Tak lain dan tak bukan, Eliza Eliana.

"Honesty is better than lies. I'm sorry if my existence here makes you uncomfortable but it's not my intention at all though. I just want to visit my family here before I went back to Italy" Eliza menepuk perlahan bahu Tengku Aidan.

"Are you sure this is not your drama? Kau kan suka berdrama dengan aku. Sayang sayang bagai padahal nak tikam belakang aku. Kau bagitau Faiha kan, konon nak kejar lelaki idaman kau dekat Malaysia. Who? Me?"

"I was just joking. I'm not that cheap to let myself be the second option" Eliza memutarkan bebola matanya ke atas.

"Yelah tu, siap menangis peluk along masa nikah dia, tak ke murah tu?" Tengku Adhwa menjeling Eliza dengan ekor matanya.

"I sedihlah masa tu. Tetiba rasa diri ni tak disayangi lagi sebab lelaki yang terhegeh-hegeh dekat I dah nak kahwin. Tapi, I okay je lepas tu" Eliza bermain dengan rambut panjangnya sambil tersengih.

"Drama queen bodoh kau ni. Macam mana along suka kau dulu entah"

"Sebab I pandai masak" Eliza tersenyum bangga.

Terus sahaja Faiha melangkah pergi daripada dapur. Tidak dapat dia menahan rasa sedih dan sakit yang terkurung dalam hati saat itu.

Kakinya melangkah ke tingkat atas dan bilik tidurnya dituju. Air mata tiada yang mengalir. Hatinya cuma rasa kosong. Faiha menghempas tubuhnya di atas katil. Matanya cuba dilelapkan dan berharap apa yang didengarinya hanyalah sebuah mimpi.

Lambat datang pada hari pernikahan?
Pergi Switzerland sehari selepas hari pernikahan?
Hari sepatutnya pergi cuma tiga hari tetapi dilanjutkan ke lima hari?

Teka silang kata yang selama ini hanya dibiarkan kosong oleh Faiha, mula terjawab.

Sayang ke, Tengku Aidan padanya? Sedari tadi mata suaminya ralit memandang Eliza sahaja. Curi-curi pandang.

Bukannya Faiha tidak tahu akan hal itu.

"Faiha...Faiha" Tengku Aidan menggoncangkan tubuh isterinya yang sedang tidur.

Faiha membuka matanya. Apabila Tengku Aidan yang berada di sisinya, Faiha mula membelakangkan suaminya dan mata dipejamkan semula.

"Faiha, dah nak habis waktu asar. Bangun cepat, kita solat sama-sama" Tengku Aidan menarik tubuh kecil isterinya. Dipaksa juga untuk bangun.

"Tahulah, nanti Faiha bangunlah" Faiha menepis tangan Tengku Aidan.

Agaknya syaitan sudah masuk ke dalam tubuh isterinya, bukan main dia menolak ajakan Tengku Aidan. Padah tidur waktu petang.

Laju sahaja Tengku Aidan mengangkat tubuh kecil isterinya dan dibawa masuk ke dalam bilik air.

"Ambil wuduk, sekarang. Aku tunggu" Tengku Aidan meletakkan Faiha di hadapan paip air sambil berpeluk tubuh. Tidak berganjak walau seinci pun.

Faiha mendengus kasar. 'Nak buat baik pula'

Rambut Faiha yang terurai panjang itu diikat hati-hati oleh Tengku Aidan.

"Tepilah, nak ambil wuduk" Faiha menolak sedikit Tengku Aidan.

Tengku Aidan diam dan tidak berkata apa. Diperhatikan isterinya sahaja. Selesai Faiha mengambil wuduk, giliran dia pula.

Tengku Aidan dapat rasakan sesuatu bermain di fikiran Faiha ketika ini. Mana tidaknya, muncung Faiha sudah sedepa.

Tetapi, dibiarkan sahaja kerana ada kewajipan lain yang perlu diutamakan dahulu. Faiha mencium sekilas tangan Tengku Aidan seusai solat asar dan segera bangun daripada duduknya.

"Sayang, kenapa ni?" Tengku Aidan memanggil Faiha lembut.
"Takde apa, penat kot" Faiha menjawabnya malas.

"Duduk depan aku jap. Sini" Tengku Aidan menepuk sejadahnya sambil memandang Faiha.

"Nak turun bawah dah lah" Faiha sudah menyarungkan tudung di kepala.

"Faiha Nadeera. Sini" ucap Tengku Aidan dengan tegas. Jarang sekali Tengku Aidan ingin bertegas dengan isterinya semenjak mereka berbaik sebab dia tahu Faiha mudah terasa.

Faiha duduk bersila berhadapan dengan Tengku Aidan.

Tengku Aidan mencium pipi dan dahi Faiha beberapa kali tanpa henti. Sampaikan Faiha menolak bahu Tengku Aidan dan menjauhkan mukanya daripada ciuman Tengku Aidan.

"Kalau setakat nak kiss je, baik tak payah panggil" Faiha sudah berura-ura untuk bangun semula.

"Faiha, merajuk ke? Sebab apa ni?" Tengku Aidan meliarkan tangannya di pinggang Faiha.

"Tanya diri sendiri" Faiha hanya berpeluk tubuh. Sebab dia tahu, dirinya tidak terdaya untuk menolak tangan sasa milik suaminya apabila sudah dirangkul sebegitu erat.

"Nak aku selawat dekat telinga tak? Biar lari setan semua" Tengku Aidan ketawa kecil. Tudung di kepala Faiha ditanggalkan.

Tengku Aidan mencium rahang hingga ke leher Faiha. Tergeliat Faiha dibuatnya.

Tengku Aidan tahu akan kelemahannya disitu. Faiha cuba menyembunyikan senyumannya.

"Selawat dekat diri sendirilah. Setan dah banyak sangat tu hurung dekat Tengku" Faiha mengelak sedaya yang boleh tetapi lebih banyak ciuman dan gigitan manja daripada suaminya.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant