Prolog

29 4 1
                                    

"Maya." suara seseorang menyahut nama gadis itu. Nama gadis itu ialah Maya. Maya yang bermaksud berseri dan jernih. Sama seperti tuan badan.

"Ye abah?" jawab Maya dengan memandang muka abah yang penuh senyuman.

"Abah ada benda nak bincang dengan Maya." abahnya melabuhkan punggung dengan sopan disamping Maya dan memegang erat tangan anak bongsunya.

"Apa dia tu abah? Macam serius je." tanya Maya kepada abahnya. Senyuman yang tadi masih tetap terukir di bibir abahnya.

"Tak adalah, mana ada serius. Abah cuma nak tanya, Maya macam mana dekat U? Semua okey? Cafe kamu pula macam mana? Banyak rugi ke banyak untung?"

"Alhamdulillah abah, U semua okey je macam biasa ,Cafe Impian tu pun alhamdulillah juga nonstop customer datang ,bulan ni banyak untung. Kenapa abah tiba-tiba tanya? Ada sesuatu ke?" soal Maya dengan menutup komputer riba dan meletakkan gajet itu disampingnya.

"Tak adalah ,abah cuma kesian dekat anak abah sorang ni ,abah tengok muka kamu macam penat sangat aje ,dengan assignment kamu lagi ,kerja dekat cafe lagi ,kenapa Maya tak ambik cuti untuk rehat buat sementara? " abah membelai rambut Maya dengan lembut. Tersenyum terus Maya dibuatnya kerana abah turut risau keatas anak bongsu nya.

"Ish abah ni ,Maya tak penat pun lah ,dekat cafe tu memang customer nonstop keluar masuk ,tapi Maya tak penat sangat sebab kalau setakat buat air ,Maya boleh buat 50 cawan air kopi dalam 25 minit tau! Pasal U pula ,assignment dengan projek memang ada yang kena buat tapi group Maya faham dengan keadaan Maya ,jadi mereka bagi Maya kerja yang senang-senang aje ,yang lain mereka uruskan." panjang lebar Maya menceritakan tentang rutin harian nya kepada abah. Dia cuma tak mahu abahnya risaukan dia.

"Baguslah kalau macam tu ,belajar pandai-pandai ya anak abah. Abah harap satu hari nanti Maya seorang yang berjaya ,dapat suami yang soleh ,yang pandai sara anak bini ,handsome.. Maya kan suka lelaki yang handsome-handsome ni? Lagi-lagi lelaki yang ada lesung pipit kan?" abah tertawa kecil apabila mengingat semula semua kisah yang Maya ceritakan kepadanya apabila mempunyai orang yang disukai.

"Hehe ,nampaknya abah dah kenal sangat dengan anak bongsu abah ni. Terima kasih abah atas semua doa tu ,Maya akan cuba buat abah bangga. Maya dengan kawan-kawan yang lain pun dah berjanji sama-sama untuk naik pentas akhir tahun dengan perasaan yang penuh kegembiraan." Maya mengelus lembut tangan Encik Mazlan dan senyum manis kepada abahnya.

"Bagus anak abah sorang ni. Selalu dengar cakap abah." tersengih-sengih Maya bila dipuji abahnya.

"Kalau dah tak ada apa ,abah pergi dulu lah ,jaga diri elok-elok ye ,jangan nak rapat sangat dengan kawan lelaki kamu tu ,kalau dia ajak pergi mana-mana tempat ,jangan ikut dia ,kalau penting sangat ,bagitau abah dulu ,jaga pemakanan kamu tu juga ,jangan nak diet sangat ,kamu tu dah kurus dah pun," pesan wajib abah sebelum bertolak ke tempat kerja. Maya dan abahnya bangun dari bangku dan berjalan ke luar rumah.

"Ye baik abah ,abah pun sama ,jangan nak gatal sangat nak kawen lain kalau nampak mana-mana makcik cun." Maya pula memberi pesan penting. Abah tertawa mendengar pesanan Maya. Tergeleng-geleng kepala abahnya mendengar pesanan anak bongsu dia.

"Yelah sayang, abah pergi dulu ,assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Maya menyapa tangan abah dan melemparkan senyuman kepada abah. Abah masuk ke dalam kereta ,hidupkan enjin kereta dan mula menukar gear. Maya cuma melambai tangan dan senyum manis kepada abah.

Setelah kereta abah Maya lenyap dari pandangan Maya ,Maya terus masuk ke dalam rumah dan baring di atas sofa yang empuk itu.

Maya cuba meraba di atas meja bersebelahan sofa itu untuk mencari dimana Iphone dia berada ,apabila dia merasa satu telefon bimbit sudah dia capai terus Maya bawaknya ke dada ,baru sahaja Maya ingin membuka telefon bimbit itu baru Maya sedar. Ini telefon bimbit abah! Macam mana abah boleh tertinggal pulak ni? Maya melihat satu notifikasi yang timbul di lock screen abah.

Jika Memang Berjodoh (OG)Where stories live. Discover now