BAB 54 💋

512 37 11
                                    

LEMBUT kulit tangan itu bersentuhan dengan kulit pipinya. Perlahan-lahan mata yang tadinya terpejam akhirnya terbuka.

Terkenyit-kenyit mata cantik itu cuba untuk menyesuaikan retina mata yg baru saja bertemu dengan cahaya.

"Anak mama dah bangun?" menggeletar suara itu bertanya namun Alora masih cuba untuk menjelaskan pandangannya.

Sakit kepala yang mencucuk di kepalanya membuatkan Alora mendesis kecil.

"Bangun sayang. Minum air dulu." terasa ada satu tangan yg menyelit di bawah bahagian kepalanya sebelum tangan itu mengangkat perlahan kepalanya. Membantu Alora untuk duduk.

Dalam keadaan mamai, Alora meneguk perlahan air yang disua ke mulutnya.

"Dah?" soal suara itu lagi. Lunak.

Kejap.

Dia...

Dia kenal suara tu.

Itu bukan ke suara...

Seakan baru tersedar, membulat mata Alora. Sekeliling bilik yang didiami sekarang dipandang.

Ya Allah!

Rumah Asher!

Dan sekarang dia berada dalam bilik yang pernah menjadi tempat untuk dirinya dan lelaki itu beradu.

"Sayang..." seru suara itu lagi. Tepat di sebelahnya. Lembut saja suara itu.

Matanya mulai terasa panas. Sungguh dia takut untuk menoleh. Kepala ditundukkan. Duvet yang menyelimuti kakinya digenggam kemas.

Dia sudah silap percaturan. Sekarang rancangan yang diatur selama setahun hancur begitu sahaja.

"Adik... Pandang mama, sayang." Alora keraskan badan apabila Puan Nawly memegang kedua lengannya dan ditarik agar mendekati wanita itu.

"Don't." keras nada suara Alora tika itu. Tangannya yang digenggam kejap oleh Puan Nawly tadi disentap.

Sakit hatinya apabila terpandang wajah terkilan mereka semua tetapi hanya itu saja cara yang dia mampu lakukan sekarang ini.

Dazi masih bebas di luar sana dan kemungkinan untuk lelaki itu merancang pelbagai strategi untuk membalas dendam sungguh tinggi.

"Kenapa kau selfish, Alora?" dingin saja suara Asher. Bergerak rahangnya menahan diri daripada meninggi suara di hadapan mertuanya.

"Aku-"

"Words, Neshele Alora. Dia suami kamu." tegur Tuan Aqif yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Alora kemam semula bibirnya. Tidak jadi mahu berkata-kata. Gerun juga dia dengan pandangan tajam si bapa namun dengusan tidak puas hati dilepaskan. Kepala pula langsung ditoleh ke arah lain, enggan memandang mereka semua, tanda protes.

Mereka semua saling berpandangan sebelum Tuan Aqif kembali bersuara.

"Kamu berdua berbincang lah dulu. Kami semua tak nak ganggu." seusai itu, mereka semua keluar daripada bilik itu. Meninggalkan Asher dan Alora berdua.

Sepi.

Alora pandang dinding. Asher pandang Alora.

"Kalau kau terus tenung dinding tu, sampai lusa pun benda ni tak settle." ujar Asher memecah keheningan antara mereka berdua.

"Diam lah." jawab Alora pula. Nada suaranya tika itu cukup menjengkelkan bagi Asher.

Dia suruh aku diam?

Heck?

Seketika kemudian bibir Asher menyengat jahat.

Kau suruh aku diam ye? Let me show you how i keep my quiet up.

[C] | ALORA : HIS LOST QUEENWhere stories live. Discover now