"Ish! Engkau ni memang-" Kata - kata Zafran terhenti apabila satu tumbukan hinggap di pipi sebelah kiri nya.

Buk!

Tergolek jatuh sampai ke tingkat bawah dibuatnya! Tak lah, main - main aje. Sampai dekat lantai aje lah, hehe.

"Heh, Aku dah agak, ini kerja boss korang punya. Dah takde duit sangat ke sampai terpaksa merompak?" Soal Ariff sambil tersenyum.

Terkejut Zafran dibuatnya. Mana tak terkejut nya? Tiba - tiba aje Ariff muncul. Kacau daun betul lah!

Aira tergamam seketika.

"Aw- awak okey? Hey you! Kenapa tiba - tiba aje pukul orang ni!?" Soal Aira apabila melihat seorang lelaki menumbuk perompak tadi.

"Huh? Aku tolong kau kan?" Soalan dibalas soalan. Ariff tidak faham dengan otak perempuan di hadapannya itu.

"Saya tak suruh pun awak tolong, yang awak tiba - tiba aje datang dan tumbuk muka lelaki tu asal?" Soal Aira dengan lantang.

"Ewah - ewah minah ni. Orang dah tolong bukan reti nak terima kasih, ini tak. Boleh tanya pulak asal tolong?" Rungut Ariff sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Zafran pun turut garu kepala.

"Nasib aku tak sempat ambil beg dia tadi, orang gila rupanya!"

Bisik Zafran di dalam hati. Dan tiba - tiba Zafran terfikir sesuatu.

"Baik aku guna kesempatan ni untuk lari kan? Dari kena ngapp dengan Tuan Ariff kejap lagi. Mati aku!"

Bisik Zafran di dalam hati dan ingin mengambil kesempatan.

Baru sahaja mula berdiri dan ingin lari, satu tumbukan hinggap di pipi kanan nya pula. Tadi belah kiri, sekarang belah kanan pula! Hadeh.

"Walau pun tak faham dengan situasi, tapi orang - orang Daniel kena tarik dulu."

Bisik Naufal di dalam hati meski tidak faham dengan apa yang sedang berlaku.

☜☆☞

"Ish, cepat lah sikit jalan tu. Lambat nak mampus. Tinggal kang!" Jerit Kimie kepada Auni yang baru sahaja pulang daripada tandas.

"Dah lah pergi tandas pun kena teman kan, jalan pula lambat. Aku tinggal nanti kut! Si Aira itu pun satu, pandai ajak member lepak, tapi bila member ajak pergi tandas tak nak teman kan pula!"

Bebel Kimie di dalam hati. Kalah mak aku.

"Hehe." Ketawa Auni dan cepat - cepat berlari anak mengejar Kimie yang sudah jauh di hadapan.

"Jalan lambat takpe, tapi kita tak boleh tinggal si Aira tu sorang - sorang. Nanti macam hal pula dia bu-" Kata - kata Kimie terhenti apabila melihat ramai berkumpul di tempat dia meninggalkan Aira tadi.

"Hmm? Ramai - ramai buat apa tu? Ada wayang kulit ke?" Soal Auni.

"Aku tak rasa tu wayang kulit." Balas Kimie beberapa patah. Tidak sedap hati pula rasanya.

"Lepas tu? Takkan Fesyen sh-" Kata - kata Auni terhenti apabila mendengar satu suara jeritan.

"Arkh! Kenapa lah hati aku ni boleh terdetik nak tolong sampah macam kau ni!?" Ujar Ariff dengan kepala digaru seperti orang tidak berotak.

"Mungkin sebab kita ada jodoh?" Balas Aira dengan selamba.

"Huh? Jodoh kepala acik kau!" Jerkah Ariff apabila mendengar perkataan yang tidak masuk akal keluar dari mulut perempuan gila itu.

"Apa? Betul lah. Bibi saya selalu cakap, kalau kita bertemu seseorang tu, mungkin akan terkait suatu hubungan!" Ujar Aira dengan semangat berkobar - kobar dan satu senyuman dilontarkan kearah ariff.

"Aku menyesal sebab tolong kau..." Ujar Ariff dengan tangan kanan meraut wajah.

"Saya cak-" Tidak sempat kata - kata dihabiskan, mulut nya sudah ditutup oleh satu tangan.

Berpeluh dahi Auni dan Kimie melihat Aira sedang berlawan mulut dengan Tuan Ariff.

Ariff terdiam seketika. Laju kelibat seseorang jatuh melutut di hadapannya.

"Ma-maafkan kami Tu-tuan Ariff..." Rayu Kimie sambil melutut dihadapan Ariff. Haa, tau takut.

Ariff tersenyum sinis. Sudah ada rancangannya untuk kenakan orang yang tidak tahu diri seperti perempuan itu. Matanya memandang kearah Aira.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now