yang kena kemas. Kawan jenis apa kau ini?" perli Adrian.

"Kali ini kau jumpa siapa? Sarah? Yasmin? Lili? Ke Jenab?" Dilan melabuhkan sikunya di atas cermin sisi 'Black' kesayangan sahabatnya.

Adrian menolak lembut kepala Tengku Dilan. "Apa kau ini bengap sangat? Awek keliling pinggang, tapi satu pun kau tak pandai jaga. Semua nama kau sebut itu tak tersenarai pun."

Tengku Dilan tersengih nakal. "Dah itu? Siapa lagi?"

"Natasya. Aku dah muak dengan dia. Dia punya menggatal lagi teruk daripada aku. Nafsu dia bukan level biasa-biasa, level kuda."

Dia menggeliat membayangkan cara wanita itu menggodanya.

"Muka handsome macam ini Ian, siapa yang taknak terkam? Aku pun nak," ujarnya dengan sengaja. Dagu Adrian diusap lembut. Dilan terhibur melihat wajah tegang kawannya.

"Kau jangan jadi kunyit kejap lagi aku tibai bersepai," marah Adrian.

"Tapi aku peliklah. Sepanjang kau menyamar jadi aku, tak akanlah tak ada yang sangkut? Punyalah lawa semua yang aku pilih."

"Aku tak suka benda yang mudah. Semua perempuan pilihan kau itu, aku layan sikit terus diorang secara sukarela serahkan diri dekat aku. Nasib baik aku ini lelaki yang penuh dengan iman." Dia mendabik dada.

"Halah. Selagi kau belum berpunya, aku boleh manfaatkan rupa paras kau untuk goda perempuan-perempuan itu dan mulut pedas kau untuk singkirkan diorang dengan mudah." Dilan senyum senget.

Adrian mengeluh panjang. Lain yang orang cakap, lain yang masuk dalam kepala otak Dilan itu.

Satu perkara yang tidak dapat difahami sampai sekarang, Tengku Dilan sememangnya suka mendekati ramai perempuan melalui media sosial atau jarak jauh sahaja. Tidak kira status, umur dan pangkat, semua dia akan bedal. Cuma, tiada seorang pun yang dia ambil serius. Dia pandai menjaga identitinya.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now