"Jangan pergi....please" Eliza menangis di dada Tengku Aidan.

"Kau jauh sikit boleh tak, perempuan? Habis kotor baju abang aku dengan air mata palsu kau" Tengku Adhwa segera menghampiri dan menolak dahi licin Eliza sekerasnya menjauhi abangnya.

"Sayang...." Eliza tersedu-sedu memandang Tengku Aidan.

"I have to go" Tengku Aidan mengusap pipi Eliza. Tangannya ditepis kasar oleh adiknya.

"Kita gerak sekarang" Tengku Adhwa menarik lengan Tengku Aidan ke kereta. Kali ni, Tengku Adhwa mengambil alih sebagai pemandu. Risau akan abangnya berubah fikiran untuk menikah hari ni.

"Jangan jadi bodo boleh tak?" Tengku Adhwa memecut laju ke rumah Faiha. Nasiblah abangnya memandu Bugatti Divo, laju sikit sampai.

"Dia tu setan, nak hancurkan rumah tangga yang kau nak bina ni"

"Mulut kau jaga sikit eh" Tengku Aidan mencerlung tajam ke arah Tengku Adhwa.

"Jangan main-main dengan anak dara orang, kau tak kesian dekat Deera ke? Kau yang beria pinang dia. Tau-tau kau nak balik dekat minah tu pula. Apa masalah otak kau ni? Aku tau lah kau tak cukup tidur semenjak dua ni, tapi takkan wayar kebijaksaan kau terus putus?"

"Selalu letak otak dekat tempurung kepala kau. Hari ni pula, otak kau ada dekat lutut eh?"

"Bising lah mulut kau. Diam sekejap boleh? Bukannya aku tak pergi majlis nikah aku. Aku pergi kan. Aku jumpa Eliza sekejap je pun" songkok dikepala dibetulkan oleh Tengku Aidan. Seperti tiada apa yang berlaku sebelum ni.

"Terlalu santai kau ni yang menakutkan aku tau"

"Oh yeke? Lepas tu?" Tengku Aidan menoleh ke arah Tengku Adhwa. Tiada riak bersalah diwajahnya.

"Assalamualaikum Umi, sorry. Along pergi singgah toilet sekejap. 5 minit lagi kitaorang sampai" Tengku Aidan bercakap di telefonnya. Tahulah Tengku Adhwa, itu Umi.

Banyaklah toilet dia. Oh...Eliza tu toilet ke? Bahan buangan Tengku Aidan? Tersenyum kecil Tengku Adhwa ketika memandu.

Sudah dilihatnya, Umi, Baba dan beberapa saudara mara sudah menunggu ketibaannya.

Sebelum mengorak langkah masuk ke dalam perkarangan rumah Deera, Tengku Adhwa berdiri di hadapan abang sulongnya. Kesan air mata Eliza di tepuk-tepuk. Jijiks.

"Kau nak lepas geram dekat aku ke?" Tengku Aidan memandang adiknya yang sedari tadi menepuk dadanya kuat.

"Ye, kenapa?" Tengku Adhwa pandang dia bersahaja. Nasib baik sudah kering air mata palsu perempuan tu. Kalau tak, apa kata orang.

Tersedar dari mengenangkan peristiwa yang membuatkan jantungnya hampir luruh kerana sikap abangnya. Terus sahaja dihulurkan satu dulang hantaran yang diletakkan sepasang cincin di atas kepada abang sulongnya.

Faiha Nadeera hanya diam membisu di atas pelamin. Mana tidaknya, selama ni encik tunang dia adalah Tengku Aidan, bosnya di The Ques Holding.

Hari-hari dia nampak muka tu di pejabat. Tapi, masih mengatakan tunangnya tidak pernah melihatnya lagi. Tapi, kenapa Tengku Aidan? Si kurang senyuman tu?

Kena sedekah dekat dia agaknya baru dia akan senyum.

Banyak persoalan bermain difikiran Faiha saat ini. Kenapa Tengku Aidan nak sembunyikan diri dia? Siap menggunakan nama 'Eusof' sebagai encik tunang.

Lamunannya mati apabila sepasang mata light hazel memandang tepat ke matanya. Terpegun Faiha dibuatnya. Mana tak, sebelum ni di pejabat, mana pernah Tengku Aidan memandangnya sebegini. Kerana dia akan sibuk melihat telefon pintarnya atau tempat lain setiap kali berjumpa.

Dapat diagak dari mana mata-mata cantik milik dua orang Tengku itu. Sudah semestinya mengikut mata cantik Tengku Adib yang mempunyai mata berwarna amber.

Tidak pernah terfikir langsung akan hal itu sepanjang pertunangan 7 bulannya. Iyalah, mana mungkin Faiha Nadeera akan berkahwin dengan anak sulong Tengku Adib Eusof. Rupanya, jodoh Allah itu benar.

Faiha menunduk ke arah tangan milik Tengku Aidan yang sudah menghulur ke arahnya. Perlahan-lahan tangannya dihulurkan dan Tengku Aidan atau secara sah, suaminya mengusap lembut belakang tangannya.

Sebentuk cincin disarungkan ke jari manisnya dan Faiha juga menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Tengku Aidan.

Lalu tangan Tengku Aidan disalam dan dicium hormat.

'Tolonglah jangan cakap apa-apa pasal tangan sejuk aku' detik hati Faiha.

Dengan segera, Faiha menoleh ke arah tetamu yang berkerumun ingin mengambil gambar mereka berdua. Pandang depan, malu. Pandang suami, double malu.

"Eh! Sekejap je. Aku tak sempat nak snap gambar kau pun" Shaza bersuara. Senyuman mengejek ditunjukkan.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now