"Nah, ibu saya ada buatkan cookies." Kata Afaf sambil tangan menghulurkan sebutir plastik kepadanya. Terpegun Afaf melihat rambut lurus Aira itu.

"Ehh, tak pelah. Susah-susah je.." Ujar Aira tersipu malu.

"Susah apanye? Senang je." Balas Afaf dan tersenyum.

"Memang la senang dah mummy yang buatkan HOHO."

Kata Afaf didalam hati sambil tersenyum memandang Aira.

"Terima kasih.." Balas Aira perlahan sambil tangan mengambil plastik yang dihulur Afaf.

"Nanti bagi comment tau!" Ujar Afaf dan berlari keluar dari rumah tersebut.

Aira tersenyum gembira menerima pemberian dari orang. Aira mula mengatur langkah berjalan menuju kedapur.

"Mak Lin!" Panggil Aira sambil berlari mendapatkan mak Lin dihalaman belakang rumah.

"Ya Allah, Aira. Berapa kali nak pesan? Jangan lari nanti jatuh." Pesan mak Lin penuh kerisauan.

"Hehe. Ni! Parents Afaf bagi cookies!" Ujar Aira tersenyum menayangkan lesung pipitnya yang cumil itu.
Author pun nak lesung pipit ༎ຶ⁠‿⁠༎ຶ..

"Alhamdulillah. Rezeki kamu bakal mertua bagi." Kata mak Lin dengan maksud tertentu.

"Huh? Afaf tu perempuan kan?" Soal Aira pula penuh kebingungan. Mak Lin hanya membalasnya dengan senyuman.

Aira mula menggaru kepala yang tidak gatal.

"Bakal mertua apa ni?"

Soal Aira didalam hati seorang diri. Aira yang seronok bersembang rancak dengan mak Lin tanpa sedar waktu sudah semakin malam.

Ralit Aira bersembang sehingga satu jeritan memanggil namanya.

"Nur Miesyaira Huda!" Bentak datin Milla bersama Ira dibelakangnya.

"Ye-ye, ibu?" Soal Aira dan bangun berdiri menghadap ibunya, begitu juga dengan mak Lin yang terkejut dengan jeritan tadi dan juga turut bangun berdiri.

Afaf mendengar suara datin Milla menjerit, dengan laju kakinya berjalan menuju kearah pintu rumah.

"Kau keluar dengan lelaki ke?" Soal datin Milla tegas.

"Huh? Mana ada, Aira duduk dalam rumah je harini." Balas Aira dengan jujur tanpa menipu walau sedikit.

"Aku tak tanya harini. Aku tanya ada tak?" Soal datin Milla lagi sekali.

"Aira tak keluar pun dengan lelaki." Balas Aira dengan jantung yang semakin laju.

"Hei perempuan!" Panggil datin Milla kasar dan berjalan menuju kearahnya.

"Kau bukan sehari dua duduk dengan aku. 18 tahun aku besarkan kau, kau ingat sesenang tu aku nak percaya kau?" Soal datin Milla dengan berdiri tepat berhadapan dengan Aira.

"Apa maksud ibu? Aira tak faham." Soal Aira tidak faham dengan apa yang ingin difitnah orang tua itu.

"Kelmarin kau pergi mana?" Soal datin Milla lagi.

"Pergi mall, beli buku." Balas Aira.

"Dengan siapa? Huh!?" Soal datin Milla, kasar dan kuat! Aira mengepal tangan membentuk buku lima, kerana ia tahu, ini pasti berpunca dari kakaknya.

"Aira keluar dengan Afaf, pembantu baru kita." Balas Aira.

Afaf mendengar sahaja percakapan mereka satu persatu sehinggalah namanya dipetik.

"Aduh.. nak call abang tak ni..? Takut lah.."

Soal Afaf didalam hati sambil tangan memegang telefon.

"Ouh.. Dengan budak baru tu ke?" Soal datin Milla dan berjalan mendekati Aira.

Pak!

Satu tamparan yang kuat lekat dimuka Aira sehingga jatuh tersungkur Aira dilantai.

"Aku tak bodoh Aira! Budak macam kau nak menipu aku?" Fitnah datin Milla selamba. Ira sudah tentu tersenyum bahagia melihat adiknya menangis akibat tamparan ibunya.

Ralit Ira memerhati adegan kasar itu, satu lembaga laju berlari disebelahnya.

"Stop it, Please!" Arah Afaf dan merentap kasar tangan datin Milla dari terus menarik rambut perempuan itu. Datin Milla tergenjak beberapa tapak kebelakang.

"Wah, kau tak sedar ke kau tu siapa, huh?" Soal Ira sambil tangan memeluk tubuh dibelakang ibunya. Ira tersenyum menyenget.

"Of course, I know.." Balas Afaf sambil menjeling tajam wajah nenek kebayan itu.

"Aku ambil kau kerja bukan untuk ni!" Kata datin Milla. Lalu...

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now