"Mana bapak budak tu?" Raqib bangun lalu bersila sambil menjeling ke arah Angel.

"Along dah pergi kerja. Lagipun memang hari-hari aku yang hantar Haikal pergi sekolah, sebab sekali jalan. Tapi harini aku ada meeting dekat tempat lain jadinya memang tak sempat."

"Suruhlah ibu."

"Ibu dengan ayah dah keluar. Ok bye! Gerak lu, pape roger." Dengan sekelip mata Angel menghilang dari bilik itu.

"Arghhh malas siot." Raqib menghempas semula badannya ke atas tilam.


Selesai mandi Raqib turun menuju ke dapur.

Susuk budak lelaki yang sedang menikmati roti bakar menghiasi pandangan Raqib.

Mata mereka bertentangan buat seketika. Budak lelaki tadi menyengetkan kepalanya, seolah-olah sedang mengecam wajah lelaki di hadapannya sekarang.

"Pak ngah!" Jerit budak itu setelah berjaya mengecam wajah pakcik sedaranya.

"Alolo bucuk bucuk pak ngah ni" Raqib terus menggendong tubuh Haikal apabila tubuh itu menerpa ke arahnya.

"Semalam pak ngah balik, Haikal takde pun? Pergi mana?"

"Semalam mama ambil Haikal, jadi Haikal tak dapat jemput pakngah dekat airport. Sorry, pak ngah" Haikal mengucup pipi kiri Raqib.

"Amboi dah pandai dia, it's okay pak ngah maafkan untuk kalini. Ni dah habis makan belum?"

"Dah!"

"Ok, jom kita pergi sekolah." Raqib menurunkan haikal lalu memimpinnya.

"Jom!!"


Zara bergegas keluar dari kereta. Macam mana boleh terlewat pun dia tak tahu. Sudahlah hari ini merupakan hari pertamanya, habislah rekod disiplin terjejas nanti.

Tanpa berlengah, Zara pergi ke pejabat sekolah untuk melaporkan diri. Hampir setengah jam, akhirnya Zara keluar dari pejabat.

Dia diminta untuk bertugas menjaga pintu pagar sekolah selama seminggu bagi menggantikan cikgu bertugas yang terpaksa mengambil cuti kecemasan.

Tidak henti Zara memberikan senyuman buat pelajar dan juga ibu bapa penjaga yang menghantar anaknya sehingga ke depan pagar. Dia juga mendapat pandangan pelik dari mereka, mungkin kerana dia berwajah baru di sekolah tersebut.

Sedang asik Zara bersalaman dengan murid, matanya terpandang satu sosok lelaki yang sedang membuka pintu kereta di sebelah penumpang.

Dia kenal wajah itu! Jantungnya berdegup laju, tubuhnya makin aktif mengeluarkan peluh.

Melihatkan susuk itu semakin menghampiri, dengan kelam-kabut Zara memusingkan tubuhnya ke arah lain sambil memejamkan mata.

"Eh cikgu, ok tak ni?" Cikgu yang sama-sama bertugas dengannya memandang hairan tingkah laku Zara.

"Saya rasa saya perlu ke tandas lah, saya pergi dulu ya, cikgu Mawar?" Belum sempat Zara melangkah, terasa baju kurungnya ditarik perlahan.

"Cikgu, salam?" Mendengarkan suara cilik itu tanpa sengaja Zara memusingkan tubuhnya.

Pandangan Zara bertembung dengan lelaki itu.

"Eh you? Hai!" Terkejut Raqib melihat sosok perempuan yang bertembung dengannya di cafe semalam.

"Tak sangka jumpa lagi harini, jodoh agaknya." Raqib tersengih.

"Pak ngah kenal cikgu ni? Haikal tak kenal pun? Nama cikgu ni, cikgu Yu ke?" Haikal memandang wajah cikgu yang belum pernah dilihatnya, mungkin cikgu baru.

"Haikal pergi perhimpunan dulu ya sayang? Nanti lambat, kawan-kawan dah  tunggu tu." Cikgu Mawar membongkokkan sedikit badannya untuk berinteraksi dengan Haikal yang tinggi hanya separas pinggangnya.

"Baik cikgu Mawar. Da-da, pak ngah! Drive careful okay?"

"Bye sayang, I'll"

Ingatkan dah berbye bye anak beranak, berganjaklah jugak lelaki di hadapannya ni, tapi fikiran Zara meleset.

Wajahnya masih direnung lekat oleh jejaka itu.

"Dah pukul 8 ni. Marilah kita masuk, cikgu Zara." Cikgu mawar memecahkan kesunyian.

"Ha ye marilah." Baru sahaja ingin beranjak pergi.

"Cikgu Zara, can we talk?" Suara itu menghalang pergerakan dua orang cikgu tadi.

Cikgu Mawar pusing kebelakang, melihat penjaga yang menghantar Haikal tadi.

Zara melihat cikgu Mawar, ingin meminta pertolongan. Tetapi pandangan Zara disalah-ertikan oleh cikgu tersebut.

"Ha kalau macam tu saya pergi dulu lah. Jangan lama sangat ya cikgu, nanti boleh jadi fitnah." Lalu cikgu Mawar berlalu.

Zara mengeluh perlahan.

 Berhenti MencintaiWo Geschichten leben. Entdecke jetzt