"Suatu hari nanti... Iyan dan Awin akan belajar sesuatu perkara. Iaitu melepaskan sesuatu perkara pergi dan buat pilihan yang matang." Daisy tersenyum.

    "Tapi... Tapi kami kecil lagi," ujar Daryan. "Macam mana nak matang? Tinggi Awin pun belum sama dengan Iyan lagi."

   Darwin menolak Daryan. " Iyan pakai kasut tapak ada 4 lapis memang lah tinggi! Tengok Awin!" Tapak kakinya ditunjukkan kepada Daryan.

     "Sudah!" Nah, hampir menjerit Daisy disitu. Siapa suruh dapat genetik kembar tu dekat dia! Sudahlah dua-dua lelaki pula. Naik pening mahu melayan!

     "Haish." Darwin mengusutkan rambutnya. Setelah kereta kuda tersebut hilang dari pandangan, barulah dia meninggalkan balkoni tersebut.

     "Teruk kah penyakit Raja Elf sekarang?" soal Daryan. Rhosyn menundukkan kepalanya.

    "Ya... Sampai satu masa ianya akan membawa kepada kehancuran untuk puak Elf." Rhosyn menjawab dengan suara mendatar.

   "Kami dah cuba pelbagai herba dari hutan. Setiap pelusuk kami cari. Dengan keistimewaan yang ada pada kami, puak Elf. Semuanya tidak membantu. Kami buntu."

    Daryan berasa simpati. "Jadi... Apa penyakit itu?"

   "Kami percaya itu racun daripada pokok Nyea. Ayahnda sering meditasi di situ. Crown Prince of Wonderland... Descendants of the legend power... will you help us?" Iris Rhosyn mula berkaca.

    Daryan kelu. Ini kah apa yang bonda selalu ceritakan dahulu? Dimana takdirnya akan membuatkan dirinya memilih antara dua pilihan.

   "When you have to choose between your true love or your kingdom..."

    "You will choose the true love."

     Suara bondanya mula belegar sekali lagi.

     "Lady Roux... I will."


🦋🦋🦋

        "PUTERA Mahkota Darwin baru sahaja ditabalkan jadi putera mahkota setelah abang kembarnya, Putera Daryan berkahwin dengan Lady Rhosyn Roux!"

      Apa itu? Itu adalah cerita yang selalu diceritakan oleh penduduk di Querna Land.

      Genap 3 tahun kemudian setelah Daryan diculik oleh puak elf, Daryan memilih untuk berkahwin dengan Rhosyn dan menjadi Raja kepada Elf. Darwin pula ditabalkan menjadi putera mahkota mengantikan dirinya sebagai Emperor Wonderland yang seterusnya.

     "Mummy!" jerit seorang anak perempuan kecil yang berada di pangkuan Darwin.

    Irene yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat milik Darwin kemudiannya mengeluh.

    "Darleen. Kenapa suka sangat kacau uncle Darwin?" soal Irene.

     "Mana ada..." Suara Darleen mengecil. Dia melaga-lagakan kedua jari telunjuknya.

     "Mana Caelestis dengan Kyrell?"

     Darleen mengangkat kedua bahu menandakan bahawa dia tidak tahu.

    Darleen Christ, Caelestis Christ dan Kyrell Christ baru sahaja menginjak umur 5 tahun. Walaupun begitu, perangai mereka macam orang dewasa!

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora