BAB 1 : HURU-HARA

54 13 9
                                    

  Jam lima setengah pagi, Izlan sudah bangun dan menyiapkan cerek air dan mengisi air paip ke dalam bekas aluminium itu. Setelah air siap dijerang, ia dituang ke dalam cawan kaca berisi serbuk Nescafe lalu dikacau dengan sudu.

  Setelah menghirup sebanyak tiga kali, keluhan berat dilepaskan olehnya. Masih lagi teringat akan kisah malam tadi. Membuatkan dia tidak begitu bersemangat untuk menghadapi hari yang baru.

  Ikutkan bukan sekali itu sahaja Izlan sudah dimalukan, sepanjang bekerja di dunia khidmat pelanggan, sudah banyak kali Izlan dihina dan direndahkan oleh kebanyakkan orang. Ada suatu ketika itu, seorang pelanggan mahu isi tangki penuh, Izlan meminta dia bayar deposit dahulu namun pelanggan itu tidak mahu dan ingin dia menyediakan minyak dia dahulu. Namun Izlan tetap degil dan mula menegur pelanggan itu dengan sedikit penegasan.

  Pelanggan itu mula rasa berang dan menghamburkan kata-kata kesat kepadanya. Dengan penuh angkuh, pelanggan itu terus melempar duit di cermin pigeon hole lalu beredar. Naik kereta Toyota Vellfire, tapi kedekut nak kasi deposit pendahuluan untuk isi penuh. Itu bukan kaya asli, malahan kaya BBNU. Serta banyak lagi kisah Izlan dengan pelanggan yang sangat menjengkelkan yang pernah dia hadapi.

"Huh... hadap sahaja lah. Bukannya kau boleh ubah mentaliti depa pun," kata Izlan terhadap dirinya sendiri.

  Baju sejuk mula disarungkan pada badan. Dia menapak menuju ke pintu keluar rumahnya lalu memakai kasut. Selepas itu, dia membonceng motosikal dan menghidupkan enjin sebelum berangkat ke tempat kerja.

° ° ° ° °

  Setengah jam Izlan membersihkan tandas lelaki, akhirnya dia berjaya menyiapkan tugasannya. Segala peralatan dibawa keluar lalu disimpan ke dalam stor. Kelihatan beberapa orang pelanggan sudah menunggu dari luar. Izlan hanya lalu sahaja tanpa menghiraukan mereka.

  Mujur mereka boleh bersabar. Kalau tak, selalu aku jumpa jenis yang kurang penyabar je, getus hati Izlan. Dia terus mengenakan kasutnya dan menyimpan kasut but getah yang digunakan untuk mencuci tempat yang basah. Semasa berada di dalam stor, Izlan dapat mendengar suara seorang pakcik yang sedang batuk terbahak-bahak. Teruk sangat dia batuk nampaknya.

  Kedengaran juga pelanggan itu turut menutup pintu secara kasar dengan menghempasnya. Terkejut Izlan dibuatnya. Izlan yang siap memakai kasut terus keluar dari stor dan ingin melihat apa yang berlaku.

"Ehh, apahal dengan pakcik tu?"

"Yelah, dari tadi batuk terbahak-bahak macam orang nak nazak?"

  Izlan mendengar dua orang pelanggan sedang mempersoalkan apa yang terjadi terhadap pakcik itu. Makin teruk batuk orang tua itu sehingga dapat didengari dari luar tandas stesen minyak. Dua orang pelanggan itu mula melihat ke arah Izlan.

"Dik, dik pergi tengok kejap apa yang terjadi. Risau pulak lah dengan pakcik tu," pinta salah seorang pelanggan.

  Izlan akur dan dia mula memegang tombol pintu. Dia memutarnya secara perlahan, pakcik itu tidak menguncinya dari dalam. Izlan membuka pintu itu luas lalu mara ke arah pakcik tersebut.

"Ya Allah..."

  Badan Izlan menjadi kaku keseluruhan. Matanya terkunci melihat keadaan pakcik itu yang mula batuk memuntahkan darah. Habis lantai tandas yang baru dicucinya itu dikotori dengan najis mutawasittah.

PANDEMIK (REMASTERED)Where stories live. Discover now