BAB 28

3.3K 109 1
                                    

TENGKU Aidan dapat rasakan ada ketukan di atas dadanya. Matanya terpisat-pisat untuk dibuka. Dia berdehem seketika.

"Bangunlah Tengku" Faiha bangkit daripada pembaringannya dan duduk di sebelah Tengku Aidan.

"Malaslah" Tengku Aidan menutup mukanya dengan bantal.

"Nak subuh pun malas?" Faiha mencubit lengan dan perut suaminya yang berotot tu.

"Aku period lah hari ni"

Lagi banyak cubitan daripada jari kecil molek milik Faiha.

"Aduh...sayang..sakitlah" Tengku Aidan segera menjauhkan badannya daripada Faiha.

"Main-mainlah lagi cakap macam tu"

"Aku gurau jelah" Tengku Aidan tersenyum manis dan memegang tangan Faiha. Isterinya memberikan jelingan sahaja.

"Tak habis merajuk lagi ke? Penatlah nak pujuk" Tengku Aidan mengesot badannya menghampiri Faiha. Kepalanya diletakkan manja di atas pangkuan isterinya ketika itu.

"Bila masa saya merajuk? Saya malas nak layan Tengku je"

"Berdosa tau cakap macam tu. Ni suami tau"

"Kalau suami menipu isterinya, tak dosa juga ke tu?" Faiha memandang ke dinding biliknya. Sepi.

"Apa yang aku tipu?" Tengku Aidan bangun dan duduk menghadap Faiha. Dia tidak suka akan kiasan, lebih baik terus terang dengannya sahaja.

"El tu Eliza kan? Kenapa macam buat-buat tak kenal rapat semalam?"

Tengku Aidan meraup mukanya apabila sudah tiada ruang untuk dia merahsiakan percintaan masa silamnya.

"Saya nak, setiap soalan saya ada jawapan daripada mulut Tengku sendiri. Saya lebih percayakan Tengku daripada orang lain sebab Tengku, suami saya"

Faiha cuba menahan sebaknya di dada. Walaupun semalam mereka berdua seperti sudah berbaik, tetapi sakit di hati tidak pernah padam.

Tengku Aidan memegang erat kedua-dua tangan Faiha ketika itu. Cuba menyalurkan kekuatan dan kepercayaan kepada isterinya.

"Kenapa buat-buat tak kenal rapat dengan Eliza sedangkan dulu Tengku cinta mati dengan dia?"

"Tengku sempat juga jumpa dia sebelum datang majlis pernikahan kita kan? Tapi kenapa, Tengku?"

"Bagi aku, masa silam tak perlu aku nak ceritakan dekat kekasih hati aku yang sekarang. Biarlah dia sebagai kenangan masa lalu yang ada baik dan buruknya dalam hidup aku"

"Dan kenapa aku jumpa dia sebelum aku terima akad untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami kau adalah, aku nak pastikan sendiri. Betul ke tidak pilihan yang aku buat. Ternyata, Allah tutup pintu hati aku serapat-rapatnya untuk terima dia balik. Walaupun dia merayu dekat aku waktu tu. Aku tak rasa apa" Tengku Aidan mengelus lembut pipi Faiha.

"Aku tunggu dia 3 tahun. Hanya satu panggilan daripada El buatkan aku dengan segera nak jumpa dia dulu. Aku beranggapan, panggilan itu adalah petanda untuk aku tidak teruskan pernikahan kita"

"Tapi, perancangan Allah itu indah. Dia gerakkan hati aku untuk jumpa El. Dia nak tunjukkan dekat aku yang perasaan cinta dan sayang dekat El dah hilang. Sekarang, sayang aku hanya pada kau je" Tengku Aidan mengucup belakang tangan isterinya. Lama.

"Macam mana pula dengan Switzerland? Saya tengok balik Instagram Eliza, dia ada dengan Tengku waktu tu kan?" Faiha sudah mengalirkan air matanya bak air terjun yang deras.

"Berpegangan tangan, berpeluk pinggang bagai. Waktu tu pun, saya tak merasa lagi sentuhan dan belaian kasih sayang daripada Tengku"

"Tengku tinggalkan saya seorang diri. Mesej pun jarang. Seronok sangatlah tu, bercuti dengan dia" esakan tangisan Faiha sudah tidak tertahan lagi.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant