☁️Bab 1 : Jiran Pesara☁️

135 16 0
                                    


Encik Edwin serta beberapa jiran yang lain leka bersembang di beranda rumah. Mulut masing-masing tidak henti-henti berceloteh walaupun tangan ligat mengupas buah mata kucing dan kuaci buat kudap-kudapan di petang itu.

Di antara mereka, Puan Erissa yang paling mencuri perhatian dengan celotehnya yang tidak berkesudahan. Mereka adalah jiran-jiran yang merupakan pesara tentera yang telah pencen sama umur dengan Encik Edwin. Disebabkan majoriti penduduk di kawasan tempat tinggal Encik Edwin adalah pesara, maka mereka berjiran rapat antara satu sama lain. 

Begini la rutin mereka yang sudah melepasi usia bersara. Kalau bukan berkebun, maka duduk beriadah di pangkin rumah antara satu sama lain secara bergilir untuk meluangkan masa lapang atau berkongsi kisah kehidupan.

Samaada pengalaman lama sewaktu berkhidmat sebagai tentera dan pegawai atau kisah anak masing-masing semuanya jadi bahan bualan.

Encik Edwin melakukan kegiatan bermain chess dan dam setiap minggu itu di rumahnya. Buat masa sekarang dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Namun wang dari hasil persaraannya sedikit sebanyak membantu keluarganya menjalani rutin harian tanpa masalah. Buat masa sekarang modalnya masih mencukupi. Namun begitu dia cukup bersyukur kerana anak-anaknya juga rajin menghulur dan memberikan kelengkapan yang diperlukan.

Puan Erissa yang mengusahakan perniagaan kedai roti sejak sepuluh tahun lalu kini bersyukur kerana walaupun suaminya tidak berkhidmat sebagai tentera laut lagi, dia masih ada mata wang pencarian. Dia juga tidak perlu lagi bekerja sebagai cleaner  seperti dahulu. Mujurlah anak-anaknya sekarang sudah besar dan mempunyai kehidupan masing-masing.

Cuma itulah sunyi bila semua sudah tiada dirumah. Tinggal mereka orang tua saja.

             "BAH!!Encik Ryan buat apa tu?"

             "Eh-eh....mak kau hijau!"latah Encik Ryan apabila tiba-tiba disergah dari belakang. Kepalanya pantas menoleh ke belakang. Sekali tu bertentang muka dengan wajah segak tersengih menayang gigi kepadanya. "Isy....dasar budak bertuah!"

              "Azael!Suara tak ada apa tak ada...tiba-tiba sergah orang macam tu!Apa kamu ni!"

Tersengih-sengih Azael Noah apabila ditegur oleh Puan Erissa kerana menyakat Encik Ryan yang menjadi jiran mereka sejak lima tahun lalu.

              "Kamu ni Azael. Kalau balik tak usik aku tak boleh agaknya kan!Hah, ini yang kamu balik ni dah habis exam ke?"bebel Encik Ryan yang berbadan gempal itu.

Azael Noah tersengih-sengih sumbang.

              "Ish....budak ni....apahal pulak balik lagi ni?Exam kan minggu depan?"soal Puan Erissa bingung, padahal baru minggu lepas anaknya itu pulang.

              "Alah...orang balik pun salah. Ya mesti la sebab rindu kat ibu...dah Azael masuk dulu ya...letih la."

Cepat-cepat Azael Noah menghilangkan diri, bimbang disoal lagi dengan ibunya.

                Puan Erissa tidak puas hati. Terus dia mengekori anaknya hingga ke bilik."Kamu ni tiba-tiba balik kenapa?Bukan ke sekarang kamu ada kelas tambahan kat sekolah?Minggu depan nak exam, kan?"

                "Alah....ibu ni, boring la duduk dekat asrama tu.  Dekat rumah pun boleh belajar jugak kan?"jawab Azael Noah berdalih.

               "Hah....kamu jangan nak bagi macam-macam alasan kat ibu ya...kamu fikir ibu tak tau apa yang ada dalam fikiran kamu tu. Dah, esok awal pagi kamu balik asrama.." kata Puan Erissa tegas.

               "Ibu....orang baru aje sampai kut, takkan la dah suruh balik. Biarlah saya tinggal sekejap dekat rumah ni..."remaja berusia 17 tahun itu merengek cuba memujuk ibunya.

52. Pakcik Navy, I Love YouWhere stories live. Discover now