"Em.. Aira nak keluar dengan kawan.. Boleh?" Ujar Aira dengan sedikit keberanian.

"Keluar? Pergi mana?" Soal datin Milla sambil mata melihat ke arah mata anak bongsunya.

"Pergi Mall. Dengan Auni." Balas Aira dengan jujur.

"Betul kau nak pergi dengan Auni? Ke dengan jantan?" Soal datin Milla dengan kening diangkat sebelah.

"Ehh, mana ada lah ibu. Betul, Aira nak keluar dengan Auni." Ujar Aira dengan sejujur - jujurnya.

"Bukti?" Soal datin Milla ingin kan kepastian.

"Aku dah agak ibu nak minta bukti. Of course aku dah siapkam bukti."

Bisik Aira di dalam hati dengan tersenyum nipis.

"Ini ibu. Buktinya." Telefon ditangan Aira dibuka lalu Aira mencari nombor seseorang untuk ditelefon.

Tut! Tut!

"Helo? Ha, Aira. kenapa?" Soal Auni dari dalam telefon.

"Ibu aku nak cakap dengan kau kejap." Ujar Aira kepada Auni. Darin Milla hanya memandang.

"Iye, boleh aje." Balas Auni.

Dengar sahaja jawapan dari Auni, terus telefon miliknya diberi kepada datin Milla.

"Macam ni, betul ke kamu nak keluar dengan Aira pergi Mall?" Soal datin Milla apabila sampai sahaja telefon Aira ditangannya.

"Haah, Mak cik. Minggu depan, saya dah nak pindah pergi Selangor.. Sambung belajar dekat sana. Sebab tu saya ajak Aira jumpa untuk kali terakhir" ujar Auni tanpa menipu walau sedikit.

"Hm..." Datin Milla memaling memandang wajah Aira. Muka Aira sudah seperti orang yang sedang memohon dapat kerja aje. Takut.

"Boleh la Mak cik.... Boleh ehh??" Rayu Auni.

Datin Milla berfikir untuk beberapa minit.

"Hmm ye lah. Pergi lah." Ujar datin Milla dengan sedikit tersenyum.

"Yeayyy!" Ujar Aira dan Auni serentak.

"Aipp! Tapi ada syaratnya." Ujar datin Milla.

"Apa syaratnya Ibu?" Soal Aira dengan dahi sedikit berkerut.

"Hmm.. ada lahh.." Balas datin Milla.

Berkerut dahi Aira dibuatnya. Tapi kisah apa? Janji dah dapat izin!

"Okey. Tak pe lah Auni, aku letak dulu. Bye!" Ujar Aira kepada sahabatnya.

Selesai sahaja minta izin kepada ibunya, Aira terus melangkah keluar dari bilik ibunya. Pintu ditutup dengan perlahan. Senyum diukir dengan lebar.

"kenapa ibu baik sangat hari ni ekk? Senyum - senyum pula tu dekat aku?"

Soal Aira di dalam hati. Tapi tak pe, Aira lagi happy kalau macam tu!

Aira melangkah turun ke bawah dan pergi ke meja makan. Ira dipandang sekilas dan Aira berlari anak mendapatkan bibi kesayangannya.

"Mak Lin!" Jerit Aira apabila melihat kelibat Mak Lin di dapur.

"Eh. Jangan lari. Jatuh kang." Ujar Mak Lin dengan badan menghadap kepada Aira yang sedang berlari mendapatkannya. Sampai sahaja Aira di hadapan Mak Lin, Aira tersenyum dengan lebarnya.

"Ibu bagi!" Ujar Aira dengan gembira.

"Pergi mana?" Soal Ira dengan kepala disengetkan sedikit kearah Aira dan Mak Lin.

"Pergi Mall." Ujar Aira sekilas.

"Nak ikut!" Satu senyuman diukir apabila dengar sahaja perkataan Mall.

"Tak payah." Balas Aira beberapa patah dengan mata diangkat ke atas. Kalut aje dia.

"Ish.. Nak ikut juga..." Ujar Ira meleret dengan nada yang sayu.

"Amboi engkau. Sudah lah fitnah orang, nak ikut pula, tak payah." Ujar Aira. Menyampah dengan kakak sewelnya itu.

"Ish. Sampai hati kau!" Ujar Ira dengan mata di angkat ke atas.

"Sampai lah!" Balas Aira sambil Ira dipandang sekilas dan dijeling.

"Hmp! Tak pe kau!" Ujar Ira sambil memalingkan badannya kearah lain sambil mulut dimuncungkan ke hadapan. Ala - ala merajuk gituw.

"Ewah - ewah Mak Lampir ni." Sindir Aira dengan sedikit jelingan.

Mak Lin hanya mampu ketawa setiap kali melihat dua orang ini bergaduh. Macam budak kecil!

"Kenapa gelak pula ni?" Soal Aira.

"Tak de lah. Kelakar aje tengok kamu dengan Ira bila bergaduh." Ujar Mak Lin sambil ketawa kecil.

"Apa - apa aje lah Mak Lin. Janji Aira dapat pergi Ahad ni!" Seru Aira dengan gembira.

Mak Lin tersenyum dan hanya melihat telagat anak majikannya yang sedang menari itu.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now