Prolog

27 7 1
                                    

"Kamu boleh rasa?" Soal doktor sambil memicit jariku dengan kuat. Aku hanya menggeleng menandakan tidak. Semakin aku menginjak dewasa, satu demi satu deriaku hilang termasuklah deria rasa, pendengaran dan sakit. Ada masanya aku rasa ini bukan lagi tubuh aku.

"Akhir-akhir ni dia dah tak banyak cakap. Suaranya pun akan hilang ke?" Soal mama resah.

"Haih... Ia virus yang sukar dikesan dan ia di luar jangkaan kami akan ada seseorang yang menghidap penyakit ni di negara ni. Hmm... Puan dan tuan ada bercuti di luar negara sebelum ni? Dia mungkin berjangkit dari seseorang yang melawat negara yang berkemungkinan dalam wabak ni atau daripada tempat yang dikunjunginya," balasnya dan menulis sesuatu di kertasnya. Mama dan papa hanya menerangkan secara jujur kepada doktor dan aku tak dapat fokus tentang mereka.

Aku melihat tanganku dan aku melihatnya seolah patung. Sedang aku seronok bermain permainan video bersama kawan-kawanku tiba-tiba saja ia tak berfungsi dan aku tak dapat mengawalnya. Hampir setiap minggu aku akan ke hospital, tapi setiap kali diperiksa aku hanya dikatakan menghidap polio. Ia agak mengejutkan mereka memandangkan aku telahpun mendapatkan vaksin untuk virus tu namun penyakit ni masih aktif menyerang.

Selesai sahaja urusan kami, aku dibawa pulang. Aku hanya senyap sepanjang perjalanan pulang. Mama dan papa resah melihatku yang senyap tidak bersuara. Mereka cuba bercerita tentang kawanku yang risau tentangku dan tak sabar untuk berjumpa denganku tapi aku tak yakin... Adakah mereka masih nak berkawan dengan aku yang seolah patung?

"Red... Kamu nak ais krim? Kamu suka perisa coklat kan? Mama akan berhenti dan beli untuk kamu nanti. Macam mana?" soal mama memandangku di belakang. Aku hanya senyap tidak berbunyi.

"Kamu tak mahu? Macam mana dengan kentang putar?" Soal mama lagi membuatkan aku mengetap bibirku.

"Ma... Pa... Saya dah tak boleh rasa apa-apa lagi... Termasuk makanan. Saya dah tak dapat rasa lagi manis coklat atau aiskrim. Semua tu rasa kosong. Saya akan mati ke?" Soalku sambil menangis. Papa terus menekan brek terkejut.

"Red?" Mama terkejut dan memandangku yang mula menangis. Aku tak dapat menutup mahupun mengusap air mataku kerana tanganku tak berfungsi. Melihatku yang tersedu sedan terus membuatkan mama keluar dari kereta dan duduk di belakang bersamaku.

"Kenapa tak beritahu mama dan papa? Maafkan mama... Mama tak tahu..." Ujarnya sambil memelukku erat.

"Ma... Saya akan mati ke? Saya takut," ujarku dan mama terus memujukku.

"Tak... Jangan cakap macam tu. Anak mama kan kuat. Lihat mama... Red... Lihat mama," ujar mama lalu memegang pipiku untuk memandangnya.

"Kamu anak mama yang sangat kuat. Kamu akan sembuh dan hidup macam orang lain... Ok? Mama janji," kata mama cuba menenangkanku dan aku mengangguk walaupun aku tak tahu bila perkara ini akan berakhir.

Mama memelukku erat sehingga aku tertidur. Setibanya di rumah, papa mengangkatku masuk ke dalam rumah dan terus membaringkanku ke bilikku. Aku dalam keadaan separa sedar dan kepenatan kerana menangis. Mama dan papa menjagaku dengan sempurna. Mereka menungguku selama 16 tahun selepas perkahwinan mereka.

Mereka sendiri tak tahu di mana silapnya dalam penjagaan mereka sehingga aku menghidap penyakit begini. Tiada siapa yang rasa lebih bersalah lebih daripada aku yang terpaksa membuatkan mereka risau denganku setiap hari.

Ia menjadi lebih teruk bila aku tak dapat menggunakan kakiku secara tiba-tiba pada satu hari. Banyak rawatan dan pemeriksaan dari doktor untuk aku kembali pulih. Walaupun banyak duit ditaburkan dan masa dihabiskan untukku, mereka hanya menemui jalan buntu. Akhirnya, aku berputus asa. Aku tak mahu lagi menjalani rawatan walaupun dipujuk. Aku tak dapat teruskan selepas melihat mama dan papa semakin kurus kerana risaukan aku.

Dunia ini bukan lagi untukku. Aku menolak mereka berkali-kali sehingga tubuhku tidak lagi dapat berfungsi sepenuhnya dan aku menjadi strok seluruh badanku. Rawatan sudah tidak lagi berjaya untukku dan aku tak dapat lagi memberontak seperti sebelum ini pada mereka. Aku tak tahu jika keadaanku yang hanya senyap dan tidak bergerak ini lebih memudahkan atau lebih menyusahkan mereka. Aku sememangnya tak suka keadaan aku yang membebankan mereka begini.

Namun kasih sayang mereka kepadaku tidak berpenghujung. Setiap negara mereka akan lawat untuk mencari penawar dan keadaan tubuhku lebih teruk dari dijangka. Selain dari penyakit misteri, aku juga mempunyai alergi pada penawar membuatkan penawar yang sepatutnya dapat merawatku turut menjadi racun buatku.

Hidupku sememangnya sudah berakhir aku tak dapat lari atau sembuh dari penyakit ni. Hanya mata yang kabur untuk aku melihat dan pendengaranku yang semakin hilang saja masih berfungsi saat ini. Mama yang selama ini kuat memberiku semangat turut akhirnya menjatuhkan air mata. Papa juga tak dapat untuk katakan apa-apa selain cuba memujuk mama untuk tidak berputus asa. Aku tak dapat lagi bersuara ataupun merasai lagi kehangatan pelukannya. Aku tak dapat merasai apa-apa lagi. Aku tak lagi sempurna.

Redeath : Dunia Mimpi (Slow Update)Where stories live. Discover now