"Ira!" Jerit Aira dan berjalan ingin mendapatkan Ira yang sudah berjalan jauh darinya.

"Kau nak ke mana, huh?" Soal Haikal sambil menarik siku Aira. Aira yang merasakan sentuhan itu cepat - cepat meronta untuk dilepaskan.

"Lepaslah!" Jerit Aira bersama tangisannya.

Haikal tersenyum melihat Aira.

"Dont cry, baby. I takkan apa - apakan you.." Ujar Haikal perlahan.

Aira masih meronta untuk terlepas dari genggaman Haikal sehinggalah satu tangan menarik tangan Haikal.

"Kau buat apa ni?" Soal Ariff tegas sambil menarik tangan Haikal untuk melepaskan Aira.

Terlepas sahaja genggaman Haikal dari siku Aira, Aira cepat - cepat lari kebelakang Ariff.

Ariff melihat Aira menangis dibelakangnya dan kembali memandang Haikal dengan tatapan tajam.

Kolar baju Haikal ditarik.

"Ma- maaf tuan Ariff!" Kata Haikal, kuat.

Idham yang mendengar nama Ariff, cepat - cepat berlari kearah suara itu. Ira ditinggalkan.

"Tu-tuan buat apa dekat sini?" Soal Idham sampai sahaja ditempat dia meninggalkan anak buahnya tadi.

"Ni budak kau kan?" Soal Ariff sambil memandang tajam wajah Idham.

"Ye." Balas Idham sepatah dan melihat Ariff yang sedang menggenggam kolar baju Haikal.

Ariff melepaskan kolar baju Haikal dan berjalan kearah Idham.

Buk!

Satu tumbukan hinggap dimuka Idham.

Ira yang melihat Idham ditumbuk itu cepat-cepat berlari menuju ke arahnya.

"Idham!" Jerit Ira dan melutut memegang Idham yang jatuh tersungkur diatas tanah.

Orang-orang disitu lari meninggalkan tempat itu apabila melihat adegan tumbukan berlaku.

"Kau kalau tak reti nak jaga budak, jangan ambil!" Jerkah Ariff kepada Idham. Idham hanya mendiam sambil tangan memegang pipi yang ditumbuk.

Ariff memalingkan badannya kearah Haikal dan menumbuk pipinya sehingga jatuh ke lantai.

"Kau lagi satu. Jangan suka hati nenek kau je nak pegang - pegang anak orang! Dia aku punya!" Jerit Ariff kepada Haikal dan Haikal mengangguk faham.

"Ma- maaf tuan.." Ujar Haikal perlahan sambil melutut dihadapan Ariff.

"Blah!" Arah Ariff apabila teringat akan si Aira yang sedang menangis disitu.

Haikal bangun berdiri dan berlari pergi dari situ, begitu juga dengan Ira dan Idham.

"Huh.." Ariff mengeluh sambil tangan naik menarik rambut kebelakang. Aira yang sudah berhenti menangis itu diperhati sejenak.

"Kau okey tak?" Soal Ariff setelah lama melihat wajah Aira.

Aira mengangguk dan memerhati wajah tampan milik Ariff.

"Terima kasih. Kalau awak takde, tak tahu lah apa jadi.." Ujar Aira perlahan. Satu senyuman dilontarkan kepada Ariff.

Ariff hanya mengangguk dan jam Rolex ditangan diperhati.

"Dah lewat ni. Pergi balik." Arah Ariff dan Aira mengangguk lagi. Aira berjalan pergi ke arah tempat dia meletakkan motor tadi.

Aira membeku seketika.

"Aku rasa aku parking dekat sini tadi.." Kata Aira seorang diri. Lama selepas dia membeku, sebuah kereta memicit hon kepadanya.

Pin! Pin!

"Kenapa?" Soal Aira apabila melihat kelibat Ariff didalam kereta tersebut.

"Nak aku hantar balik tak?" Soal Ariff pula.

"Takpe, saya boleh balik sendiri." Ujar Aira menafikannya.

"Kau nak balik naik apa?" Soal Ariff sekali lagi. Aira mendiam.

Ariff menggeleng kepala.

"Kau ada dua pilihan sama ada aku hantar balik atau tidur dekat klub ni." Ujar Ariff sambil memerhatikan Aira yang sedang tersenyum kearah nya.

Aira memerhati sekeliling dan melihat ke kawasan klub tadi.

"Ish, seram.."

Bisik Aira didalam hati.

Aira memalingkan badannya menghadap kearah Ariff. Laju kaki Aira berlari anak masuk ke dalam perut kereta Honda milik Ariff. Ariff hanya menggeleng.

"Tadi tak nak." Sakat Ariff. Aira hanya tersenyum.

"Apa?" Soal Aira apabila baru perasan yang Ariff sedang memerhatikannya dari tadi.

"Tunjuk lah jalan. Tak kan nak tidur rumah aku pula? Haish.." Ujar Ariff bersama keluhan.

"Ouh. Hehe. Rumah saya dekat..."

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now