Bahagian 8

7.3K 53 7
                                    

Sudah berapa lama aku baring. Tidak ku pasti. Bunyi pintu dibuka dan tutup, sudah banyak kali ku dengar.

“ Terima kasih, Rina. Jumpa lagi.”

Aku kenal suara itu. Suara yang sering meminta maaf ketika mendayung diriku.

“Terima kasih jugak bang. Jumpa lagi.”

Ini pertama kali aku mendengar ucapan terima kasih dari pelanggan. Jadi, aku membalas dengan penuh hormat.

Setelah pintu van ditutup, aku pun menghela nafas panjang. Adakah hari panjang ini sudah tamat?

“Rina. Hari ini kerja dah settle.”

Suara Abang Amir memberitahu. Aku menanggalkan penutup mata.

Aku bangun dan ambil bag galas. Tuala, baju tambahan, dan tudung. Aku bawa keluar untuk ditukar.

“Hari ini, nak abang hantar mana?”

Aku yang sedang membersihkan tubuh dengan tuala, memandang Abang Amir.

“Hantar Rina dekat hospital bang.”

Aku dapat lihat senyuman pahit dari Abang Amir. Dan aku faham apa yang bermain di fikirannya.

“Boleh ke bang?”

“Boleh Rina. Rina tak penat ke?”

Soalan Abang Amir tidak aku jawab. Penat atau tidak, itu semua letak tepi.

Selepas beberapa minit, aku tiba dihadapan hospital. Pakaian aku pula adalah pakaian seragam jururawat. Kerana aku adalah pekerja di Hospital Kristal Cahaya.

Van Kristal Cahaya Cerita SatuWhere stories live. Discover now