"Ai- Aira tak tipu ibu... Sumpah demi Allah, dalam gambar tu bukan Aira." Aira masih lagi tidak mengalah dengan bersumpah dan tangan diatas kepala sambil air mata mengalir turun.

"Ehh! Kau tak payah nak tipu aku! Kau ingat aku bodoh macam ayah kau ke huh!?" Soal datin Milla dengan selamba sambil tangan menolak - nolak kepala Aira.

"Arkk..." Aira terduduk diatas lantai kerana tolakkan itu.

"Dah. Ira jangan menangis. Ibu ada sayang..." Pujuk datin Milla sambil ibu jarinya mengusap air mata Ira. Sungguh tidak adil!

Aira hanya mampu mendiamkan diri. Sungguh.. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati apabila difitnah oleh darah daging sendiri.

Kali ini Aira pula yang melangkah pergi dari situ. Aira mata berjurai jatuh di atas lantai.

"Ab-abah... Aira rindu abah..." Soal Aira sambil menangis dipintu biliknya.

☜☆☞

Satu persatu gambar dibeleknya. Ira tersenyum sinis.

"Bagus juga erk gambar - gambar ni. Pandai dia orang ambil, masa aku tengah pegang Idham pula tu." Ujar Ira seorang diri di dalam biliknya.

"Haih. Sorry lah Aira.. Aku takkan buat semua ni kalau ibu tak kacau." Ujar Aira bersama ketawa kecil.

Beberapa jam yang lepas.

"Ishhh. Tak payah la, aku dah cakap jangan ambil gambar macam tu. Takut nanti kantoi lerr." Ujar Ira kepada rakan sekerjanya.

"Alah.. Kau tak payah risau la. Lagi pun dia orang suka dengan hasil gambar aku tau." Ujar Mimi dengan bangganya.

"Ye la tu. Nanti kalau kantoi dengan ibu aku macam mana?" Soal Ira.

"Ckk. Senang aje. Alang - alang muka kau dengan adik kau dah nak sama, apa kata kau guna masa ni untuk gunakan dia sikit?" Ujar Mimi dengan tersenyum nipis.

"Maksud kau.. Nak aku fitnah dia?" Soal Ira masih tidak faham.

"Ye..." Ujar Mimi.

"Hmm.. Boleh juga, tengok la dulu macam mana." Balas Ira acuh tak acuh.

Jam di dinding diperhati sekilas.

"Tak pe lah Ira, aku pergi dulu. Aku nak kena sambung dengan Haikal pula malam ni." Ujar Mimi dan ingin beredar dari situ.

"Amboi kau. Bab duit laju aje." Sindir Ira sambil ketawa kecil.

"Of Course. Zaman sekarang duit aje yang diperlukan." Balas Mimi dan melangkah pergi.

"Ehh, Mimi dah nak balik ke?" Soal datin Milla yang baru sahaja tiba.

"Haah, Mak cik. Malam ni Shif Mimi pula kerja, itu yang kena balik awal." Ujar Mimi terselit sedikit kebohongan.

"Hm, ye lah. Elok - elok bawa motor tu." Ujar datin Milla.

Mimi mengangguk dan membawa motor pergi dari situ.

"Rajin Mimi ni." Ujar datin Milla dan menuju ke sofa yang berada di tengah - tengah ruang tamunya. Telefon Ira dicapai ibunya lalu diberi kepada Ira.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now